CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, December 31, 2013

Daftar Adik Ikhwan di Pasti Al-Faizin

Adik Ikhwan 5 tahun suda. Rasa macam baru semalam melahirkan adik Ikhwan. Minggu depan kena sekolah dah. Baju size S, Kopiah size L. 

Hari daftar Ikhwan, Abang Aman duduk elok memerhati orang lain daftar. Adik Ikhwan pula, entah mana hala tawaf 1 bangunan sekolah. sekejap kedepan, sekejap kebelakang. Minggu depan dah start sekolah, adik kena behave tau. Jangan nakal sangat. Nanti cikgu rotan.

Adik Ikhwan ni banyak cakap walaupun pelat. Ayah nak pegi semejid (masjid) ke?, nanti ummi masukkan kuih adik dalam sepatik (plastik) bole?. Penghibur hati ummi di kala lara. Teman gaduh abang Aman dan pembuli ayah.. Dialah juara di rumah..

Ayah belikan stationary haritu pun dia tanya macam ni, mana menan adik yang banyak banyak dalam spatik tu?. memang dia buat main eraser & ruler. setengah hari jugaklah adik layan train eraser & ruler dia tu.. Alahai anak no. 2 nih

Sunday, December 29, 2013

Keperluan Sekolah Aman dan Adik 2014



2013 melabuhkan tirai, kita tutup buku Tahun lepas. Ini belanja masuk sekolah tahun ni. 
Baju sekolah cap Falcon RM12.50 x 3 = RM37.50 
Seluar Falcon jugak RM20.50 x 1 = RM20.50 
Kasut sekolah Diadora RM20 x 2 = RM40
Kasut Biru Adik Bubblegummer RM29.90 x 1 = RM29.90
Beg Sekolah Abang RM138.00
Beg Sekolah Adik RM25
Botol Air RM30
Kedai Buku SK Bangi RM78
Stationary RM60
Daftar Pasti RM695
Daftar Abim RM 480

total belanja anak anak masuk sekolah 2014 = RM1633. Entry ini sekadar catitan ummi dari tahun ke tahun. Tiada niat untuk mengungkit, Setakat ini saja yang ummi dan ayah mampu untuk anak anak. Harapan ummi, semoga anak anak ummi membesar sebagai anak anak yang soleh yang sentiasa mendoakan ummi dan ayah di akhirat sana. Jangan sekali kali berkecil hati, setakat ini sahaja kemampuan ummi dan ayah. 


Flagg Off Kenaboi & Panjat Batu Taman Cabaran

Sabtu 28.12.2013, sepatutnya kami turut serta dengan konvoi Kopikaw @ Kenaboi, tapi ada hal yang lebih penting nak diselesaikan ahad nih. Ikhwan daftar sekolah Pasti Ahad 29.12.2013. Anak lebih penting daripada segala galanya. So, kami ke Station AZ Batu 9 Cheras ajelah untuk flagg off. Semoga perjalanan kalian dipermudahkan ye kawan kawan. 

Sempat posing dengan satu satunya peserta wanita RFC 2013 Terengganu. Terbaek kamu Yati!

Sempat juga jumpa cik Zila ni di sini. Baik hati budinya, hantar lauk untuk Ahkak. Terbaik lah asam pedas tenggiri mu laling. Boleh bukak kedai makan dah lepas nih.

Balik rumah, angkut anak anak ke Taman Cabaran Putrajaya. 1st time panjat batu. Both abang dan adik exited. Sampai tak pedulik orang sekeliling dah.

Abang Aman

Adik Ikhwan


Tuesday, December 24, 2013

Tak Sabar Tunggu Dia


Selepas Setahun Mr. WKP Kami

setahun bersama Mr. WKP, macam baru semalam rasanya bersama dia ni. Hari berganti hari, trip demi trip rupanya setahun sudah berlalu.

1st pic WKP di Danga Bay. Fresh dari ladang. Siap ada bendera Malaysia di sebelah kanan, tinted baek punya, hensem dan jambu gitu & tayar AT.


1st konvoi kami semasa masih hensem.. kami melangkah setapak lagi, menghadiri 1st Gathering Kelab Pajero Malaysia dan trip pertama kami bersama KPM.

kasi up bodylift 2.5 Inci, kasi bukak bumper depan dan belakang by Wan Sungai Buloh.

Kasi upgrade tayar MT, jauh ni tukar tayar. Kedai tayar di Kepong.

upgrade side step by Nazli KOA untuk Trip Harimau Berjemur bersama Malaysian 4 Wheelers



Finally trip Trip Air Terjun Pelangi, Sungai Lembing, Mr. WKP complete with bulbar & high lift jack bersama Malaysia 4Wheelers.

Mr. WKP yang sudah tak hensem in action..














Kedai Gunting Rambut Kong Meng Tenom

Lama betul Aman bercuti di Sabah kali ni. Sampai kena cari kedai gunting la.. Bayangkan, sempat panjang rambut dia di kampung. 

Aman duluan. Berebut sama Abang Aley, Aman menang

Abang Aley. Nasib baik jugak Abang Aley ni banyak mengalah, kalau tidak... begunut la diorang ni di kedai gunting.. 
  
Kedai gunting yang dimaksudkan, di Pekan Tenom. RM8/pax

Sementara menunggu Abang Aley siap berdandan, yang lain semua duduk di luar kedai gunting.. Rindunya saat saat macam ni.. Rindunya saat berkumpul bersama keluarga besar di kampung. In sha Allah, jika di izinkan Raya 2014 kita berkumpul lagi. Untuk Aman, jangan sedih sedih tinggalkan kampung. Ummi dan ayah kangen sama kemu.. 

