CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, October 28, 2011

Aman dah besar

Situasi : ummi sedang masak di dapur, Aman tengah memerut dalam bilik air dan pintu bilik air bukak skit.. tengah khusyuk memasak, tiba tiba aman memecah kesunyian..

Aman: Ummmmmiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii, Aman nak adik perempuan la ummi. Nak 2 adik perempuan.

Ummi: Cakap lah ngan ayah…

Aman: laaaaaa, kan ummi yang mengandung.

Ummi: ye lah yelah.. nanti ummi mengandung kembar skali 2 ye… biar dapat adik pempuan 2 sekaligus.

Aman: Aman x nak kembar.. kembar tu melekat. Aman nak 2 adik pompuan. biar ramai..

Wakakakakakaka. Nem, apa lagi bila la ko mau kasi c aman adik perempuan????

Tuesday, October 25, 2011

ada hati..

perasan dah besar lah tu..

Thursday, October 20, 2011

Frust




My BB-G is missing

My Suunto shut down tiba tiba..



White Water Rafting, Sg. Padas, Tenom, Sabah

Plan asal- Hiking Gunung Trusmadi 2D1N, disebabkan kerja kerja pemuliharaan dan penambah baikan jalan selama setahun, En. Jaie decide moh la kita pegi rafting.. Kami bertolak dari Apin Apin lebih kurang pukul 8.30 pagi kot...

Singgah bfast rumah K.ida.. masih raya lagi kan.. jadi, open house raya pada hari yang sama. Rumah k.ida @ Kampung Jawa Sumbiling, kira kira 40km dari Rumah mama @ Apin apin. Bfast of the day Meehoon goreng, Nasi impit & Rendang Ayam, Kopi O dan kuih2 raya. Pukul 10.40 pagi kitorang gerak ke Pekan Tenom sebab, janji jumpa dengan agent tu pukul 11.00pagi

Oo Em ji... makan lagi.. tapi kitorang x makan pun sebab dah kenyang kat umah K.Ida. Gambar ni kat Restaurant Asia Rasa, tuan kedai ni jiran K,Ida je... lepak2 dulu sementara menunggu tren pukul 12.00


inilah dia tren yang ditunggu. siap delay lagi tau. patutnya pukul 12, tapi tren ni sampai pukul 1 la pulak...

En. Zul tengah posing kat Tren Kayu ni. Semua kayu tau. pintu pun macam pinu bilik. hehehe.. itu di belakang ialah kami 3 beradik tengah posing.. ini lah keadaan sebenar di stesen keretapi Tenom.

Built at Tanjung Aru Worlshop on 1967. Time tu mama and bapa pun belum "tawen" lagi tau. hehehehe

Kami sempat posing dulu sebelum bertolak...

free sitting aaa... pilih mana2 tempat kamu suka.. Tambang dari Stesen Tenom ke Stesen Pangi (perjalanan lebih kurang 40minit) cuma 65sen saja ye kawan kawan.. Sebenarnya tambang tren ni termasuk dalam pakej rafting tu.. RM140/pax. Saja tanya King Kong (guide for the day), apa?? 65 sen.. tekejut badak kami kami semua..

Salah satu stesen Keretapi..

Empangan..Kebetulan time ni kemarau. jadi empangan adalah ditutup..

Sampai pun Pangi.. kami bergotong royong bawak equiptment. Saya x ingat lak sy angkat apa ari tu. tu dia Kepten dan co kepten

Keadaan sungai akibat empangan ditutup.. ingatkan kitorang kena rafting kat sungai kering ni.. frust gak... hahahaha... rupanya King Kong suda kasi kelentong sama kami..

Welcome to Pangi. Rumah persinggahan untuk set up kayak. Mat Saleh tu dengan kapelnya join kami..

tu diaaa abang guide a.k.a King Kong tengah pam kayak. disebabkan cameraman agent ni tengah cuti raya, jadi King Kong carikkan kami camera man dari Pangi ni lah..

