CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, February 28, 2014

Aktiviti Abang dan Adik Lepas Sekolah

Adik dan Ilmi. 
Kalau rajin, umi teman lah adik ni main basikal di luar. Adik ni susah sikit umi nak lepas, sebab bila dapat peluang memang jauh adik mengayuh. Tiada masalah kalau mengayuh biasa, tapi adik ni mengayuh sikit punya laju dan jenis tak tengok jalan. menonong.. kang Adik pulak yang langgar kereta orang. Siapa nak bayar kalau kereta orang calar.

Yang ini geng surau Abang. Zikri dan Saad. Baik budaknya. Abang dah boleh diharap main sendiri. Tiada masalah. Sebabnya, Aman tau batas masa dan tempat yang boleh atau tidak untuk bermain. Sebelum azan maghrib, mesti dah sampai rumah. Umi sayang Aman dan Adik. semoga membesar sebagai anak yang soleh

Duit Belanja Aman Kena Curi

Assalamualaikummm... Umi, Beg Aman kena conteng. Aman tak tau lah dia tulis apa ni. Masa Aman nak amik air dalam beg kat sekolah Agama, Aman tengok beg Aman dah tebuka zip. Dalam hati Aman, siapa bukak beg Aman. Aman tengok dompet Aman dah kosong. Aman tak beli makanan pun umi. Nasib baik kawan baik Aman nama Harris, belanja Aman air milo seringgit. Aman tanya Ustazah, tapi Ustazah cakap Ustazah tak nampak. 

Kesian beg kena conteng.

Kesian.. Selalu mesti ada balance duit. Hari ni langsung habis licin. 
Sudah call ustazah, mintak tanyakan pelajar lain siapa yang ambik atau terambik duit Aman. Bukan RM4 tu jadi masalah, takut nanti ambik duit tu jadi kebiasaan. Tak baik untuk budak budak.. Lebih baik di tegur supaya budak tu serik, takut nak ulangi perbuatn dia. 

Thursday, February 27, 2014

Adik Dan Badminton

Sejak ada racket badminton ni, hai hari Adik dan Abang main badminton dalam rumah. Kalau Abang tengah siapkan kerja sekolah, umi lah jadi mangsa Adik kan. Selagi tak layan Adik main badminton, selagi tu tak berhenti membebel. Umi layankan saja. Nanti kita main badminton kat padang ye Adik. Main atas jalan bahaya, kang banyak kereta lalu lalang, dan lagi satu leceh bila shuttle cock masuk rumah orang. 

Wednesday, February 26, 2014

Adik Ilman Tumbuh Gigi


Tadaaa... 1 gigi di atas..

Tuesday, February 25, 2014

Maah Datang Lagi

Flight Jumaat pukul 12.30 tgah hari, pukul 4.50 petang ambik Maah dengan Auntie Jila di Putrajaya Sentral. Auntie Jila siap belanja starbuck lagi. Datang untuk servis gigi semata mata. 

Sabtu lepas servis gigi, kami ke rumah Tok Lang Mail di Sg. Buloh. 

Ahad 5.45 pagi hantar Maah pegi LCCT pulak. Kesian Adik, bangun dari tidur terus cari Maah. Sekejap sangat maah datang kali ni..



Monday, February 24, 2014

IJN Run For Your Heart 2014

Ahad 23 Feb 2014, starting point 7.45am. 

sebelum lari dah start berpeluh. Warming up katanya. Dari simpang ke starting point lebih kurang 1.5km.

Meriah bila lari membawa hati yang merah.  

yeay! we made it. 8 km 65 minit. average pace 9 minit/km. 

the medal.

Habis lari bawak budak budak panjat batu. 

nasib baik terhantuk lutut dan berdarah. Kalau tidak, mau pukul 12 baru balik nih..


Sunday, February 23, 2014

Taman Cabaran Putrajaya

weekend kalau tak masuk hutan, memang Aman dah siapkan agenda untuk dia dan adiknya. Sebelum subuh kejut umi jogging dan cycling, lepas sarapan terus ajak ayah ke sini. Putrajaya Challenge Park. 
Masuk adalah pecuma untuk kanak kanak. Bilik wall climbing kanak kanak terletak di tingkat 1, tengah hari bukan alasan untuk tidak ke sini sebab aircond sangat sejuk. 

Abang.. Next time nak try wall climbing kat bawah tu katanya. 

Adik.

sudah puas panjat batu batu, masa untuk berkuntau pulak.. 

Saturday, February 22, 2014

Rutin Baru Aman

Setiap malam jumaat dan Isnin dia akan ke Surau bersama kawan kawannya (Zikri, Saad & Firdaus) untuk majlis bacaan Yassin dan ceramah agama. Umi tidak memaksa dan umi juga tidak menghalang Aman untuk ke surau, cuma umi sedikit ralat kerana masih belum berkesempatan ke surau bersama Aman. Insshaa Allah, ada kesempatan, adik dah boleh di harap, kita pegi sama sama ye Aman. Semoga Aman membesar sebagai anak yang soleh. Yang menegakkan Agama Allah. Aminn.. 

