CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, July 29, 2010

Kg. Gumut Kalumpang





















Thursday, July 22, 2010

Janji Kap Lam

Satu lagi yang menghanginkan satu badan ku hari ni… untuk yang ke 1000 kalinya si KaP Lam mungkir janji. Panas hati betol, sebulan aku bagi chance kat dia, tak call sms ke.. memang haram, sekali pun dia tak pernah call. Tetiba semalam tegerak hati nak call.. Sungguh sungguh si Kap Lam bagi alasan macam ni " ala kakak, saya punya buku hilang, semua hilang, no phone kakak pun hilang, no account pun hilang. Saya mau cal kakak pun x tau nombor.". Dalam hati macam nak mencarut je. Dah agak dah mesti alasan ala ala drama Tamil punya la.. sebelum ni dah seratus orang sedara dia maati. Kali ni dah habis sedara mati, buku lak yang mati. Janji hari ni nak bank in, kita tgk lah ada ke tak. Check tadi nampaknya belum ada lagi.. seratus kali dah aku try call, harap tak berangkat.. apa lagi yang mati aa?

Mungkin hari ni kaki dia lumpuh kot. Or CIMB bank terbakar. Kalau tak pun hari ni mungkin ayam dia mati. So, dia kena buat upacara kubur ayam kat Bukit broga kot. Pelik betul la Kap Lam ni. Asal sedara mati je, tak bole bank In duit, sedara mati je, x bole bayar hutang. Lupa lak, selain sedara mati ada lagi satu alasan standard Kap Lam ni.. "aku kat balai polis ni".. so what? Apa kena mengena bayar hutang dengan balai Polis?? Nak je aku sumpah, biar ko masuk jail terus. Banyak sangat songeh.

Klinik Itu Sangat Cekik Darah

Bikin Panas! tetiba rasa hangin satu badan. Ntah macam mana tegerak hati aku mengecheck Kaizen tadi.. Whatt!!! claim last month RM500.++. WTH! apa ubat yang Aman ngan Ikhwan makan sampai RM500 sebulan?

Lpas ni minta maap la encik Dokter, tak nak dah aku g klinik tuh. Cekik darah tahap Gaban tu. Nebolizer sampai 15 hengget!! apesal mahal sangat? Angkara siapakah itu? mesti sebab minyak naik harga kot...

Moral of the story>>> bulan ni kena jaga kesihatan sepenuh hati. jangan main hujan, jangan mandi laut, jangan pi mana-mana. dok umah, makan, tido, bangun, makan lagi, tido lagi.. supaya sentiasa ceria, sihat dan x perlu pg klinik tu lagi.. Good Bye Klinik Itu..

Saturday, July 17, 2010

Aman and Iwan Loves Ma'ah..muahh

Ma'ah oooo Ma'ah. Inilah Ma'ah Aman dan Iwan. Sangat Cute! ahaks mesti Ma'ah kembang bila baca entry ni.. hahahah... Ma'ah ni sangat kuat merajuk tapi baik hati. yelah sangat kan Peela. Selalu sakit bila rindu kat anak2 buah.. Banyak story Ma'ah yang Umi nak share kat sini.

Ma'ah ni suka begayut on phone. Hari2 susah berengang dengan phone dia. Maklum sajalah. orang tengah berloving-loving jarak jauh ni. Phone jelah penawar rindu. senang skit kan La. Dolu dolu zaman kakakmu ini, susah skit. Bil tepon sampai beribu hengget. Skg ni semakin canggih, call pun murah lak tu. Semenanjung ngan Sabah macam dekat sgt2.

Hari ni Ma'ah ngan Aten ada kat umah.. Aman paling berbahagia... oklah.. alamak ada tamu lak.. my BIL datang.. nanti sambung ya..

Ma'ah tengah menjamu selera.. nampaknya dah pandai makan ulam.

Ma'ah with Ikhwan suatu ketika dolu..


Uiks.. macam mana bole kurus ni

Maa'ah ngan Aman



Ini la my lovely sista and kesayangan Aman dan Iwan





Thursday, July 15, 2010

Dari Mata Seorang Suami..

Sila check kamera cik abang selalu, tujuannya ialah, mengspotcek apa yang cik abang tengok bila bersendirian tanpa sang isteri disisi.. ini antara koleksi gambar yang agak menarik perhatian. chewah, walaupun aku ni tak de lah pandai sangat amik gambar kan. tapi bab komplen mengomplen ni bole tahan jugak tau.