erkk!! antara jeram yang kami tawan, chewah... best wooo... walaupun air x besar sangat, tapi tetap kecut perut juga woo.. Kalau air besar lagi lah kecut kot.. Menurut King Kong, kalau air tengah besar kena ada boat rescue dan guide kena lebih dari sorang... Alhamdulillah boat kami x tebalik... hehehe... Ending best gila.. Bila King Kong tanya Aten pandai berenang ke tak? dan Aten pun jawab pandaiiiii dengan konfiden burrrr... pelepukl.. Aten dah ada dalam sungai.. King Kong!!! yang paling x tahan tu, Aten siap mintak tolong dan kami yang ada dalam boat buat bodo... hahaha.. Saya?? cepat cepat duduk ditengah2 boat x mo kena tolak... Mat Saleh tu tarik kapel dia terjun Sungai, Anem yang tengah gelakkan Aten dan En. Jaie kena tolak ngan Si Zul.. Bard lak x tau siapa yang tolak.. Yang pasti, bila sy tengok semua orang dah masuk sungai, dengan bangganya saya terjun tanpa paksaann.. amik kauuuu, kenyang kot telan air... dalam rupanya sungai tu.. menyesal..

1, 2, 3, lompat!!! yeay...

Gambar kenangan di Sungai Padas depan Stesen Keretapi Rayoh

Nampak macam x besar kan Sungai ni.. Dalam tau.. Sila perhati gambar ni, kalau dalam keadaan biasa, air sungai ni mencecah batuan yang hitam tu.. lagi challenging la kot kalau nak berafting..

Akhirnya, mission complete.. New Experience for me, En. Jaie, Aten, Auntie Long, Uncle Bard and Uncle Zul

Dan di Stesen ini jugak kami menggigil2 kesejukan menunggu tren yang x kunjung tiba. 3 jam menunggu dalam keadaan basah kuyup, dan hujan pulak tu, disertai angin sejuk yang agak kencang. mau tak menggigil2 kami.. Lapar lagi tu... Nasib baik ada kedai runcit. sempat kami menjamu selera dengan Keropok Mee Mee RM5.. wakakakaka.. Hati pun x keruan mengenangkan mama dirumah. Mesti mama susah hati bila tiada khabar dari kami.. Ikut jadual asal, kami akan sampai rumah k.ida lebih kurang jam 5 petang..

Kami selamat tiba di rumah k.ida lebih kurang pukul 7.30 malam. dan kami di sambut dengan pelbagai makanan untuk jamuan raya malam tuh.. hahaha... Alhamdulillah kenyang.. Laksa ada, rojak mee ada, nasi impit ada, nasi ada, rendang ada, macam macam ada....

tiba di rumah Apin apin pukul 11.malam... uwaaa... ada kisah sakit hati keesokan harinya...

Wednesday, October 19, 2011

17 Okt 2001

Sudah 10 tahun Bapa tinggalkan kami semua. belum sempat kenal cucu cucu lelaki.. cucu yang paling kecik time tu "aizatul" a.k.a bapa panggil dia madu. sebabnya, Aiza suka madu..

Rasa macam baru semalam bapa mengadu sakit kaki sekembali dari tabasan (sawah), time tu kita anak beranak lepak2 sambil tengok burung masuk pukat. Eh betul ka pukat tu aa? macam pukat, tapi pukat burung.. sambil sembang kosong, dan biasanya topik hangat yang dibincangkan ialah isu politik terkini. dan hari tu ialah hari sabtu.

bye bye mami, bye bye dedi, sy balik dulu.. mau siapkan dinner.. dan saya balik rumah dulu jaraknya lebih kurang 1.5km.. x lama kemudian, mama dan bapa menyusul. Pelik.. dari pintu dapur bapa menjerit.. "Nong, ambik air basuh kaki, kasi siap air panas, bapa mau mandi". masa tu memang cuaca bukan macam sekarang.. pukul 5.30 petang pun sejukkkkk sudah tau...malam pun menjelma.. kesian.. bapa demam. kami adik beradik seperti biasa, bila ada masa terluang, 6 orang anak2 kecil ni akan tidur di celah celah ketiak mama dan bapa..

Sabtu - Gotong royong di masjid. Bapa pesan "masak jering tu, nanti bapa hantar pg masjid". masa tu bapa sudah muka jalan heret kaki.. sakit kaki katanya. kami pun mula mengerjakan jering2 dan bahan2 lain untuk di masak. Bapa pun sama gotong royong kopek kulit jering dan mangga untuk dibuat sambal. ermmm.... siap kopek jering, bapa x bole jalan dah... kesian.... memang susah betul bapa bangun.. sakit kaki yang amat sangat rasanya. Malamnya, kami sekeluarga meneman bapa ke Hospital Keningau. Atas ehsan Abang Hamzah jadi driver volunteer. masuk emergency, dan seingat saya, sy dah bersedia untuk bermalam dihospital untuk meneman bapa.. Doktor bagi "morfin" untuk kurangkan sikit sakit bapa dan kami semua boleh balik.. Kesian si kembar, besoknya nak PMR.

