CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, July 22, 2013

Aman Gastric

20/07/13 = 11 Ramadhan.. Akibat makan lemang waktu brbuka semalam.. ini lah padahnya, kebetulan umi MC *sebab lemang jugak. Siap dapat injection kat Dr Vasugi, Klinik Gomez Cyberjaya. Pukul 3 petang dapat panggilan dari guru kelas 1 Anggrik (Puan Adyanie), minta ambik Aman da Sekolah sebab kurang sihat. Ingatkan sakit apa, rupanya sakit kepala sampai rasa nak pitam. Kesian pulak tengok dia makan biskut sorang sorang dalam bilik rawatan. 

semalaman tak tidur, 20.07.13 pukul 7 pagi kami bawak Aman ke KPJ Kajang, Risau jugak tengok keadaan Aman, muntah muntah dan tak terdaya untuk berjalan sendiri. Terpaksa lah ummi angkat Aman sementara Ayah cari parking kereta dengan adik. nasib baik ada petugas hospital tolong tolak Aman ke bilik kecemasan.  

blood test


lepas jumpa doktor, ubat tahan sakit dan ubat angin..

lega lah sikit... 3 hari jugaklah rehat puasa.. alhamdulillah, sembuh sepenuhnya keesokan hari.. Isnin boleh lah puasa.. Umi dan ayah pun lega, sebab doc cakap kalau masih sakit kepala sampai hari Isnin, kenalah buat MRI. alhamdulillah, sakit kepala Aman memang disebabkan angin dan bukan sebab lain.. Ya Allah, berikanlah kesihatan yang baik pada anak anak kami, aman dan Ikhwan. Aminn..

Adik ni, bulan puasa pun bantai makan macam macam depan abang.. haiyaaa..

No comments:

Post a Comment