CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, January 28, 2014

Alhamdulillah.. Cucu Ke-8 Mama

Alhamdulillah, Aten telah selama melahirkan anak sulung perempuan. Baby 2.5kg. Sedikit komplikasi menyebabkan baby terpaksa di lahirkan dengan bantuan Vacum dan Aten telah di transfer ke Hospital Bersalin Likas akibat pendarahan tak berhenti. Alhamdulillah, setelah melalui saat getir itu, Aten dan Baby Izzah selamat dan sihat walafiat.

Monday, January 27, 2014

Off-Road To Kerling, 25-26 Jan 2014

Convoi rolling Sabtu 25 Jan 2014, 3 buah kenderaan mendahului.. Abang Ali, Abang Jepp dan juga Abang Suami. kami bergerak dari RnR Rawang lebih kurang jam 9.00 pagi.

Lebuhraya Utara Selatan, keluar Tol Tanjung Malim

permulaan perjalanan melalui kebun getah. "dalam hutan tu ada letrik ke? kenapa ada tiang letrik kat sini Ayah?". Jawapan tepat ayah, "depan sikit ada stesen hidroelektrik".

Sepanjang perjalanan agak berbatu kasar. Jalan pun agak keras membuatkan kami anak beranak bagai dilambung lambung dalam kenderaan. 

rutin setiap kali offroading, kasi lock gear 4x4

sementara itu, anak anak kami sempat posing sambil menikmati keindahan bumi hijau ciptaan Allah.

11 pagi, selamat sampai ke destinasi. Alhamdulillah syukur, campsite yang di harapkan memang kosong dan tersedia untuk kami.. 

pak pak budak dirikan khemah sementara mak mak dan anak anak menyanyikan lagu selamat hari jadi untuk adik Alif. Selamat hari jadi yang ke 6 Alif. 

campsite memang cunnn!! sejuk mata memandang, sedingin udara di sini. dinasihatkan bawak jacket kalau bermalam di sini. sejuk sampai ke tulang hitam.. Air sungai pun sangat sejuk..

kita minum dulu brekfest nasi lemak, lunch ketam masak cili api, dinner gulai ikan jenahak. Perghhhh!! meme terbaik 

aktiviti sampingan bila dah kecut jari jemari adik..

Siakap 8 rasa, telur masak kicap, kacang panjang goreng belacan dan ketam masak lemak cili api.. kensel diet


sekali sekala lunch dalam hutan dengan BFF, licin pinggan di buatnya

anak anak makan sorok sorok belakang khemah. A.k.a tempat mak mak tukar baju

semalaman di sini, dah siap kena balikkkkkkkk! 2 hari 1 malam macam sekejap sangat pulak.


kebulur punya pasal, dari Tanjung Malim. sampai ke Ana Ikan Bakar Petai BBB


sampai rumah, sambung masak pinjaram ni.. makan lagi..

Wednesday, January 22, 2014

Bila Mereka Bergaduh

marahnya dia sebab abang tak kasi cium pipi. 

lepas salam salam minta maaf, mulalah si adek mengacau abangnya. Tak larat abang melayan adik

Gunung Irau, Cameron Highland

Trip Gunung Irau 2014
5 Januari 2014 (Me, Abang dan Zul)
Starting : 8.35 pagi
Mini Irau : 10.45 pagi
Masa terbuang di jalan yang salah : 
Dari Puncak : 3.00 pm
Dari Mini Irau: 4.00pm
Sampai starting point : 6.00pm (memang tak sempat lah mandi mandi segarkan badan di Hotel, late check out pun pukul 6.30pm. Sudahnya, kami mandi air yang sejuk gila dekat foodcourt Brinchang. 




tujuan kami ke Cameron Highlands ialah untuk hiking ke Gunung Irau. Ber-3 dengan Zul Gayut. Memang betul btul last minute. Nasib baik Zul join, kalau tidak, kami ber-2 sajalah dating daing di Irau.


Sardin se tin yang di masak dari Bangi sebagai bekalan. Sementara menunggu nasi bekal masak, kami sarapan ala kadar. Roti krim gardenia dan nescafee panas. 8.35 kami memulakan perjalanan dengan bismillahirahmanirahimmm...
setting ketinggian jam masing masing. Permulaan perjalanan, adalah atas pelantar seperti dalam gambar. lebih kurang dalam 20m perjalanan.