Ahad- Kami ke hospital lagi sebab bapa x tahan dan sakit yang amat. dan hari tu bapa admitted. malam tu mama and anim temankan bapa di hospital. Sy terpaksa balik menemani si kembar yang nak PMR esoknya. dalam pukul 11 malam, bapa call pulak.. "Nong, datanglah hospital", jadi pakcik pun hantarlah sy ke hospital, meninggalkan si kembar, Aten dan Koji di rumah.  malam tu, sepanjang malam sy berjaga melayan bapa. sekejap2 bapa minta ubat tahan sakit, ubat gastrik lah, ubat panadol lah. dan malam tu sy ingat lagi, sy minta panadol daripada nurse tapi nurse x bole bagi. alasannya "x boleh bagi ubat sesuka hati tanpa nasihat doktor". sambil sambil saya kena marah sebab kerap sanggat panggil misi. sy bekeras jugak minta panadol, kalau x bole bagi panadol, bagi lah ubat gastrik.
 dan malam tu jugak sy sempat sembang lama dengan bapa. masih terngiang lagi bapa cakap "Nong, kesian mama kamu tu tiada rehat, biarlah mama tidur", "Nong, cuba tanya orang sebelah, dia baca doa apa tu" dan yang pasti, sy x dengar langsung orang baca doa ke apa. dan masih segar di ingatan bila sekali tu bunyi macam kerusi di tarik bapa cakap macam ni " Nong, tu bunyi tandanya kejap lagi ada orang nak mati". dan yang paling x bole lupa bila bapa cakap "Nong, siapa yang kasi lada ni kain pelikat bapa, kenapa pdas ni" dan juga masih terngiang bapa minta "Nong, bapa teringin makan pulut panggang, kek gulung & buah anggur". dan hari tu memang pulut panggang tiada.. Frust!!! juga masih terngiang bapa menghitung detik.. setiap jam dia akan cakap "ooo lagi sekian sekian jam" masa tu sy memang tak faham yang sebenarnya bapa tengah menghitung detik dijemput izrail..

Penghujung cerita- masuk waktu Asar, kira kira 30 minit selepas K.ida, ayuni, ainur, a.im, Aiza, Anim balik rumah untuk mandi dan.. Bapa pergi untuk selama lamanya.. di depan Saya, Mama, Ustaz lokman, An, Koji, Aunti Kasimi dan Uncle Alip. Selepas mengucap 2 kalimah Syahadah, bapa pergi dengan tenang.. macam x percaya yang hari tu adalah hari hari terakhir kami dengan bapa..

Happy 2nd Birthday Ammar Ikhwan


Genap 2 tahun anak ummi hari ni.. begitu cepat masa berlalu. Rasanya baru semalam doctor Asmah advised "ceaserian" lagi, dan masa tu jugak lah hati kecil ummi menangis sungguh sungguh bila terlepas peluang pengalaman bersalin secara normal.. sentap sekejap yu.. rasa macam kena tampar oleh halimunan.. rasa macam habislah aku kali ni, kena belah lagi perut comel penuh lemak ni. sempat lagi tu terfikir "tuan dokter, bole buang lemak ai sekali tak?"

budak ni dah besar skrang


1st Bday @ PD

comot khennnn... budak masyam ni

1st bday Ikhwan. Kesian.. kena chix pox

Selamat ulang tahun ke-2 sayang… doa ummi, adik membesar jadi juara, jadi anak yang soleh, sayang abang, umi dan ayah, dan semoga ceria sentiasa.. Umi sayang adik sangat sangat.. kasi kurang kurang sikit tu tantrum aaa…. Kesian tau telinga umi n ayah, mau cair taik telinga bila adik asik mengamuk tak tentu pasal..
Adik suka bas kan. Ummi dah tempah kek bergambar bas dari kawan umi.. insyallah nanti umi uploadkan gambar kemudian…

Kek Adik 2 tahun..Credit pic to Auntie Zila..

