CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, March 8, 2013

Samporna Aku Datang *Tinggal mimpi saja


My 1st Vacation with geng geng kepala hangin opis ever. Sekali terpaksa kensel daaa... Sejak Penceroboh Lahad Datu masuk, hati kami kami yang nak ke Samporna memang tidak tenteram bah. Masingmasing mendoakan semoga Lahad Datu kembali aman, Semoga penceroboh penceroboh Sulu balik ke tempat asal, malangnya semua itu tidak berlaku. Serang hendap di Samporna mematikan terus keinginan saya untuk percutian bujang kami kali ini. Ditambah pula atas nasihat krew "Big John" supaya kami batalkan percutian kami. Bukan rezeki kami untuk menikmati keindahan Pulau Mabul, Kapalai, Bohey Dulang, Maiga dan Sibuan tahun ini. Biarlah rugi RM274 daripada bercuti dalam keadaan ketakutan. Tak berbaloi rasanya ke Samporna jika hati tidak tenang. hurm.. insyalah, Samporna tahun depan kami datang.......



Tuesday, March 5, 2013

Lahad Datu, Semoga Semuanya Akan Kembali Aman

Kami hanya mampu mendoakan semoga semua anggota keselamatan Malaysia yang ditugaskan di Lahad Datu akan dipelihara Allah dan dipermudahkan semua urusan. Semoga keadaan kembali Aman, supaya hati kami anak Sabah kembali tenang daripada ketakutan. 

Hari ini Pakcik Koji diberi "Cuti Keselamatan" sehingga Ahad 10.03.2013. Walaupun Kinabatangan dan Lahad Datu agak jauh, tapi saya sebagai seorang kakak yang jauh di semenanjung amat bersyukur bila Koji "berCuti Keselamatan". Sekurang kurangnya, ada lelaki yang boleh menjaga mama di Keningau. 

Monday, March 4, 2013

Al-Fatihah untuk Auntie Nor Sakinah

Alfatihah.. Semoga rohnya di cucuri rahmat. Beliau telah pergi meninggalkan kami semua pukul 12 tengah malam 03.03.2013, disebabkan komplikasi buah pinggang. Setelah 4 hari koma di ICU KK, dia pergi jua menghadap Ilahi, meninggalkan 5 orang anak. Sedih dan terasa sangat kehilangan.. Seorang Auntie yang sangat rapat dengan keluarga kami..