CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, February 27, 2013

Jalan Jalan Di Taman Negara, Kuala Tahan


Last minute planning. Seminggu sebelum cuti Tahun Baru Cina, memang ada bunyi dari Abang teringin ke Taman Negara, Kuala Tahan. Mungkin juga kemaruk panggilan hutan, tertunggu tunggu trip Offroad. Semua senyap sunyi tanpa khabar di saat saat Abang ku tengah gian mengecass. Tidak mengecass, kita masuk hutan pun jadi lah, kata dia.  Sampailah hari Sabtu 9.02.2013, masih belum ada kata sepakat, jadi ataupun terpaksa dibatalkan trip kami ber-4 ke Taman Negara. Petang Sabtu, Abang bagi kata putus, "kalau Abang call Abot Guest House ni ada bilik kosong, kita gerak esok pagi". Alhamdulillah, rezeki menyebelahi kami, kami di izinkan oleh Nya untuk menikmati keindahan alam, dan juga menikmati nikmat bercuti bersama anak anak. Kebetulan, tinggal lagi 1 bilik untuk kami anak beranak..

plan asal, kami akan bertolak dari rumahku syurgaku seawal 5 pagi. Biasalah, ding dong siapkan itu ini, Aman dan Ikhwan lagi, tersasar sejam. 5.50 pagi kami melepasi pondok guard TIP selepas patah balik tertinggal kamera. Plan asal juga, kami akan berhenti rehat dan sarapan di RnR Temerloh, rupanya simpang ke Kuala Tahan, terletak sebelum RnR Temerloh. 

120 KM sebelum Taman Negara, lokasi sarapan pagi kami. Nasi berlauk jadi pilihan, sementara Abang dan Anak anak menikmati roti canai dan nasi lemak. Sarapan kami memang Terbaik dan memang sangat murah.

Perjalanan diteruskan. Selepas masjid besar, amik kanan pesan Abang Ipar semalam.

jumpa Padang Piol, betul lah  tuh..


Port wajib untuk posing  bagi offroader sebelum masuk ke kampung Mat Daling. Sempat saya rakamkan gambar "mereka" dari jauh. Maaf ye..

Yeay!! kami sampai Jeti Kuala Tahan sebelum pukul 12 tengahari.. Rapid Shooting kami akan bermula tepat pukul 12.

di sinilah sebenarnya lokasi yang men"spoil"kan mood cuti saya. Nampak tak disebalik plastik tupperware itu. Handset merah saya, yang baru 2 bulan bersama, telah hilang disini. Memang silap besar, handphone itu di letak di situ. lepas posing, terus tinggal tanpa kesan. hurm.. 5 minit sudah memadai untuk hilang harta benda di khalayak orang ramai. Sedih tak berguna sudah. Jodoh dengan mu Sony Xperia, sungguh tidak panjang. 

life must go on.. Percutian diteruskan. Alang alang sudah sampai, tak kan nak balik KL semata mata sebab hilang handphone. beRapid Shootinglah kami anak beranak dalam kesedihan. Aman pun senyum dalam tangisan..Rapid shooting & melawat perkampungan orang asli RM150/ boat. 

Perkampungan Orang Asli yang kami lalu tapi tak singgah.

Lalu jeram sungai lah yang best. Basah kami sekeluarga. Nasib baik cameraman terrer mengelak air sungai dari terkena kamera.. 


sudah sampai di Perkampungan Orang Asli.

mari belajar buat api tanpa lighter.. Orang asli di sini, ada lighter, tapi kemahiran pasang api tanpa lighter, tetap ada. Selain pasang api, pakcik ni juga tunjuk cara buat peluru sumpit yang digunakan untuk memburu binatang di hutan. 

seronok melihat anak anak orang Batek yang pemalu. Bila kita panggil dan hulur makanan baru diorang jenguk kepala. sesungguhnya saya insaf bila melihat anak anak ini membesar dengan sihat dan gembira walau hidup sederhana. Kalau anak kita di rumah, berbakul bakul mainan pelbagai warna dan bentuk, anak anak Batek seusia Ikhwan (3 tahun) sudah mahir bermain parang.. Bila jenguk kepala, kelam kelibut diorang lari masuk rumah, parang entah kemana, kayu yang dipotong pun entah kemana.  Menurut guide kami dan disokong oleh bakal Tok Bain, orang Batek ni berasal dari Negara Afrika. Diorang hidup berpindah randah, setiap kali ada kematian, diorang akan berpindah ke tempat lain. Cara pengebumian adalah, mayat akan di gantung atas pokok di kawasan yang akan di tinggalkan. hurm. 

Pengajaran untuk Aman dan Ikhwan serta kami laki bini, jangan sesekali mengeluh dengan rezeki yang kita perolehi hari ini. Ramai lagi di luar sana yang hidup serba kekurangan. Rumah beratap rumbia, tanpa bilik, katil, TV mahupun tilam dan berlantaikan tanah. Alhamdulillah syukur atas nikmatmu Ya Allah.


Raya Cina 2013, banyak rombongan cik kiah.. 

Aman dan sungai. tidak sah kalau tak mandi. 

