CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, October 19, 2012

Selamat Ulang Tahun ke 3 Sayang


Sudah 3 tahun rupanya anak ummi ni. Doa ummi semoga Ammar Ikhwan membesar di bawah lindungan Allah, di limpahi rahmati dan diberkati oleh Nya. Membesar dan jadi anak yang soleh ye Ikhwan. 

2 - 3 minggu kebelakangan ni Ikhwan suka jadi baby. suka berlakon macam baby, suka di manja macam baby.. tengah tengah malam merengek rengek macam baby. Geram sangat tapi lucu pun ada jugak. Bila tanya nak baby tak?. laju je jawab nakkkkkkk. tapi nak baby orang. adik tanak adik Ummi dan ayah sayang adik dunia akhirat.

Wednesday, October 17, 2012

Monday, October 15, 2012

FRIM, 2012

14 Okt 2012, sehari selepas family day Lorong 4/5A &; B.

Balik kampung ooooo balik kampung ooooo balik kampung, hati girang... inilah tempat En. Jaie membesar. Cantik dan nyaman tempatnya. Kalau diberi pilihan, memang teringin berumah dalam FRIM ni. Banyak kenangan manis dan pahit saya disini. Apatahlah En. Jaie yang dilahirkan dan membesar disini. Kalau cerita dalam blog satu persatu, tahun depan pun belum tentu habis. 

Kami di sini. Setelah sekian lama En. Jaie mengelak untuk bawak anak anak ke sini.

Siap bawak mandi sungai tu yang tak tahan. Selama hidup dengan En. Jaie, inilah kali pertama ummi jejak kaki dalam sungai FRIM ni. Aman, inilah sungai ayah..

damainya di sini.

dulu ayah, sekarang Aman. melompat tak ingat dunia Aman ni.

Aman dan Adik, inilah sekolah pertama Ayah. *Sebak*

Thursday, October 11, 2012

Seafood Vs Siput

Ummi: Rugi Aman tak makan Seafood.. Sedap Aman..

Aman: Aman makan siput la ummi… siput goreng kan Aman makan.

Ummi: ??????

Aman: Laa siput yang keras keras tu umii. Kuih siput goreng..

Ummi: wakakakaakkakakakakakkakakakakaka kuih siput oohhh seafood..

Wednesday, October 10, 2012

Wordless Wednesday #12


Wednesday, October 3, 2012

Wordless Wednesday #11