CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, May 31, 2011

Sabar itu sebahagian daripada iman kawanku

Bersabarlah dan bertawakallah, dalam kehidupan ini, sesuatu yang terjadi itu, pasti ada hikmahnya.. Laling, sy doakan ayah awk sembuh sepenuhnya.. Jangan sedih sedih sangat sebab awk lah satu satunya kekuatan mak ayah.. sy tau awk kuat semangat dan sy tahu juga awak memang anak yang baik. Insyallah pasti ada hikmah semua ni.. "sabarlah wahai insan, yang sedang menderita, jangan lah putus asa"..

Tuesday, May 24, 2011

Mulu is not for Everyone

Mr. Jaie Qoute dari mat Salleh mana tah "Mulu is not for everyone, serious climber only" lebih kurang macam tu lah..

 Aman kememeh kena tinggal hari tu dalam Gunung Lagi kan, Mr. Jaie ke sini lah sebenarnya... View2 di sini memang lah sangat cantik. Indahnya ciptaan Allah.. Subahanallah.. Seperti biasa, harus spot cek kamera Mr. Jaie kan.. dan ini sebahagian daripada gambar2 yang ada tapi penceritaan, pengalaman dari sudut pandangan saya sebagai pendengar setia Mr. Jaie lah.. Mybe, pengalaman berharga ini lebih menarik kalau En. Jaie sendiri yang bercerita..

Welkam to Taman Negara Gunung Mulu.

antara trek yang diorang lalu..

tinggi tinggi pokok kat sini.

Beirut (betul ke sy eja nih) puncak Mulu.. perasan atau tidak, Mr. Jaie is always in red di puncak.. baju yang sama di setiap puncak yang berjaya ditawan.

*like 10x this pic.
Dengan wajah penuh kelegaan.. Akhirnya berjaya menawan puncak Mulu.. "Mulu, sangat istimewa bagi abang" dan saya memahami!kepayahan diorang yang sangat berbaloi.. Bayangkan, 3 hari 4 malam tanpa talian telefon, saya kat rumah hanya mampu berdoa.. Bismillah hi tawakkal tu Alallah.. Dengan namamu ya Allah, aku bertawakal kepadaMu.. dan dia pun sama juga, hanya pada Allah dia memohon kekuatan. Jauh perjalanan luas pemandangan! but..lain kali "kami" pun nak meluaskan pemandangan jugak bang.

yeay, dapat sijil.. 12-21/5/2011 berjaya menawan puncak Pinnacle dan Mulu..

Friday, May 20, 2011

Call sekarang! Tengah ada line ni..

Begitulah sms en. Hubby tadi.. huhuh… sepantas kilat jejari montelku mendail num dia.. hhehehe.. dah lama sangat tak dengar suara dia kan, tetiba mulut ni macam x mau berenti pot pet.. lega, Alhamdulillah semua selamat dan tiada tragedy seperti misi menawan Trusmadi dan Tambuyukon tahun lepas… Saja usik dia, "best ke penat naik gunung".. jawapan paling best dari dia "ni puncak gunung yang paling best abang pernah sampai, indahnya ciptaan Allah"… oooo.. ok

Dan bila esok…

Yeay! Esok malam ayah balik. Seperti biasa, seawall 6 pagi Aman bangun dan kira lagi berapa hari dia bangun tido ayah balik… Pagi ni dengan bangganya Aten cakap "yeay man, esok ayah balik" nak tau Aman jawab apa? "alaaa… kenapa ayah balik pulak??? lagi best kalau lama lama nanti baru balik" Blah la Aman, poyo jerr.. padahal dia yang over tau rindu Ayah.. cissssss….