Thursday, October 13, 2011

Janji itu sudah tertunai tau…

Ikhwan punya hal lagi nih.. bulan 9 hari tu time uncle, aunti, Fathan, mama, Aten dan Anti Long ada di Bangi, bukan main lagi c Ikhwan ni. Pagi, Petang, siang dan malam asik merajuk manjang. Sikit2 merajuk. Kalau merajuk bukan alang2 dia punya rajuk.. sambil sambil hentak kaki, sambil menjerit.. UUUWWWWAAAAAAAAAAA!!!!!. Satu taman boleh dengar sudar dia tau… Yang ummi dia ni pun agak kurang sabar bila dalam ramai2 dia sorang je yang menjerit. UUUMMMMMMMIIIII, UUMMMIIIII macam kena dera ngan ummi. Apa lagi… laju je lah tangan ku ini mencubit mana2 yang patut.. x cukup dengan cubit, tepuk plak la montotnyaa…. Mungkin Uncle lama perati dan tiba2 satu malam Uncle Taufik tanya macam ni "ina, Jai, cuba kamu fikir balik. Ada kah kamu janji apa2 dengan si ikhwan ni dan belum tertunai lagi?" tanpa fikir panjang laju ja sy jawab "ada uncle, beskal. Lama sudah kami janji tapi selalu nda berkesempatan mau belikan dia beskal."

Pas tu jawab uncle, kamu kasi tunai lah tu janji… belikan dia basikal dan cakap dengan Ikhwan macam ni "dik, ni ummi dan ayah belikan beskal. Lepas ni jangan mengamuk lagi tau". Sy pandang En. Jaie, En. Jaie pandang sy.. tanpa komen, besoknya lepas hantar uncle dan yang lain2 d LCCT, kami anak beranak termasuk mama dan Aten yang akan balik Sabah seminggu kemudian, terus singgah Tesco Nilai.. dan… kami tunaikan janji kami dengan harapan adik jangan kuat mengamuk lagi..

Alhamdulillah, suratan atau kebetulan… adik dah kurang mengamuk2 dan hari hari happy berbasikal walaupun dalam rumah sahaja.. bolehlah ummi masak dan mengemas dengan tenang… Ikhwan ikhwan.. banyak sungguh peel mu ya nak….

Boleh tahan membodek budak nih..

Ikhwan pantang kena marah.. Asal tinggi suara skit kat dia, laju je tarik muka kita n panggil ala ala manja gitu.. miiii… cium miii… selagi x cium dia, selagi tu x berani pandang muka kita.. geram tapi comel lah pulak.. alamatnya, umi n ayah x jadi nak marah..

