CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, May 28, 2014

Menggamit Kenangan Betol

Air Terjun Pelangi memanggil manggil.. Apakan daya, masa tidak mengizinkan.  bagi abang saja yang pegi. Yang lain duduk rumah diam diam.. 

Sunday, May 18, 2014

Bye Bye Maah... Till we Meet Again

1 Mei -11 Mei 2014.. Cepat betul masa berlalu.. 10 hari bersama pun sudah cukup membuat Abang Aman tersedu sedu menahan tangis dari KLIA  sampai ke Bangi. Aman jangan sedih, nanti Maah datang lagi. Lagipun, raya nanti kan Aman balik kampung.. Sehingga ketemu lagi Maah... Muaaahh!!! adik dan Abang sayanggg Maah...

Tuesday, May 13, 2014

Izzah Botak

3 Mei 2014 (Sabtu)

Sebelum



Tadaaa.... Selepas.. 





Monday, May 12, 2014

Adik Nak Pegi Walatan Ni

Terharu betul dapat makan jambu air ni.. Mama kirim dari kampung. Dalam pada sakit lutut, sempat juga petik buah ni bagi anak yang jauh di mata merasa.. Betapa dasyatnya kasih sayan seorang ibu pada anaknya. Terima kasih mama..

kebiasaannya, ikwan berbantalkan lengan ummi. Kalini dia request nak baby Izzah baring kat lengan dia.. Abang Ikhwan dah besar katanya..  Sayangnya Ikhwan pada Izzah.. "Aten, boleh tak adik nak ambik baby Izzah?". Ummi, nanti bagi adik duit, adik nak pegi walatan nak belikan Baby Izzah cokelat. 

Lawatan Pasti Al-Faizin kali ni di Muzium tentera Udara Malaysia- Kilang Cokelat Beryls - Farm in The City Seri kembangan. Bayaran cuma RM58/pax. 
Bye bye Baby Izzah, Izzah jangan nangis tau. Abang pegi sekejap je. 

Imam Muda Aman dan Imam Muda Ikhwan

Bye bye Ummi, jangan nangis tau.. Setakat gambar ni je lah yang ummi ada pun.. Semasa kejadian lawatan kando gambar. 

balik tu jumpa 2nd Cousin beramai ramai.. 

Adik: Laa Waa Tan.. Walatan... puas membetulkan perkataan lawatan, sampai sekarang masih tak berjaya. Si Ikhwan tetap dengan WALATAN dia.. kikikiki


Sunday, May 11, 2014

Selamat Hari Ibu Mama


Ya Allah, rahmatilah ibu ku.  Aku pohonkan rahmat Mu dan keampunan Mu untuknya. Ya Allah, anugerahkan ibuku kesihatan yang berpanjangan atas susah payahnya mengandung, melahir, menyusukan dan membesarkan ku dengan penuh kasih sayang. Ya Allah, Ampunkan segala dosa dosa ibuku, kurniakanlah darjat yang tertinggi buat ibuku, haramkanlah api neraka dari tubuh ibuku ya Allah, masukkanlah ibuku dalam golongan orang orang yang beriman, kurniakanlah baginya semulia mulia tempat di sisi mu ya Allah, kerana dia tidak pernah meminta apa apa balasan dari setiap pengorbananya membesarkan ku ya Allah. Ya Allah, bukakanlah pintu rezekinya yang halal seluas luasnya, kurniakanlah iman yang sempurna  untuknya . Ya Allah, janganlah engkau biarkan dia bersedih melainkan Engkau hiburkan mereka dengan kurnia dan nikmat Mu. Ya Allah, janganlah Engkau biarkan dia kesunyian melainkan Engkau temani dia dengan hidayah dan petunjukMu

sempena hari ibu, saya ingin memohon seribu kemaafan dari mama sebab tidak dapat pulang ke kampung selalu untuk menghiburkan hati mama. panggilan telefon menjadi penghubung kita setiap hari. Rindunya mendengar bebelan mama secara live. Rindunya memasak makanan kegemaran mama.. Inshaa Allah, raya tahun ni kita jumpa lagi mama.. 

selamat hari ibu dari KFC Tesco Nilai

Happy Mothers Day dari 99Speedmart. Adik ikhwan buat surprise, Ummmiii... *sambil sorok bunga di belakang.. Nah sayur! selamat Hari Ibu... ahahahha... Sayur!!!

Rendang Ru$@

dari kampung

sampai Bangi

Taraaa..... resepi google aja rendang daging... 


Friday, May 9, 2014

Labor Day 2014

9.30 pagi siap membaking sponge cake

9.45 pagi melepak di rumah Sheddy yang akan berhijrah ke Brunei malam nanti.. 

Trio Ammar. Gambar kenangan sebelum Ammar ke Brunei.. 

7 petang, Aten, Izzah dan Maah selamat sampai dari Kampung. 

Thursday, May 8, 2014

Trip ke Ulu Kemapan, Endau Rompin


30.04.2014-4.05.2014
Trip dia kali ni bersama kawan kawan treking, kawan DBKL dan kawan memancing.. 15 orang semuanya. 
Bye bye ayah, Aman doakan Ayah di lindungi Allah kata Aman. Biasalah budak yang sangat sentimental, setiap kali ayah ke hutan, mesti dia sedih. 

2 kereta bergerak dari pukul 10 ,lagi 2 akan berjumpa di Stesen Petronas Senawang pukul 11 malam. Seterusnya, layan sajalah gambar diorang di sana. 


dengar cerita, 3 kali tukar campsite. 



Alhamdulillah syukur.. Cukup lah untuk 15 orang merasa sorang sikit. 


jelajahlah alam, kerana di situ ada erti sebuah kehidupan. 

Mama cakap "bagus bagus ada katil, tilam di rumah, mau juga masuk hutan. seronok sangat kah tidur atas tanah tu:". Hanya diorang yang paham mak.. hihihihi

gambar camera henset samsung cabuk pun cantik juga bah


ini paling best... hammock + flysheet dia ssorang sorang.. 

Ikan tadi telah selamat di pindangkan oleh chef. Abang kata apa benda makanan yang tak sedap kalau dalam hutan?.
pancing baru dirasmikan oleh ikan tengas. Tahniah untuk beliau.