Balik begunting sempat lagi singgah Taman Geografi S.M.K Tenom. Dulu Ummi pernah ikut rombongan sekolah melawat sekolah ni Aman. 


Adik Ilman

Membesar bagai juara.. 6 bulan suda.. makan bubur kosong dan minum susu Anmum.. Nampak macam sudah ada baby walker aje.. macam somel ajer, macam santik aje, jan kawata!. hahah.. Rindunya baby Ilman ni.. Rasa rindu pula mau kodu kodut pipi Ilman.

Monday, December 23, 2013

Cyberjaya Resolution Run 2013


Kaki kami selepas lari 5 km dalam hujan renyai..Just for fun.. nama pun Fun Run kan.. 

kami kami semua, Kak Enn sorang saja yang bertuah..  

5km 551 Kcal. Boleh laaaa... daripada tiada kan..


Kasih sapu bersih 1-5 Kenya semua

Tamu Melalap, Tenom

Minggu lepas di Tamu Apin Apin, Minggu ni Tamu Melalap pula. Aman tolong Mama dan Kakak kakak jual kuih.. sama macam Tamu Apin Apin, Tamu Melalap setiap pagi Sabtu juga. Seawal pukul 6 pagi diorang bukak gerai.

sibuk sibuk pasang khemah dulu diorang ni..

Tinggal sikit kuih mama.. Kakak Ayuni yang sudah biasa bejualan di Tamu. Bagussss anak anak ummi, kecik kecik suda pandai tolong mama dan abah cari duit.

settle jualan, kemas khemah balik..

Abang Aley pun sudah ada tugas hakiki.. Angkat meja masuk kereta.. syabas bette

Aman jadi mandur.. hahahaha

sampai rumah jadi akauntan tak bertauliah.. kira pendapatan mama

Kakak Ayuni dan Kakak Ainur.. 

Sunday, December 22, 2013

Sepetang di Kampung Jawa Sumbiling, Melalap

Seronok Diorang walaupun di depan Bustop saja



eseh.. main golf pulak 

keliling kampung dengan Kak Ainur Ardhiah

Solat Jumaat Ke-3 Aman di Kampung


Teman setia Aman,  Abang Aley tengah bersantap sebelum ke Masjid di Kampung Jawa Sumbiling, Melalap Tenom. Aman di Jawa Sumbiling  18.12.2013- 21.12.2013 merasa jugak lah Aman tidur rumah mama kan.

Peace!! kami pegi solat Jumaat dulu ya... Aman doakan yang baik baik untuk Ummi, Ayah, Adik, nenek dan seluruh keluarga besar Aman.. Muaahhh.. sayang anak ummi

Friday, December 20, 2013

Tengok TV Bertemankan Kucing


Nasib baik tidak berebut remote control dengan si Messi tu.. hahaha


Makan Meehoon Dalam Plastik

Dulu ummi, sekarang Aman... Rindunya zaman kanak kanak... Makan mee dalam plastik, lepas tu taruk lada banyak sikit, gigit tepi... 

Thursday, December 19, 2013

Poslaju Sudah Sampai


 Pos pada 12.12.13 terima pada Sabtu 14.12.13 tapi 16.12.2013 baru boleh ambik baju Aman dan Abang Aley ni.. Terima kasih ayah belikan Aman dan Abang Aley baju baru.


Selera Aman Si Anak Kampung


Roti canai 2 keping + teh O

lunch nasi putih kari ayam.. Maah pun pening fikir menu mengada ngada Aman di kampung. Kalau sama ummi, terpaksa ikut menuu ummi kan, di kampung ikut menu Aman.. 

Tamu Apin Apin

Setiap pagi Sabtu, Tamu ni akan beroperasi se awal pukul 6 pagi. Tamu/ pasar pagi tempat pertemuan masyarakat sekitar Apin Apin, di samping dapat membeli barang keperluan dan juga menjual barang yang di perlukan, tamu juga boleh merapatkan silaturahim di kalangan penduduk setempat.. 

Gambar Tamu Apin Apin bahagian dalam.. Ikan, ayam, kuih muih dan sayur sayuran boleh di dapati di sini dengan harga yang sangat murah.. Ogos 2013, kuih masih di jual RM1 untuk 4 biji dan size kuih lebih besar daripada kuih yang kami biasa beli di Bangi. :)


Setiap kali balik kampung, Aman dan Adik tidak pernah ketinggalan untuk cuci mata di Tamu Apin Apin. Yang ini bahagian luar tamu.. Segala jenis toys, baju, parang dan Ikan kering ada di jual disini. Biasanya penjual adalah penduduk sekitar Apin Apin juga. Nenek dan Auntie Long pun ada meja jualan di sini. Jual kuih muih, air, nasi lemak dan juga mee goreng. malangnya, gambar gerai nenek dan Aunti Long lupa snap..

Ultraman kecik sampailah yang besar ada di sini

Fresh dari kampung

Wednesday, December 18, 2013

Aman Di Kampung Jawa Sumbiling, Tenom

Selepas usaha memujuk nenek dan Aten main curi ayam tak berjaya, akhirnya Abah dan kakak Ayuni juga yang memahami Aman. hahaha... Kalau kalah jangan nangis tau Aman.. Pesan nenek

with abang Aley dan Kakak Eta Aman...