Monday, October 10, 2011

Happy Birthday Aten & Kojiro


Selamat ulang tahun kelahiran buat adik adik ku sayang.. 2 Oct –Koji dan 8 Oct-Aten.. Semoga sentiasa murah rezeki, panjang umur dan sentiasa di rahmati Allah.. Semoga kalian di bawah lindungan yang Maha Esa dan semoga cepat bertemu jodoh.. Pejam celik pejam celik, rupanya kamu semakin dewasa kan.
02.10.1989 –Hari kelahiran Muhammad Sukri a.k.a Koji- terasa macam baru semalam berita "kamu dapat adik lelaki". Walaupun masa tu saya baru berumur 9 tahun, gembira tak terhingga.. Kenangan paling indah di zaman kanak kanak sy bila dapat adik lelaki. Satu satunya adik lelaki dan satu satunya adik dan sy rasa "wahh.. pas ni boleh lah sy jaga adik". Yalah kan sebelum ni, asik kak Ida ja yang jaga adik2 yang lain kan.. ini lah masanya tunjuk skil jaga adik.. hahaha.. Masih segar tau di ingatan, pagi sebelum kelahiran si Koji yang nakal ni, mama seperti biasa akan bersiap untuk keluar cari rezeki.. Jual kuih di Klinik Kesihatan Kikiran.. Ingat lagi time tu mamam pakai baju pregnant cokelat, semalaman bersengkang mata buat kuih, mungkin menjadi rutin mama untuk ke tandas sebelum begerak ke Kikiran.. time tu tandas di luar rumah yee… jauh nuunnn di belakang sana… paham paham ja lah tandas dulu2 macam mana kan.. hehehe… saya jadi peneman mama ke tandas… tiba tiba macam sy dengan bunyi… bussshhh… eh, apasal mama cirit birit ka ni?
Tengok mama keluar macam tiada apa yang pelik… tapi pas tu mama ajak pg rumah mama tua (nenek sebelah mama). Rumah sebelah sebelah aje… dan saya nampak mama mintak nasi + air panas dan gula. Mungkin mama tau yang masanya suda tiba. Cewah…. Apa yang sy ingat time tu makcik Umayah yang tolong jualkan kuih2 yang sudah siap untuk dijual… terima kasih makcik….
Besoknya, sy dan nenek ke hospital tengok adik baru… Tuhan saja yang tau betapa gembiranya sy hari tu.. mama suruh beli susu NAN.. saya yang lurus pun pegilah kedai tapi salah kedai daa… cari susu NAN di kedai makan. Mana nak jumpa kan… terpaksa lah menapak ke pekan keningau jalan kaki (jarak lebih kurang 1-2km) sampai skg sy terasa "eh apesal x naik bas? Apasal x cari susu di kedai runcit luar hospital tu?" jawapannya senang "akukan masih budak, pikiran belum matang lagi" hahahaha… eh, mama x bagi susu badan pulak?
Cerita mama yang still dalam ingatan time tu "mama x pengalaman anak lelaki. Skali masa mau basuh berak si koji, balik balik mama lap yang hitam2.. ingat taik dia, padahal Tuuuuttt dia" hahahahaha….
Si Koji ni punya nakal, umur 2 tahun kaki melecur teruk sebab main api, 5 tahun patah tangan sebab panjat pokok ubi kayu, entah umur berapa taun umur dia, tesangkut kepala di tali air.. astagaa…. Lemah semangat tau jaga ko koji… Alhamdulillah syukur… akhirnya ko bekerja skarang…
08.10.1984-Kelahiran adik ku NorAin a.k.a Aten-Masa ni saya baru 4 taun. X banyak yang sy ingat. Tapi saya tetap ingat bidan datang rumah, dan saya & Anim menyorok bawah katil mama sedangkan mama bersalinkan ko Aten di bilik yang sama… apa yang saya ingat time tu… sy tutup mata masa ko lahir An.. Dan saya ingat juga, ko sangat tembam time lahir….
Saya Sayang Kamu dunia akhirat…. Muahhh….

HFMD


Kesian Ikhwan. Bulan 10 2010 kena chicken pox. Bulan 10 taun ni, kena HFMD pulak. Patutlah hari khamis tu mengamuk2 x bole tido.. asal menyusu je, menangis, menyusu je menangis. Menangis je menyusu… isy isy isy…. Ingatkan tonsil bengkak, Sabtu aritu kitorang bawak dia jumpa doctor dan doctor cakap HFMD. Tiada ubat khusus, Cuma doctor bagi PCM untuk elakkan demam tu tinggi sangat.
Bila dah dengar penerangan dari tuan doctor, baru lah lega skit ati.. x delah pikir benda bukan bukan kan Ikhwan..
*rindu kat budak kecik tu.. comel je bila tengah2 malam dia terjaga dan cari ayah… Ayah….. aying (sambil tepuk2 bantal sebelah dia) ukk, ukk (peluk peluk) dik.. nak kena peluk ngan ayah rupanya…
HFMD: Penyakit jangkitan virus (Utusan Malaysia Online)





Oleh SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN

ANAK anda mengalami demam panas. Dia juga menjadi seorang yang cukup cerewet dan sering menangis. Air liurnya meleleh dan dia tidak berselera untuk makan serta minum.