Pagi tadi pukul 4.30pagi, gigih tau ummi bangun gorengkan bihun untuk Aman bawak.. pukul 5 pagi Aman ngan Adik lak bangun. Sudahnya, ummi sempat sahur minum milo je. Aten pun sama gak.. Adik kalau sudah bangun, kejenya merengek je lah.. dahlah malam tadi tidor dia tak lena, kejap kejap panggil ayah.. isy isy isy.. rindu ayah lah kot tu. Aman tak rindu, adik lak yang rindu yee..

pagi tadi Cikgu Aida SMS gini "kak, ari tu Aida marah Aman, pas tu dia duduk kejap, tetiba datang peluk Aida minta maaf, terharu saya kak" see… betapa ada tamanya dalam hati Aman.. dia memang sentimental punya orang.. hahahahaha.. psstt… sebenarnya Aman ajak beli hadiah untuk Cikgu Aida semalam.. tak sempat lah pulak…. Cikgu.. hadiah hutang dulu yee… tunggu Ayah Aman balik.. esok ke… esok lagi…

Tadi Astro call, bil akak dah tertunggak RM39 ye… lagi 2 hari kalau tak bayar ada pemotongan, nanti akak tak bole tengok Maharaja Lawak jangan marah saya lak… hahaha… oklah dik, esok laki akak balik akak bayar ye.. esok lagi…

Dan yang pasti, bila esok sang laki sampai rumah tengah mlm (insyallah) kalau x delaylah, lusa.. kompom dia bantai tido sampai tulat… heeeeeeeeeeeeee… senyum sja lah….

Thursday, May 19, 2011

Lagi 2 hari saja lagi..

Sudah lama rasanya x dengar suara si dia... Si anak yang rindukan ayah terpaksa menahan kerinduan sampai demam demam. Tengah malam rekues nak cakap dengan ayah tu yang paling tak boleh tahan. Sabarlah wahai Aman. Lagi 1 malam saja lagi dan besok insyallah Aman dapatlah dengar suara Ayah. Hurmm.. Nasib baik saya x rindu dia sangat. Hehehe.. kang kalau rindu kang demam plak. Bila demam, siapa pulak yang jaga budak budak yang meragam kat rumah tu…

"lagi 2 kali bangun tido, ayah balik, yeayyy" hampir setiap pagi dia bangun dan cakap benda yang sama. Dari 8 kali bangun tido dan akhirnya hari ni 2 kali bangun tido je lagi.. hahahaha…. Semalam "ayah bawak baju banyak banyak, dah nak habis lah baju bersih ayah tu kan ummi, mesti baju ayah dah banyak yang kotor, itu sebab ayah kena balik lagi 2 hari kan". Banyak lah ko Aman.. suka sangat buat kesimpulan sendiri kan..

Besok ada sambutan hari guru kat sekolah Aman, dan dia rekues "ummi mee hoon dengan ayam goreng tau". kesian Aman kan, kalau ayah ada mesti boleh carikkan hadiah untuk cikgu……

Wednesday, May 18, 2011

Mama tingu aman dmam di blog, mama nanges.

Kesian mama. Sedih tengok cucu yang demam rindu ayah.. hehehe.. Mami, jangan bah gia sedih sedih, biasalah tu kalau budak budak. Nanti mama sedih sedih, mama pula yang sakit.. hari ni cucu mama demam lagi tapi dia tetap pg sekolah. Sebab ada ujian hafazan kunu. Sebelum pg sekolah sudah juga dia makan ubat. Siap Aten kasi bekal lagi ubat demam + ubat sakit kepala.. kesian dia

6 tahun sudah @ 15.05.2011

Entry yang agak terlewat. Bukan lupa atau saja saja lupa tapi masa yang tidak mengizinkan.. Cepatnya masa berlalu, sudah 6 taun rupanya kami hidup bersama sebagai "isteri dan suami". Rasanya baru semalam kompang yang tengah praktis di malam sebelum majlis bergema menyambut ketibaan rombongan pengantin lelaki yang singgah makan malam sebelum sampai ke rumah persinggahan(rumah auntie sakinah)jarak lebih kurang 15km dari rumah mama saya. Lucu pun ada, sebabnya, kalau ikut plan rombongan lelaki akan sampai lebih awal dan akan dinner di rumah Auntie Sakinah. Tapi disebabkan banyak halangan ditengah jalan, plan bertukar lak dan kami pihak perempuan tiba tiba jadi tarzen semua.. hahaha… Cik Abang dan keluarga dinner di rumah Pakcik Joe (satu satunya waris arwah bapa saya yang masih ada) yang hanya 2-3 langkah saja dari rumah pengantin… malu malu kucen tau mengintai si dia dari bilik pengantin (syyyhhhh… x malu ke).

