CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, May 13, 2016

From Bangi To Krabi By Land Part 2

Singgah makan di RnR Trang. Ada kedai makan muslim di sini.. Sedap dan sangat murah. Berbaloi baloi.. Makan 3 Dewasa 2 Kanak kanak x sampai Rm30 pun. 

Wajib try. aiskrim kelapa. Mabeles!

Baby pinaple. 50bath saja. Di tepi tepi jalan boleh singgah. Asal nampak nanas, kita berenti beli. Puas hati. Makan nanas saja dah cukup. X perlu garam atau pencicah. Sedap mak oiii

pasar bergerak. Sama la konsepnya macam orang jual ikan naik  motor dan lory kalau di kampung kita la.

yeehaaa 5.15 petang kami sampai sudah di Haleeva Hostel. Dekat saja dengan Pantai Ao Nang. 4 Hari 3 malam Ayah Aman dah bayar di sini. 

Receptionist vs Kami. Guna bahasa isyarat je sudah. Nasib baik masing masing paham sendiri. 

Imran 6 bulan. Kesian dia tak fit to travel. 1st time jalan jauh. 

Jom jalan jalan Pantai ao Nang cari makan. 

Itu gambar Raja Thailand.

Tumpang lalu saja ni. Kami bukan menginap sini. 

Yamin la pancake. Mak oiii.. Makcik Yamin garang?. Orang kata garang. Hahah Sebenarnya suara je kasar sikit, tapi baik hati. sesikat pisang dia bagi kat Ikhwan. Pisang berangan ok. Pisang besar2.. sedekah kat anak kecik katanya. kat sini, yang paling x boleh lupa, bila makcik tu amik order, Buh cit buh tayo. (Bubuh cheese, bubuh sayur). Macam macam pancake ada disini. Pilih aja

yang ini memang win! Terbaik. Pulut mangga. Makkkk oiii Sedap sampai 3 kali repeat beli. 

Buh Cit Buh Tayo pancake Ikhwan. 

Jom Dinner pulak. Lupa dah nama kedai.. Tapi dekat2 Haleeva jugak la.. Makanan halal tak jadi masalah di sini.

Saturday, May 7, 2016

Imran 9 Bulan


cepat masa berlalu. tanpa sedar, Imran 9 bulan sudah. Masa ni abang Aman dan Ayah masuk hutan berOffroad di Ulu Slim. Jadi, kami 3 beranak la jalan jalan cari cari makanlah. Macam ni lah gaya Imran. Kalau ayah ada, mmmm menangis la duduk dalam car seat. Tau pulak Imran tak mau duduk car seat kalau ada ayah dan ummi.

Ok good boy.. jangan nangis2 selalu tau. Imran kan good boy. Good boy kena kuat. kena kontrol macho macam ayah. Semangat waja. tak mo nangis nangis tiap pagi tau.