Ini adalah gambar kuda(kot- kot x kenal).. sempat lagi cik abang snap from van otw nak ke Tambunan. Besepah sepah je kan kuda ni.. x reti balik rumah ke?



kedai ikan masin tempat cik abang borong sekotak ikan bilis dan udang kering

Gaya Street Tamu. memasing kusyuk menelaah..


i like this pic.. penuh kedamaian.. Land below the wind..


Kisah si Gadis penjual jagung.. Unik dan penuh dengan cerita tersirat. adik beradik ke atau kawan sepermainan.

cuba teka ni gambar apa?

gambar paling tak bole tahan.. wakakakak, kantoi snap gambar minah saleh

termenung jauh mengenangkan masa depan yang agak suram.. agaknya mana anak2 dan cucu nenek ni ye..










Hassan Ayam Kampung

Omak dah booked semalam "Salina, ko jangan pose besok, akak nak blanje makan ayam kampung" Gulp!!! hancus lagi diet besok. tak pelah.. Omak nak belanja punya pasal, sanggup ku korbankan diet ku lagi.. erk!! diet kah kau salina?

hehehe.. Kak Ras punya pasal, tpaksa la melantak sampai lobam hari ni.. walaupun malu-malu bak semalu, ku makan gak ayam kampung 2 ketul sampai licin.. letih tu, carik jalan sampai ke Teras Jernang dah.. ni semua Garmin punya pasal.. padahal aku yang salah sebenarnya.. set JPJ bangi sape suruh.. set la JPJ Bandar Baru bangi kan..


muka tengah lapar gile ni. sungguh sungguh adik manis ni amik gambar



alhamdulillah kenyang.. sempat possing ngan Omak

yang sempat ditelaah tadi.. nampak tak air limau ais gelas besar tu.. hahaha siapa yang punya?? Akulah tu, share ngan zila taw..ayam 6 KETUL okay.. sorang kena makan 2 ketul

hehehe.. diet la konon tapi makan sayur sebeban.. campur minyak2 lagi

burp..alhamdulillah... selamat semuanya masuk tekak



>>thanks to Omak yang jadi Penaja Lunch hari ni. Semoga murah rezeki dan dpanjangkan usia kak Ras.. Amin
















Wednesday, July 14, 2010

My Only Kakak..





Rindu serindu rindunya.. nilah family kakak kesayanganku. Anak anak semua dah besar panjang. 3 anak dara pinggitan + superhero sorang.. yang ni Abang aley kesayangan Aman..

Kak Ida ni simple saja orangnya. business minded, and skg tgah jadi supplier, (eh ye ke) budak budak sekolah untuk rancangan makanan tambahan di salah sebuah sekolah rendah Tenom..








Wong Solo, Bangi

Dah lama tak makan nasi, tapi x kurus kurus jugak.. Tetiba hari ni Mak Yong teringin nak makan Ayam Penyet Wong Solo kan. kena la ikut selera Mak Yong. On the way tu, dah plan dah nak makan gado gado je. Skali dah sampai sana, hahahaha..Ayam penyet satu... sedap sampai menjilat jari tu... pedas.... berasap telinga.. nampak je nasi, terus makan sampai habis. sampai terlupa nak amik gambar nasi ayam penyet, sebelum dan selepas.. sempat snap muka memasing je.. sampai kepetang kenyang..


x kira nak amik gambar jugak... walaupun dah bulat sepinggan

Mak Yong lagi kurus taw!!

Mak Yong yang tengah kira duit.


penantian satu penyiksaan.. Kak Dhi x sabar tunggu Pecel Lele nih


psstt>> asalnya hari ni nak pose konon... besok Khamis pun x bole pose, omak nak blanja makan ayam kampung pulak..

Adush..Gatalnya..

Tetiba teringat nak masukkan gambar ni. Aman yang kena gatal gatal. Time ni tengah menghabiskan masa pantang di Kampung Apin Apin, Keningau Sabah. Tension gak time ni. Melayan Ikhwan yang memang suka "menyanyi" tengah tengah malam, dengan Aman lak yang kegelisahan sebab gatal aduyaiii..... rasa nak nangis pun ada. Kesian tengok Aman x bole tidur. Kejap kejap bangun merengek.. Dah la cik abang jauh nun di KL.. Nasib baik la Aten & Nenek banyak membantu.. hehehehe.. Aten & Nenek slalu bjaga malam tau.. Makasih yaa..

Sampai laa ni Umi tak tau nama penyakit ni. Tapi, dulu Kakak Ayuni (anak kak Long) memang selalu kena.. nak kata kayap, bukan.. nak kata kena gigit nyamuk pun bukan.. kesian tau, sampai bengkak bengkak muka.. heheeh... kelakar bila ingat muka kakak ayuni kalau kena gatal gatal ni.