Keadaan tersebut merupakan gejala-gejala biasa bagi masalah sakit kerongkong, mahu tumbuh gigi dan juga jangkitan telinga. Bagaimanapun, salah satu daripada kumpulan simptom ini yang biasanya terlepas pandang iaitu, ulser mulut, merupakan antara tanda utama penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).
Dalam keadaan cuaca semasa yang panas dan kering, bibir melepuh mungkin disilap tafsir sebagai kesan kekurangan air, sekali gus menyebabkan segelintir ibu bapa memandang ringan tanda-tanda berkenaan.
Wabak HFMD yang menyebabkan semua 488 taman asuhan kanak-kanak di Sarawak ditutup serta-merta selama dua minggu sejak 3 Mac lalu sedikit sebanyak mencetuskan kebimbangan di kalangan ibu bapa, termasuklah yang berada di semenanjung tanah air.
Sehingga kini, HFMD telah meragut empat nyawa manakala Brunei Darussalam mencatatkan satu kematian pada 5 Mac lalu dan turut menutup semua sekolah rendah dan sekolah agama di negara berkenaan bermula Rabu lalu sehingga diberitahu kelak.
Untuk rekod, wabak yang sama pernah melanda Sarawak pada tahun 1997, menyebabkan 31 kanak-kanak meninggal dunia manakala 78 orang warga Taiwan terkorban akibat HFMD, setahun kemudian.
Pada September 2000, lebih daripada 1,000 kanak-kanak di Singapura telah didiagnos menghidap penyakit yang sama.
Maklumat berikut diharap dapat menyingkirkan sesetengah salah tanggapan, rasa panik serta kekeliruan yang berkaitan dengan ciri-ciri penyakit HFMD seperti mengaitkannya dengan penyakit kuku dan mulut (HMD) yang menyerang binatang ternakan seperti lembu dan biri-biri.
Pakar Runding Pediatrik (kanak-kanak), Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu, Kelantan, Dr. Mazidah Abd. Rasid berkata, HFMD adalah sejenis jangkitan virus yang disebabkan oleh beberapa kumpulan virus termasuklah enterovirus.
"Jangkitan ini menyebabkan timbulnya ruam berserta lepuh di tekak, tonsil, tangan (tapak tangan), kaki (pada tapak kaki) dan di sekitar kawasan lampin.
"Biasanya penyakit ini hanya sekadar sakit ringan dan ruam yang timbul itu akan hilang dalam tempoh lima hingga tujuh hari," katanya kepada Mingguan Malaysia.
Menurutnya, terdapat beberapa jenis virus yang menyebabkan HFMD dengan virus yang biasa adalah Coxsackie A16, yang mencetuskan endemik di Malaysia dan biasanya berlaku pada tahap yang sederhana.
Kadangkala, terdapat jenis kuman virus lain seperti virus coxsackie A atau enterovirus 71 yang boleh mencetuskan penyakit ini. Virus Coxsackie merupakan salah satu jenis virus yang terdapat di dalam kelompok virus yang dikenali sebagai enterovirus seperti virus polio, virus coxsackie dan echovirus.
"HFMD merupakan penyakit berjangkit sederhana. Ia merebak melalui sentuhan langsung dengan lelehan yang keluar daripada hidung dan tekak atau najis mereka yang telah dijangkiti kuman ini.
"Penyakit ini amat mudah berjangkit pada minggu pertama pesakit menghidapinya. Ia tidak boleh merebak kepada atau daripada binatang," kata Dr. Mazidah.
Tempoh pengeraman
Selepas seseorang itu dijangkiti kuman virus ini tempoh pengeramannya adalah di antara dua hingga enam hari.
Gejala seperti demam dan ketidakselesaan pada mulut biasanya akan hilang pada hari ketiga atau keempat. Ulser mulut akan hilang pada hari kelima hingga ketujuh tetapi lepuh dan bintik-bintik merah di tangan, kaki akan hanya hilang dalam tempoh 10 hari.
Faktor-faktor risiko
Penyakit HFM boleh menjangkiti mana-mana kanak-kanak dan di mana saja tanpa mengira kawasan geografi.
"Kanak-kanak yang berumur di bawah lima tahun amat rentan penyakit ini sambil tidak menolak kemungkinan, ia boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat usia.
"Penyakit ini juga biasanya menjangkiti kanak-kanak yang berumur di antara dua minggu hingga tiga tahun. Ini kerana kanak-kanak mempunyai daya tahan badan yang lemah dan mudah dijangkiti berbanding orang dewasa," katanya.
Bagaimanapun, Dr. Mazidah menambah, ini tidak bermakna, orang dewasa kalis HFMD apatah lagi jika mereka mempunyai sistem imun yang tidak kuat.