Mentang mentang taun ni adalah taun yang ke-6 kan, tiada selebret2 tau.. dia jauh noonnn di Mulu dan kami anak beranak + Aten di TIP. Line phone pun tiada tau. sudah petang baru dia call.. "abang kat puncak Pinnacle" happy annvsry… sorry ye.. itu aje tau! tapi takpa… redha

Hukum Memakai Braces (Pendakap Gigi)


Entry khas untuk Dik_Firah.

Sesungguhnya amalan itu dinilai dengan niat....Dik_ firah yang baru 2 bulan pakai braces, sila lah baca artikel Imam Muda ini untuk panduan dan penjelasan untuk menjawab soalan2 dari kawan2 kamu.... "Maka disini, hukum pemakaian pendakap gigi berkait rapat dengan niat ataupun tujuan si pemakai tersebut. Berdasarkan Qawaid fiqh: Al-Umur Bimaqasidiha (Segala sesuatu tergantung kepada tujuannya). Sepertimana firman Allah SWT : “Barangsiapa mengkehendakki pahala dunia Kami berikan pahala itu dan barangsiapa mengkehendakki pahala akhirat Kami berikan pahala itu. Dan Kami memberikan balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran:145)"





Monday, May 16, 2011

Aman rindu ayah sangat ni ummi

16 Mei 2011 @ 6am..

Hari ni hari ke 4 ayah ke Mulu. Siap peluk baju busuk ayah tau. malam tadi dok 2-3 kali bangun meracau2. "aman nak peluk ayah" sambil bergenang airmata.

Asal nak malam je mula lah cari ayah. Bila lah ayah nak balik ni ummi? Aman dah bangun tidur berapa kali dah ummi? ayah kata Aman kena bangun tido 8 kali baru ayah balik. macam macam la soalan aman. Sampai demam lah budak ni rindu kat ayah dia. 2 hari dah kot aman tak lalu makan.  ~anak anak pun kena bekorban tau semata-mata melayan hobi ayah~ pas ni, en. Jai "lu pikirlah sendiri!" ye.. sudah tiba masanya kena korbankan hobi demi anak anak. erkk.. ada yang kena sembur lak ni kang..

*orang lain, laki otstesen lagi lama tapi stedi je. mungkin gak kami anak beranak yang melebih lebih kan. mengada lebih. sabar skit lagi ye Aman..esok ayah balik kita ikat kaki dia jangan bagi pegi mana mana dah.

kememeh tau

12 Mei 2011 @ Khamis 6.00pm

Ayah dah botak! adik exited cam biasa...

tanda tanda awal protes.. X exited langsung walaupun ayah dah botak. (apa tah angin en. jai kali ni tetiba botakkan kepala)

Aman dok merayu "ayah gi hari Isnin x bole ke"

Teksi sudah sampai.. 

bye bye ayah... Selamat pergi dan selamat kembali..Semoga perjalanan ayah dilindungi olehNya.

inilah dia budak kememeh... seminit teksi berlalu, berjuraian air mata lelaki Aman..

Tuesday, May 10, 2011

Kasihnya ibu hingga hujung nyawa.

Note dari FB seseorang yang x saya kenali.. Cerita dibawah sangat menyentuh hati. Sebak. Kasihnya seorang ibu hingga ke hujung nyawa demi seorang anak. Macam mana pulak kasih sepuluh orang anak terhadap seorang ibu?

Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya. 

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang. 

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi. 

Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah...**Sedih sangat nie…sampai rasa sebak yg amat sangat dalam dada…betapa besarnya kasih sayang seorang ibu tadi walaupon ketika berada di hujung nyawa tetapi masih sempat menyusukan si kecil sebagai ingatan terakhir buat dirinya sebelum mengucapkan "selamat tinggal anak ku...ibu pergi dulu ye sayang".

Dia ke Gunung lagi


Kena tinggal lagi… kali ni dia ke Mulu, Sarawak pula. 10 hari lagi tuh.. tapi takpa, kena belajar terima hobi dia… boleh boleh boleh. Dia boleh ada hobi dan saya terpaksa korbankan hobi saya untuk support hobi dia. Yang paling best, hobi dia adalah setiap bulan Mei ye.. Tahun ni 6th Wed Ann adalah tanpa dia disisi. Dia tengah berseronot @ Pinnacle. Kemungkinan besar tiada line phone or hset dia bateri kong. Tapi tak pe, bak kata dia bukannya selalu pun. Setahun sekali JERR!!
Perasaan? cuba untuk belajar menerima keadaan dengan tenang. Letih la melayan sakit hati.. lebih baik buat tak tau je kan.. kalau sakit hati sangat sangat pun dia tetap akan pegi jugak. Buang Karen je marah marah.. taun depan buat aktiviti gunung lagi ye laling. Kalau bole buat lah ngam ngam 15.05.2012. takpe ai tak marah tapi make sure bawak ai dan anak anak skali. Hobi u hobi ai juga kan..

Rosak..

Aman: Ummi, Aman ada rahsia. Jangan bagitau kat kawan ummi tau.. Aman dah ada awek baru. Nama dia Nurin.. Dia budak baru tau. Naik van Along jugak. Dia ada beg baru, pensil box baru. Semua baru. Dulu dia takde, sekarang baru dia ada.. Cantikk… Baik… dia sekolah kat little Caliph. Taun depan Aman nak sekolah kat Little Caliph tau.

Ayah: Abis Marsya macam mana man?

Aman: Aman dah tanak dah.. Dia dah besar la yah.. Dia 6 tahun, mana bole kawan dengan budak 5 tahun. Nurin ni 5 tahun sama ngan Aman.

Hehehe… kecik kecik lagi sudai pandai pacaran ye Aman….

Bosan! Sekian terima kasih

Dalam dunia ni siapa yang paling bijak? Ya betulll……. Dia yang paling bijak. Dia tak pernah susukan baby dan dia tau sebab, akibat, susah, senang, untung dan ruginya menyusukan baby.. Pelik tapi benar. Dalam dunia ni dia tau serba serbi. Luar dan dalam semua dia tau.. tiada benda yang dia tak tau. termasuk cerita dalam kain orang lain pun dia tau. Pelik kan. Tapi percayalah wujud orang yang macam ni. Apa pun, saya tetap bangga sebab dapat menyusukan Aman selama 2tahun++ dan ikhwan semenjak 21 okt 2009 sampai sekarang.. dan yang pasti, T~~~T tak de lah ganyut macam yang dia cakap. Tapi, dia kan tau segala galanya.. Mungin T~~~~T kakak dia ganyut sampai ke lutut sebab susukan anak sampai 2 tahun.. sat nak imagine skit.. ishhh teruknya kakak dia..

Dulu dulu kan, mama kami menyusukan kami 7 beradik jugak tau… Takde lak ganyut… mantop je pun sampai skg.. mama saya memang hebat, tak macam kakak dia. Anak baru 2-3 orang dan mungkin sorang saja yang BF udah ganyut lah pulok. Yelah anak buah dia minum susu paling mahal di dunia. Orang macam dia je yang mampu beli. Ai tak mampu sebab gaji tak cukup, Untuk diri sendirik pun tak lepas. Nikan pulak kalau nak beli susu mahal mahal. Susu ibu je yang saye mampu! Cheh, tak bole blah… Susu ibu adalah susu yang terbaik hokey. Sorry lah kalau ada yang tersinggung. Semiskin miskin saya pun, saya tetap akan cuba bagi yang terbaik untuk Aman dan Ikhwan. Tak kisah la dia nak cakap ganyut ke, geleber ke. kenapa nak pertikai "kang laki carik lain kang". Eh, ko susah hati kenapa ek? aku ada hutang ngan ko ke? tak de kan? entahlah.. pening la kepala mikirin dia nih… bosan sudah… sekian terima kasih.

