CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, July 27, 2013

M4W Ramadhan Eyeball : Ghulam Mee, Kota Damansara

26.07.2013 bersamaan Nuzul Quran, saya Sengaja mengambil kesempatan (Aten ada di rumah) mengikut Ayahnye  T.T. yaang agal lain sedikit berbanding T.T mingguan Ayahnye. special thanks to bro Amir Lagong  Founder M4Wyang telah menjemput kami kami semua berkumpul, makan makan, sembang sembang kongsi pengalaman dan pengetahuan masing masing. sempat berkenalan dengan rakan rakan yang baru pertama kali jumpa malam tu..

sumber : FB M4W..

Antara yang hadir memeriahkan majlis malam itu.. memang meriah uolls!! gelas demi gelas, makanan demi makanan dihantar dan diangkut... Mee Goreng Gulam Mee memang terbaik lah!! sedap sangat

Photographer malam tu.. Cik Yati.. 


Insyallah, ada peluang kita ketemu lagi... seronok dapat bergaul dengan otai otai yang sangat berpengalaman dan juga tak lokek ilmu..

Monday, July 22, 2013

Aman Gastric

20/07/13 = 11 Ramadhan.. Akibat makan lemang waktu brbuka semalam.. ini lah padahnya, kebetulan umi MC *sebab lemang jugak. Siap dapat injection kat Dr Vasugi, Klinik Gomez Cyberjaya. Pukul 3 petang dapat panggilan dari guru kelas 1 Anggrik (Puan Adyanie), minta ambik Aman da Sekolah sebab kurang sihat. Ingatkan sakit apa, rupanya sakit kepala sampai rasa nak pitam. Kesian pulak tengok dia makan biskut sorang sorang dalam bilik rawatan. 

semalaman tak tidur, 20.07.13 pukul 7 pagi kami bawak Aman ke KPJ Kajang, Risau jugak tengok keadaan Aman, muntah muntah dan tak terdaya untuk berjalan sendiri. Terpaksa lah ummi angkat Aman sementara Ayah cari parking kereta dengan adik. nasib baik ada petugas hospital tolong tolak Aman ke bilik kecemasan.  

blood test


lepas jumpa doktor, ubat tahan sakit dan ubat angin..

lega lah sikit... 3 hari jugaklah rehat puasa.. alhamdulillah, sembuh sepenuhnya keesokan hari.. Isnin boleh lah puasa.. Umi dan ayah pun lega, sebab doc cakap kalau masih sakit kepala sampai hari Isnin, kenalah buat MRI. alhamdulillah, sakit kepala Aman memang disebabkan angin dan bukan sebab lain.. Ya Allah, berikanlah kesihatan yang baik pada anak anak kami, aman dan Ikhwan. Aminn..

Adik ni, bulan puasa pun bantai makan macam macam depan abang.. haiyaaa..

Wednesday, July 10, 2013

Selamat Berpuasa 2013

Alhamdulillah diberi kesempatan menemui Ramadhan tahun ini. Selamat menunaikan Ibadah Puasa pada seluruh Umat Islam.. Semoga Ramadhan tahun ini membawa seribu rahmat untuk semua.. Untuk Aman yang dah janji akan puasa bersungguh sungguh tahun ni, semoga berjaya menunaikan ibadah puasa dengan hati dan perasaan yang tenang.. setenang adik yang selalu mengacau Aman..

Sunday, July 7, 2013

Penjual Daging Di Pasar Semenyih

 Kedai pakcik tepi pagar, daging habis. Terpaksalah beli di kedai orang lain *sebelum ni tak pernah pun nampak dia jual daging.
Me: Dik, daging sekilo berapa?
Penjual: 25 sekilo kak.
Me: Bagi setengah kilo, sambil hulur note RM50 kat adik tu.
daging berpindah tangan, duit baki menyusul. dalam hati ni asyik berbisik, apesal sikit sangat daging sekilo ni aa?. Lupa kira duit yang dipulangkan. Rupanya dia pulangkan RM36.50. maka, dengan itu, daging yang dikatanya RM25/ kg jatuh pada RM27/ kg pada saya. oh, kena tipu rupanya...

terpaksalah topup beli daging beku (satu je kedai jual daging frozen kat pasar ni).. 1/2kg /RM7.50.  x puas hati punya pasal, kasi timbang balik daging tu... inilah hasilnya...


daging RM13.50/ 380gm

daging beku lah.. tapi dengan harga setengah kg, penjual ni bagi extra 100gram.. 

Nampak tak?? ikhlas berniaga dan peniaga yang memang mengejar untung tanpa fikir halal dan haram. ku doakan pakcik kedai daging beku akan terus berjaya dalam apa jua urusan. dan untuk penjual daging yang menipu, pandai pandai lah menjawab di akhirat nanti