Gejala-gejala
- Demam berkemungkinan mencapai panas sehingga 390C
- Sakit tekak
- Ulser pada tekak dan mulut
- Sakit kepala
- Ruam bersama lepuh terdapat di tangan, kaki dan di kawasan lampin.
Komplikasi
Dr. Mazidah menjelaskan, komplikasi biasanya disebabkan oleh kekeringan air dalam badan atau dehidrasi apabila kanak-kanak yang mendapat ulser mulut tidak boleh makan dan minum.
"Virus enterovirus juga menyasarkan sistem saraf, otak dan jantung mangsa menyebabkan radang otak meningitis dan inflamasi serta keradangan otot jantung (miokarditis).
"Kemungkinan juga berlakunya sawan berikutan demam panas. Kesemua komplikasi ini sangat berbahaya dan boleh membawa maut," katanya.
Diagnosis
Doktor lazimnya akan melakukan pemeriksaan fizikal, melihat gejala-gejala HFMD dan sejarah penyakit dan pemeriksaan fizikal. Ujian darah akan dilakukan di makmal khas bagi mengesahkan jenis virus yang terlibat.
Prognosis
Kebanyakan kes HFMD adalah ringan dan sembuh sepenuhnya dalam masa lima ke tujuh hari. Malangnya, sehingga hari ini kita tidak boleh menjangka siapa yang boleh sembuh dan siapa yang akan mengalami komplikasi yang menjurus kepada kematian.
Hubungi doktor sekiranya:
- Anak anda tidak membuang air kecil lebih lapan jam
- Anak anda kelihatan kusut, mengantuk, pucat atau berbelak-belak, resah atau meragam dan tidak dapat tidur atau berpeluh dingin
- Demam lebih tiga hari
- Sakit mulut semakin teruk
- Anak anda mengalami lemah otot kaki dan tangan atau diserang sawan.
"Jika anak anda ada menunjukkan simptom seperti di atas, dapatkan rawatan doktor segera. Jangan bersikap sambil lewa. Sebarang kelewatan untuk mendapatkan rawatan mungkin boleh menyebabkan kematian," tegas Dr. Mazidah.
Langkah-langkah pencegahan
- Berhati-hati dan tumpukan perhatian kepada nasihat yang diberikan
- Kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda dan gejala HFMD mestilah dibawa berjumpa doktor secepat mungkin
- Jangan bawa anak anda ke tempat awam seperti pasar raya, pusat membeli-belah, kolam renang awam, sekolah, pusat penjagaan kanak-kanak dan lain-lain
- Anda mestilah lebih berhati-hati dari segi kebersihan semasa menyediakan makanan dan selepas keluar dari tandas. Basuhlah tangan sebelum dan selepas menyediakan makanan dan sebelum dan selepas ke tandas
- Basuhlah tangan anda selalu terutamanya selepas menyalin lampin
- Permukaan yang telah tercemar hendaklah dibasmi kuman dengan menggunakan pencuci
- Basuh pakaian yang terkena kotoran secepat mungkin
- Jangan berkongsi barang kegunaan seperti tuala mandi, berus gigi, pakaian dan sebagainya
- Elakkan diri daripada mengikuti aktiviti luar rumah sehingga pihak berkuasa telah mengesahkan selamat untuk menjalani kegiatan harian
- Elakkan diri daripada mendekati pesakit HFMD
- Pihak berkuasa kesihatan hendaklah memeriksa tahap kebersihan di tempat di mana terdapat ramai kanak-kanak tinggal (contohnya tadika dan pusat penjagaan kanak-kanak) dan arahkan supaya tempat itu ditutup jika tahap kesihatannya tidak mencapai tahap kebersihan yang sepatutnya
- Kanak-kanak yang dijangkiti HFMD tidak dibenarkan mengikuti program di pusat penjagaan kanak-kanak, sekolah atau aktiviti berkumpulan yang lain
- Berikan rawatan di rumah untuk kes yang tidak disyaki penyakit HFMD tetapi jika anda nampak tanda-tanda komplikasi seperti sakit pada leher atau pada tangan dan kaki, segera dapatkan rawatan doktor
- Jika demam anak anda masih tidak berubah selepas diberi ubat, segera berjumpa doktor semula
- Jika terdapat tanda-tanda dehidrasi (kulit dan membran mukus kering, turun berat badan, meragam, keletihan, kurang air kencing atau air kencing berwarna gelap), segera berjumpa doktor
- Kawasan di Malaysia yang mempunyai populasi terbesar terutamanya kawasan luar bandar, tidak digalakkan menggunakan ubat-ubatan tradisional dan merawat sendiri HFMD jika telah disyaki. Pengawalan penyakit daripada merebak mestilah diberikan keutamaan. (Sumber Kementerian Kesihatan Malaysia)

