CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, July 7, 2013

Penjual Daging Di Pasar Semenyih

 Kedai pakcik tepi pagar, daging habis. Terpaksalah beli di kedai orang lain *sebelum ni tak pernah pun nampak dia jual daging.
Me: Dik, daging sekilo berapa?
Penjual: 25 sekilo kak.
Me: Bagi setengah kilo, sambil hulur note RM50 kat adik tu.
daging berpindah tangan, duit baki menyusul. dalam hati ni asyik berbisik, apesal sikit sangat daging sekilo ni aa?. Lupa kira duit yang dipulangkan. Rupanya dia pulangkan RM36.50. maka, dengan itu, daging yang dikatanya RM25/ kg jatuh pada RM27/ kg pada saya. oh, kena tipu rupanya...

terpaksalah topup beli daging beku (satu je kedai jual daging frozen kat pasar ni).. 1/2kg /RM7.50.  x puas hati punya pasal, kasi timbang balik daging tu... inilah hasilnya...


daging RM13.50/ 380gm

daging beku lah.. tapi dengan harga setengah kg, penjual ni bagi extra 100gram.. 

Nampak tak?? ikhlas berniaga dan peniaga yang memang mengejar untung tanpa fikir halal dan haram. ku doakan pakcik kedai daging beku akan terus berjaya dalam apa jua urusan. dan untuk penjual daging yang menipu, pandai pandai lah menjawab di akhirat nanti

No comments:

Post a Comment