Monday, May 9, 2011

Selamat Hari Ibu 8 Mei 2011

Pagi tadi otw ke ofis, hot fm tgah discuss topic hadiah, surprise sempena hari ibu. Ada satu caller ni bagitau dia dan adik dia ke HKL melawat ibu yang sedang sakit. Tiada hadiah or surprise dari dia tapi adik dia ada belikan satu kad hari ibu dan juga sekuntum bunga. Apa yang dia nak bagi tau ialah, dia sayang sangat ibu walau apa pun yang terjadi mak telah membesarkan diorang 5 beradik tanpa ayah (bercerai lebih 10 tahun yang lepas). At last diorang semua jadi macam orang lain berjaya dalam hidup... Ibu adalah yang terbaik dan tiada galang ganti.. Sebak tau tetiba.. teringat pengorbnan mama membesarkan kami 6 beradik (yang masih sekolah) selepas arwah bapa meninggalkan kami pada 2001. Terbayangkan airmata mama bila ada anak anak yang x nak dengar cakap mama. Terbayangkan airmata rindu mama terhadap anak anak dan cucu. Rasa macam nak balik kampung sekarang jugak jumpa mak, peluk mak.. Rindu betul dengan mak. Saya sayang mama dunia akhirat.. muaaahhhh sayang mama…

Tengah sedih sedih sambil kesat air mata, FBI dan AG mainkan pulak lagu dibawah ni. makinlah laju air mata ini meleleh. Lagu ni ditujukan khas untuk mama yang tersayang di Kampung Apin Apin, keningau Sabah.. Aman x sabar tunggu nenek 24 Mei ini..

Ibu
(P. Ramlee)


Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempat menyatakan kasih
Wahai ibu

Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyinari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempatku menyerahkan kasih
Wahai ibu