Punca? yang Umi ingat, time ni Aman mandi sungai ngan Pakcik Koji, pas tu x tukar baju.. lepas tu lepak lak kedai Aunti Long sampai petang.. balik nak tido... argghhh.. tension.. ni lah gambar yang sempat disnap time tu..

siku Aman. masih terbayang macam mana muka Aman time tu.

Kat tangan skit.. gatal nih.. Umi siap panggil Ustaz Osman (Palanchia) buat air penawar, kot kot gangguan hantu sungai.. (choii)


yang ni kat perut.. ngerii ok! itu belum kat "tuutt" lagi.. tapi x sampai ati lak nak snap kan.. kang Aman malu lak kang.

yang ini pun sama.




2 hari tau Aman suffer menahan gatal, umi menahan telinga & mata.




Apa ni?

Ini adalah AUDI..
Apa itu Audi? kena la tanya Aman sendiri..
Audi antara febret car Aman, kalau nampak je lambang ni.. eh, macam hilang akal sekejap. Tapi paling x bole tahan kalau dia nampak Subaru Impreza.. Fuhh, memang betul betul dia impress la. Kalau jumpa park kat mana mana, Aman mesti tawaf SUBARU ni.. agak agak kalau bole peluk SUBARU tu, mesti dia peluk punya la..
suatu malam di Tasik Idaman; dejay or owner Tasik Idaman baru nak park SUBARU kaler putih ni.
Aman: fuyoooooohhhhhhh... Aten nampak tu subaru... fuyooohhh... dengar tak bunyi dia.. tu subaru la tuh..hebat kan..
Aten:????? erk?? (tak kenal la man)
Aman: apalah Aten ni. tu Subaru la tu. tu pun tak tau ke?
Aten: heheheh... sengih je lah...


Thursday, July 8, 2010

Gunung Trusmadi @ 27.06.2010

tolong jangan jaga tepi kain suami masing masing.. uhuk uhuk, ni saja perli diri sendiri lah ni.. suka sangat amik tau aktiviti gunung cik abang.. ye lah, kalau kita tak amik tau , siapa lak yang nak amik tau kan.. kang jadi alasan cari girlfren yang caring lak kan..

cuba perati betul betul gambar ni... menarik tak? hanya orang gunung je yang paham.. aku sendiri pun kekadang masih kurang paham apa bestnya naik gunung?? tapi bila tengok gambar2 cik abang kat puncak gunung, wow.. menarik. cuma, untuk jadikan naik gunung sebagai hobi, susah skit kot... semput woi..


ini la antara cabaran dalam trip ni... tarik, tarik, tarik.... ni belum start hiking lagi ni..

menurut cik abang , time ni otw nak sampai ke kabin (tempat bermalam).. time ni best sebab first time rasa hujan kat bawah kaki.. bole dengar hujan tapi dia tak kena hujan, coz.. hujan bawah kaki dia.. tak nampak awan kat bawah tu?

Antara laluan paling mencabar.. sila perati sebelah tu adalah gaung... gayat!! eh.. cik abang tak gayat kot.. lupa nak tanya.

akhirnya... sampai sudah di puncak trusmadi.. kalau ikut cakap cik abang.. inilah kepuasan hakiki bila naik gunung. merenung jauh ke gunung kinabalu nampak...


Kinabalu from Trusmadi peak...
Tinggi tinggi Gunung Kinabalu
tinggi lagi sayang sama kamu
biru biru Gunung Kinabalu
tengok dari jauh, hati saya rindu...
>> sila check, sama tak view Kinabalu from Trusmadi dengan gamba kat bendera Sabah? cantik kan?? Jom balik Sabah.. dekat sangat dengan Apin-Apin kampungku yang terchenta..




Cerita Aman dulu dulu...

Aman membesar bagai juara? Dugaan membesarkan anak anak memang akan menjadi kenangan manis dan pahit bagi setiap ibu dan bapa.. inilah kisah Aman yang mungkin tidak akan dilupakan sampai bila bila. Doa Ummi semoga Aman akan terus menyayangi Ummi dan Ayah serta adik adik sampai bila bila. Semoga kasih sayang antara kita berkekalan sepanjang hayat.