9.30 pagi sampai jungle walk- no 14. Sejuk banget.. merasa lah macam dalam cerita Korea, cakap keluar asap tu.. ahahaah
10.45 pagi, kami sampai di Mini Irau.. lepak sekejap, pekena pisang sebiji dan roti krim Gardenia separuh, kami teruskan perjalanan.. Di sini la drama " malu bertanya sesat jalan, dah bertanya pun sesat jugak" bermula. Kat Mini Irau ni ada 1 group Temerloh camping. Dengan penuh keyakinan, kami tanya, bang dah naik puncak ke bang?. jawapan pasti... "dah... sejam je dari sini.. ni haaaaa jalannya, kat belakang ada lagi member 2 orang tak sampai campsite lagi". sambil tunjuk lorong belakang khemah diorang. Maka kami tanpa segan silu, meneruskan perjalanan kami.. 

45 minit perjalanan, Abang mula bising, rasanya kita salah jalan ni, sambil keluarkan map dari beg. Sepatutnya jalan yang betul, kita turun sikit je lepas tu dah start naik.. yang ni turunn tak naik naik nih". sebelum tu Abang tanya jugak, jauh betul diorang tinggalkan member diorang eh, dah setengah jam perjalanan masih tak jumpa diorang lagi".  kami mula cuak, bunyi enjin land rover memang jelas kedengaran. Nasib baiklah sepanjang perjalanan Irau ni, line internet memang superb, kasi tengok google map.. sah kami salah lorong... Jumpa pula geng 2 camping Mini Irau tengah duduk lepak.. Mungkin tengah memikir, manalah jalan yang hilang ni. Aduh!!! gelak besar kami semua.. okeh, mari kita naik balik.. Rugi 2 jam kami di sana..
Mini Irau kali ke-2, Gelak besar lagi.. Kurang hasam, korang kenakan kami kan.. Tak jumpa jalan tapi mengaku dari puncak. Cheh.. Sebenarnya salah kami sendiri juga, masing masing pernah baca blog, "JANGAN MASUK LORONG BELAKANG CAMPSITE" tapi kami ikut kata orang.. Tapi tidak apa, at least, bertambah kenalan kami dari Temerloh.. In Shaa Allah, ada rezeki, jumpa lagi. 
2.15 Alhamdulillah, selamat juga sampai di puncak setelah tersalah jalan lebih kurang 2 jam.
Subhanallah.. Sepanjang perjalanan yang menjanjikan panorama yang sangat sangat indah, yang tak pernah lagi saya lalui sebelum ini. Memang cantik, semoga Irau akan kekal cantik begini sampai bila bila.
ketenangan dan keindahan yang tak ternilai..

Hasilnya... tidaklah teruk sangat. 

6.00pm sebelum bergerak turun, bergambar dulu dengan kawan baru di mini Irau dengan tagline "sejam je lagi". Inshaa Allah, ada rezeki jumpa lagi..












Thursday, January 9, 2014

Cameron Valley & Cameron Boh


 Bharat Teh Tarik memang owesome. RM3/ cup 

Boh Teh O ais terbaik! Teh tarik tak sebest Bharat teh, sebabnya kat sini serve teh tarik 3 in 1.

 cameraman cilik in action.

Tuesday, January 7, 2014

Cameron Highland, Trip Mengejut!

last minute tukar plan bawak anak anak ke Cameron. Tujuan utama menawan puncak Irau. Nak bergumbira laki bini, kena gumbirakan hati anak anak dulu. Mari minum teh di Cameron..

Ceria kunun masing masing, padahal yang di tengah tu tak mandi pagi pun. Bergerak dari Bangi pukul 7.45 pagi. Singgah sarapan di RNR Rawang pukul 8.30 pagi. 

lebih kurang pukul 11.30 sampai ladang Teh Bharat. Ada umpphhh!!! teh tarik Cameron Valley. 

Mari Check In sebelum melawat ladang teh lagi. 


Okey, room is available.. tak sempat habiskan token RM10 Aman di sini..

Thursday, January 2, 2014

Mari Pergi Sekolah


Aman di sekolah yang baru.. Sebenarnya sekolah yang sama cuma di bangunan yang lain. Good luck Aman untuk tahun ini dan tahun akan datang. Alhamdulillah, Aman memang anak yang baik, senang nak uruskan. Doa ummi sentiasa mengiringi Aman..