Friday, February 21, 2014

WKP Oh WKP

Selama mana kita menjaga dan menggunakan beliau, selama itu juga kita kena bersabar dengan karenah sekali sekala beliau. Oh Mr. WKP, kami sayang kamu.. 

Thursday, February 20, 2014

Sains Comot Aman & Adik

Tanah jerlus dari tepung jagung. Semuanya dari TV IQ. Bahan bahannya, 1 paket tepung jagung dan air. Umi tak tengok eksperimen ini, jadi umi biarkan Aman dan Adik setle sendiri. Result : Adik punya berjaya jadi susu cair. Abang berjaya menjerluskan tepung jagung di tapak tangan. Good job Aman..

Wednesday, February 19, 2014

Tidur, tidur dan Tidur lagi


Rutin harian
6.00 pagi minum susu botol 9 Oz
6.10 pagi siap menyusu
6.30 pagi standby mandi. Mode: kencing, mandi & gosok gigi mata pejam.
Umi pakaikan baju, mata pejam jugak

lepas mandi, pakai baju lelap lagik

ummi kunci pintu pun dia lelap .. Dalam kereta sementara nak sampai sekolah pun tetap lelap. Adik oooo adik... itulah sebabnya umi suruh adik tidur awal. 

Monday, February 17, 2014

Adik Gunting Rambut Lagi

Tempat:  Mico, Bandar Baru Bangi
Ongkos: RM 10 ajer

sebelum

selepas.. "adik nak kepala botak Ayah". kepala ayah boleh buat macam ni *sambil tekan dahi ayah guna jari telunjuk. Adik punya tak boleh buat camtu, sebab ada rambut.. wakahakahakahakah... Anak nak botak, tapi ayah kepaa anak nak buat rambut justin bibir.. 

Saturday, February 15, 2014

5 Orang Cukup?

Seronok tengok family kak Ida, ada 3 anak dara, 2 tanak wagu.. Hurmm!! bila lah mau kejar kak Ida nih.

Aman And Sport Car

check beg Aman, ternampak gambar ini. Walaupun tak cantik sangat, api umi dan ayah tetap berbangga.. Ini macam rumah nenek di Apin Apin, Keningau je ni Aman. Tapi ada sport car laa... Ohh lupa pulak, Aman kan memang simpan cita cita untuk beli sport car bagi nenek dan umi naik. Ahahah.. Inshaa Allah, kalau Aman berusaha lebih, lukisan macam ni akan bertambah cantik dari semasa ke semasa.. Belajar lah melukis dengan Ayah, sebab umi memang keras tangan orangnya. Tangan tak berseni..

Thursday, February 13, 2014

Durian Dengkil Lagi

Projek "D", 11 FEB 2014
lokasi: depan SJK (C) Dengkil
Masa: 12.40 tengah hari
Suhu: 38 degree

tengah hari terik, makan durian tak hengat, kalau pengsan tanggung sendiri.. terbaik lah geng hantu durian ni. bak kata kak Ainon, makan sampai lebam. 

D24 RM12/kg. Durian Kampung RM6/kg

makan sampai tiada ruang untuk makanan lain, last skali bayar sorang RM10 sahaja. puas hati & enjoy makan sambil gossip. Next ada projek "B" pulak.

Resepi Pinjaram Mama


Siapa suka makan kuih ni?. Kuih ni senang di jumpai di Sabah, jarang jarang saya jumpa di kawasan perumahan kami. Ni Namanya kuih pinjaram.. Teringin punya pasal, mari kita cuba resepi mama. Senang rupanya buat kuih ni. 

Bahan Bahan:
1 paket tepung beras
500 gram gula putih
500 gram tepung gandum
minyak masak
sedikit garam.

Cara: 
bancuh dengan air, tidak terlalu cair
perap semalaman
tadaaa... boleh goreng sebiji sebiji macam goreng telur mata kerbau.

tips: panaskan kuali sehingga betul betul panas, baru letak minyak untuk menggoreng



Wednesday, February 12, 2014

Adik Dan Kerja Rumah

Buat kerja sekolah ikut mood. Kalau dia rasa nak buat, dia akan buat. Semalam untuk kali ke-3 Cikgu Siti bagi buku kerja rumah kat Adik ni. Suruh sekali buat tak tau, kali ke 2, alasan tanak buatlah, boshan, kali ke-3, ayah keluarkan rotan, barulah begerak sikit pensil dia tu. Huruf Alif je punnnn.... Alahai lah adik. Kalau bab color, cikgu belum seuruh dia  dah siapkan dah.. Minat sangat color lah konon kan. Tapi satu color untu keseluruhan gambar.  Hari tu color gambar dalam kelas, ada meja, kerusi , papan tulis dan penyapu. Adik color meja dulu warna pink, lepas tu kerusi pun pink, lepas tu papan tulis pink, penyapu pink, last skali dia colorkan background pun warna pink.. Ahahaha, lebih baik warna sekaligus je dari awal, kan senang.. 