Senang je nak jaga Aman ni.. very independent. Kalau rasa nak tido, dia akan tido. x de maknanya nak tepuk tepuk. yang dia tau, kalau perut kenyang dia akan tido. Rasanya perut pon jarang kembung.. Memang dia membesar dengan jayanya... sampailah umo dia 11 bulan, dah mula hantar nursery, Kasihan sungguh.. keluar masuk hospital sampai habis lah cuti ummi tiap tahun.. setahun mau 2-3 kali masuk hospital. sekali masuk sah sah dok seminggu.

Ni antara gambar Aman time sakit sakit dulu.. Kalau bole, Ummi x nak lalui semua ini lagi tau... syuh... tak mau sakit sakit lagi tau Aman. Aman kan kuat lawan sakit.. Alhamdulillah sejak ada adik ni, Aman dah jarang demam2 yang teruk..


Aman dah kuar hospital.

Kesian kan.. time ni dah setahun 9 bulan tapi, kecik je.. yang ni selang 2 minggu Aman kuar masuk wad..



walaupun sedih, tetap tersenyum.. hehehehe



sempat tu posing kat katil hospital.. happy sebab bole kuar lpas ni.. Peace!!
>>> Paling tak bole lupa time Aman kena H1N1.. nak tengok gambar Aman time tu pun bole nangis tau.. cik abang punya troma, sampai tahap x bole tengok Aman pakai baju yang dia pakai time sakit tu..



Wednesday, July 7, 2010

Kau Ilhamku..

Aman, umi sayang aman sangat sangat.. walaupun pagi tadi Aman bangun sambil menangis nangis nak ikut ummi pegi keje, walaupun seawal pukul 6 pagi ummi mandikan aman, walaupun ummi terlambat keluar rumah semata mata nak pujuk Aman supaya tak nangis, walaupun Aman selalu cakap umi jahat kalau tak bagi Aman tengok Hagemaru, ummi tetap sayangkan Aman. hehehe... ayat tak boleh blah Aman, Ummi, jangan lupa makan ubat tau, kalau lambat makan ubat nanti umi mati. (kalau tak makan vitamin, bole mati cepat ke???)
Sumber Ilham 1
Ummi sayang ikhwan... walaupun malam tadi ikhwan mengamuk ngamuk sampai pukul 12 tgah malam tak nak tido, walaupun Ikhwan slalu asyik nak bekepit je ngan umi, walaupun tangan umi sampai kebas2 jadi bantal ikhwan ngan Aman, walaupun kadang2 berjaga sampai pukul 3 pagi semata mata nak tepuk Ikhwan tido, ummi tetap sayang sangat kat Ikhwan..

Sumber ilham 2
Semuanya sebab, Aman dan ikhwan anak anak ummi, kekuatan Ummi dan yang pasti SUMBER ILHAM Ummi..
P/S: ada hati nak suruh Ann bawak Ikhwan balik Sabah bulan 8 ni. raya nanti baru amik balik... uhuk uhuk uhuk.. Ann, nampaknya plan tu terbatal dengan jayanya..

Saturday, July 3, 2010

Betul kah Ammar-Ammar nii Photostat Ummi?



ini ialah Ammar Idlan, anak ummi yang sulung. D.O.B 06.02.2006



yang ini pula Ammar Ikhwan, anak kedua Ummi. D.O.B 19.10.2009


Yang ini... ialah Ummi umur setahun jagung.. sama tak ngan anak2 Ummi..

Gunung lagi...

Hanya mereka yang minat aktiviti ni je yang tahu macam mana rasa "Kepuasan" bila sampai puncak sesebuah gunung.



Hari ni Weekend yang amat membosankan.. rehat memang cukup sesangat (terlebih suda) sampai tahap kalau paksa tido gak, boleh pecah kepala hotak hang.. hehehe... kenapa agak2nya?


Sebabnya, cik abang masih nun jauh di sana. Ada cerita di sebalik misi "merekaa" kali ni.. tak pelah bang.. lain kali cuba lagi ye.. apapun, tabik springg kat cik abang yang sanggup berkorban demi kawan.. Sebenarnya misi kali ni ialah menawan dua puncak Sabah.. pernah dengar tak Trus Madi & Tambuyukon.. haa, ini la mission imposibble "mereka". seramai 8 orang pendaki tegar yang menyertai misi ni.. tapi...... dengar cerita 3 daripada 8 pendaki cuma berpeluang menawan trus madi je.. atas sebab2 nilai persahabatan yang begitu tinggi, 5 orang sahaja yang berjaya menawan kedua-dua puncak.. caiyok caiyok.... nantilah tunggu cik abang balik, kita dengar cerita full version...


p/s: kasihan salah seorang pendaki yang injured... terus serta merta brubah... Alhamdulillah, berubah pun ke arah yang lebih baik...