CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, October 28, 2013

Lost Waterfall Ulu Salan, Jerantut Pahang

25-27 Oktober 2013
15 buah kenderaan
Sekali lagi berkesempatan menyertai Konvoi yang dianjurkan oleh Bro Amir Lagong, Malaysian4Whellers. Berkumpul di Petronas Gombak antara pukul 10.30-11.30. Tepat pukul 11.40 malam konvoi memulakan perjalanan.. Lolling, katanya. Sepanjang perjalanan, Bro Amir Lagong sentiasa memastikan setiap peserta konvoi masih dalam keadaan baik dan tidak mengantuk. 

pukul 1.30 kami  tiba di Pit stop ke 2 iaitu di Plaza Tol Temerloh. Buang apa yang patut sebelum meneruskan perjalanan.. 10-15 minit selepas tu konvoi rolling semula.. 


2.40pagi, misi pencarian alas perut sebelum rolling ke offroad sector. Passenger pun lapar jugak rupanya malam malam ni kan.. Sempat lah mengalas kelaparan dengan sebiji telur goreng dan horliks ais. Entah macam mana pulak pagi tu boleh terorder air ais.. isy isy isy.. selepas urusan ke Balai Polis,  membuang apa yang patut, isi minyak dan ada yang ambik peluang isi tong ais, konvoi rolling..


gedebak gedebuk kepala masing masing. Abang Aman berjaya terlena sampai tak sedar apa apa di sepanjang perjalanan. 

5.59 pagi @ camp site

9.15 pagi tanpa tidur yang cukup, usai siapkan breakfast *cekodok ikan bilis sekilo dan se jag kopi o,  kami meneruskan perjalanan. Dalam beg Aman ada l liter air, sebungkus Chipsmore dan wafer cloud 9 sahaja. 



12.45 petang last river cross untuk sampai ke Lost Waterfall yang kami buru. Keseluruhan pejalanan sehala akan merentas sungai 3 kali. Trek menyusur sungai  berbatu, memerlukan kasut yang sesuai supaya tak tergelincir. laluan sedikit berbukit dan kebanyakan jalan agak landai.. 


                                 
credit pic to FB Abang Baharuddin Baha

               Menurut Pakcik Guide inilah dia Lost Waterfall ataupun lebih dikenali sebagai Lata Tinggi. Subhanallah, seperti berada di dunia yang lain ketika berada di sini. Pemandangan yang memukau. Tetapi air sungai ni sangat deras dan tak sesuai untuk mandi manda.. 

credit pic to FB Abang Baharuddin Baha

Lost Waterfall @ Lata Manik yang kami maksudkan.. Subhanallah, indahnya bumi ciptaan Allah.. 10 minit di sini, menggigil Adik Ikhwan. terpaksa lah kami beransur menuju ke camp site.. Sebenarnya, trek ni di luar jangkauan kami.. Bekalan makanan memang sangat terhad. Semangat untuk meneruskan perjalanan memang sangat tipis.. Alhamdulillah, semangan Aman, membuatkan kami tercabar. Aman mampu, kenapa tidak bagi kami..Pukul 2.30 petang kami meneruskan perjalanan pulang ke camp site..  tepat pukul 5 petang kami *(abang CJ, Abang Yem, Bob & Guide) selamat sampai.. diikuti yang lain lain sejam kemudian.. Ribuan penghargaan pada Abang CJ, Sajin, Abg Yem dan Bob yang banyak membantu disepanjang perjalanan pulang. Abang CJ & Sajin, jasamu di kenang. tanpa CJ pukul 8 malam lah agaknya kita sampai camp site.. Peace!!

BBQ time.. menu 5 star.. memang tip top.. TQ Abang Yem & K-rog lepas melayan tekak masing masing, kita layan junggle concert pulak.. 

Good Job Aman.. u made it! 

Credit pic to FB Abang Ali

Hari ke-2, treking ke Japanese Garden.. Subhanallah, memang sangat cantik air terjun ni, cuma kami sefamily tak join trekking ke sini.. Insyallah, lain masa pasti akan sampai sini.


Rolling..Gambar kenangan sebelum konvoi rolling pulang ke rumah masing masing.. 
Personally, trip ni memang SUPERB!!!!! Terbaik... 
Quality time with family jauh dari bandar.. Ada peluang in sha Allah, kita casssss lagi.. 


Wednesday, October 2, 2013

Happy Birthday Pak Su Koji


Anak yang baik, adik yang baik dan pakcik kepada anak anak kami yang sangat baik.  Beliau juga merupakan wali kami adik beradik dan juga pelindung kepada kakak kakak beliau yang ramai. Semoga Allah melindungi dan merahmati segala yang kau lakukan Adik. Semoga Allah bukakan pintu rezekimu, perluaskan pengetahuanmu dan permudahkan perjalanan hidupmu adik..