Ayah suruh kira kereta, 1,2,3,4,.. tiba kereta yang ke lima, dia sebut no 3. Ayah tegur, ni 5 lah adik!. Apa adik jawab? "tapi dia suka 3". Macam mana nak ajar budak nih?.. pengsan ayah kalau macam ni...

Tuesday, February 11, 2014

Ice Cream Lover

Adik dan aiskrim memang sudah sebati. Asal nama nya aiskrim, memang boleh jadi umpan dia untuk tidak merengek hendakkan benda lain ataupun merengek ajak balik "OMAH"/ rumah. "adik syuke syangat makan esykim mi, Adik nak esykim lah". Adik boleh layan aiskrim ni dengan penuh perasaan. Slow and steady sampai licin.  Berbeza dengan Abang Aman, Aiskrim & cokelat memang tidak termasuk dalam list makanan kegemaran. Jadi, Adik makan aiskrim.... Abang boleh lah mencari barang yang dia suka dengan tenang tanpa gangguan Adik. Umi teman adik makan aiskrim, ayah temankan abang beli barang.. 

Monday, February 10, 2014

Surprise Birthday Abang Yang Tak DiRancang Pun..

"Dia" ada kerja sikit di Karnival Karangkraf Shah Alam. Lepas habis mendemo dan mencari buku, "Dia" akan minum sekejap di Restoran Khalifa Seksyen 3 Shah Alam.

perancang utama misi ini.. Tu yang peace tu..

misi pencarian kek di SACC Mall

M4W friends yang sangat sporting..

Surpriseee!!!!!!.. Happy Birthday Abang...... 

UKULELE performance by Amir Lagong.. Thanks to all friends and happy birthday to Krog, Abang and Aman.. Semoga success selalu.. Thanks a lot to Auntie Zila yang banyak membantu dalam menjayakan surprise yang tak seberapa ini.. 




Sunday, February 9, 2014

Happy Birthday Abang


Semoga sentiasa dimurahkan rezeki, di berikan kesihatan yang baik dan sentiasa berjaya dalam apa jua bidang yang abang ceburi. 




Thursday, February 6, 2014

Selamat Hari Jadi Aman



Ya Allah.... jadikanlah Ammar Idlan sebagai  yang selalu membahagiakanku saat kesedihan dan yang mengingatkanku saat di uji kenikmatan. Serta jadikanlah ia orang yang kau pilih untuk menabur kebaikan. Berikanlah kepadanya kefahaman dalam agama, dan terangkan lah hatinya untuk memahami Al Quran, terangilah jalan yang kau redhai padanya. Sesungguhnya aku amat bersyukur atas kurniaanmu ya Allah.. Lindungilah Aman dan rahmatilah Aman. 

Aman, Ummi dan ayah sentiasa doakan yang baik baik untuk Aman. Selamat hari lahir yang ke-8 sayang. Semoga terus menjadi anak dan abang yang baik sampai bila bila, 

Wednesday, February 5, 2014

CNY 2014 @ Hulu Tamu with M4W, 31 Jan-1 Feb 2014

 Trip terkejut jugak ni. Konvoi 2 kenderaan dengan Abang Jeff. Berkumpul, beriadah, ber ramah mesra dengan keluarga besar Malaysian 4Wheleers di Kem Hamzah, Hulu Tamu plan yang rapi memang terbaek!! suatu hari nanti, kalau plan baik punya, confirm lebih superb outputnya. 2 hari 1 Malam macam tak cukup bagi saya, tapi apakan daya ada komitmen lain diluar sana yang harus dilangsaikan. 

Anak anak saya yang merasmikan seluar masing masing hari ini. Malu konon pakai seluar sama, takde hal lah Aman dan Adam. mak mak uolls ni kan memang mak jemah.. kalau boleh nak boriakan semua anak anak, pakkal lah adik punya kehabisan size..  
 
Hari pertama, sempat mandi lebih kurang 2 jam sahaja.  
 
    
lepas dinner, kita enjoy!! tidur, main game, main FB, tgk Movie.

Daging stew, ayam cili, sambal jawa, sawi goreng dan spegathi bolognise untuk dinner.  Anak anak kenyang, mak mak pun hati riang. 

santap santai sambil sembang adik beradik 
 
bangun pagi agak liat sebab sejukkkkkkkk 

breakfast siapp
  
Boss Amir Lagong in action.. Cekodok panas panas. pemandangan luar biasa nih. Bukan senang nak tengok boss masuk dapur.. Selalu monitor je kan, kali ni kena turun padang skali. Inilah specialnya trip kali ini.. Betul punya family trip nih.

Adik dan ayah makan mee hoon umi

Aman pilih Spagethi Auntie Zila

 
Jemput sarapan semua


Amir Lagong & Family 

 Sempat mengintai trek mengecass 
 
 
Anak anak gak yang best. Berendam dari pukul 9 pagi sampai 2.30 petang

Kita nak balik Abg Black & Tok Uban pulak sampai.. 

kami together gether, nak post jugak walaupun tudung senget benget.. hehehe