Saturday, October 8, 2011

Aman Si Penjual Padi

Kisah klasik untuk Aman dan Adik adik masa akan datang. Kalau dulu, Ummi balik sekolah,mesti ke sini untuk tolong nenek dan atuk. Tolong makan dan tolong mengacau saja lah.. hehehe.. Ni ummi nak tunjuk, takut takut nanti Aman dan Adik lupa apa itu tabasan, padi dan parit. Ni salah satu sumber pendpatan nenek tau untuk besarkan ummi dan makcik2 Aman.

Inilah rupa tanah sawah yang sudah siap di tuai. Zaman sekarang tidaklah sesusah zaman dulu. Dulu dulu tuai padi sepokok, sepokok. Itu ok lagi, kalau yang sebatang sebatang guna linggaman lagi lah parah.. hurmm... rindu kenangan ketam padi, angkat padi ramai ramai di bawah panas terik pulak tu.. hehehehe

Jalan untuk ke Tabasan Nenek... Jalan lurusssssssssss.... nanti jumpa lah sulap nenek tu.

inilah rupa sulap nenek tempat Nenek, Atuk, Ummi, Pacik Koji, berehat rehat sambil baca buku. budget rajin lah konon kan padahal escape mengetam padi. Hahahaha..yang pakai baju biru tu pembeli padi.. siapa lah nama dia tu, lupa sudah pula.

Maah dan Aman penyibuk.. orang sibuk timbang padi, dia sibuk mandi parit.. 

tuuunnnaaaa... tokeh padi of the day. Nenek. Sekarang nenek nda larat sudah mau buat tabasan sendiri Man, Jadi Nenek kasi pajak sama orang kampung. Atuk Paiman nama dia.. Rasanya sudah dekat 10 tahun di pajakkan pada dia.

Ummi kenkonon Aman pimpin padahal dia sebenarnya yang kena pimpin okay.

tengok tu budak kampung ni.. sesuka hati terjun dalam parit. Sebijik macam pakcik Koji 20 tahun yang lepas. hahahaha...

sorang2 pun jadi.. Nasib lah adik tidur time ni. kalau tidak, 2-2 lah bekuntau dalam parit ni. Owh, jangan risau, air parit ni fresh from Sungai Apin Apin.. Suci lagi bersih. gunakan tanpa was was. kalau ada orang buang air besar di sungai, anggap sajalah rezeki. hahahaha


Lapar la pulak. Yang ni pun sebijik macam pakcik Koji.. Lepas penat mandi, makan Maggi pulak. Padahal Proses jual padi ni tak sampai sejam pun. bukan sudah kenyang dari rumah ka Aman.

Padi padi yang menanti giliran untuk di timbang. Pembeli padi ni akan proses padi jadi beras. dan jual beras la pulak pada BERNAS

Purata berat seguni padi dalam 35kg

rilek je orang tu angkat sampai 30++ guni.. 

Posing sama macam Pck Koji yang tengah nangis lapar 20 taun lepas..

Inilah padi kami. ummi merindui saat mengetam padi sambil makan tempuriyen..

Silalah Explore Aman

.
Ayah pun tak ketinggalan tau possing angkat seguni padi... Makasih ayah tolong nenek angkat padi.. Padi ni, nenek nak untuk kegunaan di rumah.

Sekian laporan Aman Si Penjual Padi. Pendapatan bersih Nenek Aman hari ni lebih kurang RM2.5K

Thursday, October 6, 2011

Lirik Lagu Terasa Di Syurga -Sofazr

Engkau tersenyum malu
Bila ku bertanya
Adakah diriku ada di hatimu

Aku amat terasa
Lirikan manjamu
Membuat diriku terus terlena

Indahnya rasa bila dicintai
Hidup ini terasa di syurga
Tak sabar menunggu hari esok
Umpama mawar yang sedang mekar

Oh kasihku
Cintailah diriku
Sayangilah hatiku
Sepenuh jiwamu

Indahnya rasa bila dicintai
Hidup ini terasa di syurga
Tak sabar menunggu hari esok
Umpama mawar yang sedang mekar

Indahnya rasa bila dicintai
Hidup ini terasa di syurga
Tak sabar menunggu hari esok
Umpama mawar yang sedang mekar

Oh kasihku
Cintailah diriku
Sayangilah hatiku
Sepenuh jiwamu

Motif:- pagi tadi layan lagu ni, tetiba rasa macam eh, "aku melayan perasaan" laaa….