CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, August 31, 2013

Lada Putih by Sure Rea@h, Setelah Seminggu

Si Ann mengidam lada putih Apin Apin, mama kurier, inilah rupanya setelah seminggu. Janji sampai esok, minggu depan baru sampai rupanya. Cheh!! mau di komplen, tak paham bahasa rupanya pakcik yang jaga kaunter di Sure Rea@h Keningau tuh. 

Thursday, August 29, 2013

Lita Alis Lagi

29 Ogos 2013, 8.00pm @ Klinik Pergigian Lisa Alis, Bandar Baru Bangi
1st time Cabut Gigi disini membuatkan Aman nak teruja nak cabut gigi kekal ke-2 Aman dengan doktor yang sama. Gigi kekal  sudah mula tumbuh sejak minggu pertama raya, tetap juga kami tunggu balik Bangi. 


gigi yang cabut hari tu pun sudah sama tinggi dengan gigi yang lain. 

Nampak tu, gigi Aman sudah tumbuh tapi gigi susu masih degil nak keluar dari mulut Aman.

bius lagi.. Nasib baik Aman sporting.. tiada drama air mata di situ.. Dr. Ammar ni memang pandai pujuk budak budak.. Terima kasih Dr. Ammar

Dah Selamat... Aman good boy

Saturday, August 17, 2013

Pakcik Koji Belanja Pizza

Itulah Pakcik Koji, dia bawak Adik dan Aman sementara kami laki bini ada urusan lain di tempat lain.. 

Nenek dan Maah selepas kenduri Kawen di kampung.. 

yang itu Pakcik Fathan Aman.. Geng karas Aman dan Adik di Kampung.. Alhamdulillah, terima kasih pakcik Koji.. Taun depan belanja la lagi...

Merajuk. Hahahaha

Wednesday, August 14, 2013

1 Syawal 2013 Kami Lagi...


Pukul 6.30 Petang raya, Kami di KLIA. Mr. Azley, Jejaka rebutan Apin Apin yang hantar. 

Sementara menunggu Flight 10.45 malam, jenuh jugaklah mengejar budak 2 orang ini. Sekejap sekejap gaduh, kejap baik..  

Tidak Sabar sudah ni ummi... 

Nak jugak dekat tingkap.. 

Time makan, cari ummi jugak.. Kesian Abang Aman, selalu kena mengalah dengan Adik tau.. 


 pukul 4 pagi alhamdulillah... sampai sudah.. Sampai rumah lebih kurang 4.20 pagi, terus makan ketupat dan rendang.. Raya lah katakan... 


Friday, August 9, 2013

1 Syawal 2013 Kami

Sedikit kelainan raya kami tahun ni. Aman dan Adik suspen jugak apa pasal puasa dah habis tapi kami masih di sini.. Aman siap komplen, kawan kawan lain semua dah balik kampung Ummi, kenapa kita tak balik lagi nih?. Plan asal, kami akan menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Tanjung Malim yang tak jauh dari Kampung Nenek  mertua di Kampung Gumut, Kalumpang. jadi, kena gerak keluar rumah selepas subuh dalam pukul 6.30pagi. Agaknya penat merendang, pukul 6.30 tu baru terjaga.      

7.30 pagi angkut anak anak, Aman dah siap mandi, terus gerak.. Kami akan singgah Masjid Bukit Beruntung untuk Solat Sunat. Kalau tidak, tak sempat.


9.00 pagi , Beginilah keadaan Masjid di Bukit Beruntung.. Berpandukan Orang ramai jalan kaki ke masjid, kami jumpa Masjid ni.


Selamat Hari Raya Adik.. Sayang anak mama.. *kadang adik panggil ummi, mama.. 

10.30 pagi, Alhamdulillah, sampai juga akhirnya. Ayah Long, dan Ayah Chik. Berkumpul kami di sini, di 1 Syawal. Pertama kali semenjak kami berkeluarga. 

Buah hati ummi. Yang kecik tanak mandi. Yang abang sangat wangi.. Aman, ummi bangga dengan Aman, tahun ni belajar puasa bersungguh sungguh. 6 hari tak puasa dan bersebab. 

Mak Long & Ayah Long, Ayah Chik dan Mak Anjang serta anak anak, dan kami sekeluarga di 1 Syawal. 

Atok Abah a.k.a Ayah Long.. Selepas menziarahi pusara, kami pulang ke KL.. 

2.00 Petang, beraya di rumah kawan ummi.. Auntie Zila.. 

Monday, August 5, 2013

Nak Amoi aje..

Menjelang Aidilfitri 2013, try and error kedai gunting di Tesco Nilai. Kedai gunting adik yang selalu pegi tu macam tak best.. Naahh kan adik, yang ni better. Lain kali boleh datang sini lagi..