Thursday, May 5, 2011

Panas hati dan terbakar hari ni


Menguji kesabaran tau.. Pepagi bute Ikhwan bangun, sah sah pergerakan terbatas kan.. Ikhwan ni jenis nak kita mengadap dia je 24jam.. Pantang saya nak bangun, mesti dia pun tejaga sama.. Pagi tadi sempat masak air dan goreng nugget, dia dah ngek ngek… nasib baik x rentung nugget dalam kuali.. tpaksalah jaga nugget sambil dukung budak kecik tu.. Elok je dah siap masak, dia dah ngek ngek nak makan la pulak.. nguap nguap tapi laju la pulak mengunyah. Kesian Abang Aman x sempat nak buatkan dia susu.. Bahye tau buat susu kalau Ikhwan ni begendong.. Tangan dia tu cepat je mencapai benda benda yang tak sepatutnya.. Dah setel makan (saya duduk mengadap di), jom lah dek kita mandi.. mandi lah berdua ngan Ikhwan.. Yang abang, sibuk main senapang baru, "Aman nak mandi lepas ummi siap mandi" dia dah bagitau sesiap.. Jam sudah menunjukkan pukul 6.50pagi…
Pukul 7.25pagi dah siap pakai baju, pakai bedak segala, minyak rambut bagai okay jom anak anak kita turun bawah.. henbeg, beg Sekolah Aman, Beg baju, beg roti and nugget dah siap kemas dekat pintu ni.. Tinggal nak bukak stroller je nak sumbat semua beg2 tu. Aman pun sudah siap pakai setokin, siap pakai kepiah (hahaha, teringat kopi kak Sinar "kopi cap Kepiah Melayu" yang sedap gilaaa, kopi yang saya bancuh tak sedap langsung kata Kak Sinar, hahahahah). Tengok2 kat tempat gantung kunci tu takde lak kunci saya.. Ah sudahh… mana lak kunci, cari dalam henbeg pun x de, dalam bakul Aman pun takde… Apa lagi call la cik Abang yang dah bertolak dari rumah seawall 6.30 pagi tuh… "bang, kunci mana?" rasa macam kena baling batu tau kat telinga ni… "alamak, abang terbawak la tuh"..
Mulalah saya jadi singa jadian, cari kunci mangga spare kat bilik, (kunci pintu grill dapur) sib baik jumpa.. turun bawah balik kait kasut aman dari dalam, saya mmg nekad ini macam kalu, saya gi keje pakai slipper jamban je lah… dah angkut beg kat dapo, siap siap nak kuar dah ni, laaa… Mangga memang la bole bukak, tapi kunci pintu tu sendiri lak yang tak de… Astagaaa…… apa lagi… Aman, tukar baju sekolah, kita cuti dok umah la hari ni.. dalam masa yang sama… pot pet pot pet manjang. Sampai Aman cakap "kesian umi kan tekunci dalam rumah, ayah lah ni punya pasal" terus saya senyap.. Pasangkan diorang tv, walaupun diorang tanak tgk tv pun, sy dok termenung… Van Along lak dah sampai, saya jerit je dari rumah "Aman tak sekolah, x de kunci rumah ni"….
Agaknya kekandaku itu kesiankan kitorang ni yang terkurung kat umah, dia balik gak bukakan pintu kitorng, then hantar saya pi kerja.. Horayyy… Nekad nak kerja gak ari ni bukan apa, saya nak cuti nanti 16 Mei… Kang x cukup lak cuti kang..
Moral of the story,
Duplicate kunci banyak banyak, eh, banyak banyak pun kalau si dia angkut semua sama gak kan… tukar la "Bawak kunci masing masing saja, jangan bawak kunci pasangan anda"

Wednesday, May 4, 2011

Saspen wehh

Tiba tiba dik Firah call… Tolong bagi Aten nombor Maxis mama… Aten masuk wad, kurang darah!... aaaahh sudah….. panic ni panic! Aten, semoga cepat sembuh yaaa….. cepat2 lah keluar wad…. Kalau tidak… habislah sayee..

Tuesday, May 3, 2011

C&!&0m yang haru biru

Waaahhh mode happy hari ni.. Motip: suda dapat simkad baru 01*-87****11. Setelah dekat 50 hari simkad itu rosak. Hari ni baru dapat tukar… Wakakaa.. orang yang paling happy ialah mama saya. Sebabnya, nombor ni memang melekat kuat diingatan.. Emergency kalu, senang dia nak contact… Sangat senang untuk diingat. Dan orang kedua happy: Enchek Jai, tanpa sebab… hahahahhaha…

Minggu lepas saya call customer service C&!&0m.. Sangat bussit. Lebih kurang macam ni dia explain. Cik ni kena pegi C&!&0m centre. Cawangan terdekat Bangi ialah Kajang Sg Chua, ofis hour ye jangan datang malam. Malam diorang tutup.. Sama jugak dengan cawangan C&!&0m KLIA. Pun ofis hour gak.. disebabkan simkad ni sudah lama tak guna, sebab puan x topup (eh! Golongan bawahan je ek yang pakai topup, kantoi lak) itu sebab kena block.. so puan kalau nak aktifkan balik kena bayar rm 100. Itu pun kali ke3 kot saya call..

Dan hari ini saya ke KLIA semata2 untuk tukar simkad (yang lama tak topup, bak kata orang C&!&0m itu).. Alhamdulillah, tak perlu pun bayar Rm100, C&!&0m centre ni bukak seawaal 7 pagi – 11 malam ye…. Sangat senang tak sampai 10 minit pun proses tukar simkad baru. Just bagi IC, top up seploh hengget… tarrraaa….. sudah bole sms… Mama orang 1st call. Bukan main happy lagi dia…