Keluarga kecilku

sana sini ada "dia", ke canopy walkway jumpa "dia",  terpaksa patah balik. Nak ke Lubuk Simpon, jumpa sedara "dia" pulak, terpaksa patah balik. Jalan jalan tengok mutiara resort, jumpa pakcik "dia" pulak. Last last balik bilik.. takut jugak bila trekking anak beranak, terserempak dengan "diorang" anak beranak. Mana kami nak lari?. Tergelak dengar perbualan budak budak di belakang kami. "woi, anak tapir lah?". Lepas tu adik dia jawab.. "Itu babi la Bodo!". 

wot wot.. saya jumpa peti pos di Taman Negara. Tapi saya kurang pasti samada Peti ini masih berfungsi atau sebaliknya. Gigih posmen hari hari kutip surat dari Taman Negara nak hantar ke Pejabat Pos. Peace no war!! 



Wednesday, February 13, 2013

Jalan Jalan di Taman Negara, Kuala Tahan



Birhday treat untuk Ayah dan Abang Aman. 

Saturday, February 9, 2013

Panjang Umur Mu

Selamat ulang tahun kelahiran yang ke 34 Abang. Semoga Abang sentiasa di bawah lindungan Allah, sentiasa dimurahkan rezeki, di panjangkan usia dan diberi kesihatan yang baik. 

terima kasih abang, kerana sudi menjadi teman suka dan duka ummi selama ini. Terima kasih juga kerana, sudi mencuba satu hobi baru yang melibatkan kita sekeluarga. 

Umi dan anak anak sentiasa mendoakan yang baik baik untuk Ayah..

Friday, February 8, 2013

Siapa Punya Kaki Ni??

Ammar Ikhwan la.. Siapa lagi.. Balik dari Nursery, nak iyak. duduk tandas sensorang sementara ummi tengok Abang Aman main basikal di jalan raya, tengok tengok dia sudah keluar dari pagar rumah. lari lari pakai slipper besar milik ummi.. Telanjang pulak tu.. hahahaha

Thursday, February 7, 2013

Hadiah Hari Jadi Aman 2013

Aman teringin basikal Fixie. Ayah belikan ala ala fixie. Aman happy, Adik pun Happy. Umi dan Ayah apatah lagi. walaupun monyok dalam gambar, pagi tadi seawal pukul 6 pagi, Aman bangun cari basikal.. 

Hari Sabtu nanti Aman rasmikan basikal ni atas jalan raya.. :) 






Wednesday, February 6, 2013

Tahniah Aaizah...

pemilik bau dari Syurga.. Baby boy Puan Aaizah selamat dilahirkan secara normal di Hospital Az Zahrah Bandar Baru Bangi pada 5 Feb 2013. Bila tengok Baby ni tidur, terasa rindu nak ada baby kecik di rumah. Baby Ikhwan suda besar untuk di timang timang. Walaupun Ammar Ikhwan selalu berlakon jadi baby, tetap jugak bau dari syurga tu tiada.. :)


Selamat Ulang Tahun Ke-7 Sayang

Bismillahirahmanirahim... Ya Allah Ampunilah dosa kami dan dosa anak anak kami, Ta Allah berikanlah kami petunjuk, kekuatan dan kesabaran dalam mendidik anak anak kami, Ya Allah jadikanlah anak anak kami agar selalu berjalan di jalan syariatMu dan di jalan syariat Nabi Muhammad SAW. Ya Allah, jadikanlah mereka sebagai pembela Agama-Mu

Selamat hari jadi sayang. Umi doakan, Aman membesar bagai juara, sentiasa di bawah lindungan Allah, sentiasa dilimpahi segala kurniaan yang pernah dilimpahkan kepada hamba Allah yang soleh, sentiasa diberkati olehNya. Umi doakan anak ummi, Ammar Idlan semoga Allah permudahkan perjalanan hidupmu. Semoga Allah memelihara iman dan ahlakmu anakku. Semoga Ammar Idlan boleh menjadi pembela dan pemimpin adik adik, semoga Ammar Idlan boleh imamkan umi dan ayah satu hari nanti. 

Tahun ni Ammar Idlan darjah satu. Sebulan bersekolah, masih lagi belum expert membeli makanan sendiri di Kantin S.K Bangi. Sedih Ummi bila tengok gambar di atas. Ammar Idlan tersenyum puas bila berjaya membeli sepinggan nasi lemak. 1st time, dan inilah sekali setakan bulan Feb 2013, Ammar Idlan makan nasi lemak di S.K Bangi. Alasan yang diberi, bila ummi suruh beli nasi lemak or makanan lain di kantin sekolah "Nanti Makcik kantin suruh amik sambal, Aman tak makan sambal. nanti membazir lah. Membazir kan amalan syaitan". 

Ayah akan masukkan duit RM4 dalam beg Ammar Idlan, untuk belanja di sekolah ABIM dan juga SK Bangi. Balik sekolah, RM4 tu masih tersusun elok, seperti mana ayah masukkan duit pagi tadi. Ammar Idlan akan masukkan sendiri duit RM4 tu kedalam tabung Pos Malaysia milik dia. *yang sudah pecah tapi Ayah tampal. kumpul duit untuk beli "Tayar Lipan" katanya. 

paling kurang pun mesti ada RM1 baki duit Ammar Idlan. Itupun bila ummi paksa Ammar Idlan untuk beli sesuau yang boleh di makan di sekolah. Biasanya, dia cuma akan beli air minum, ataupun pemadam dan kad di kedai buku sk Bangi. 

Kesian Ammar Idlan, sebulan sekolah, kurus keding badan dia. Seluar sekolah pun longgar. Sampaikan Ayah terasa macam seluar Aman ni tertukar dengan orang lain punya... itulah Aman di darjah satu. Apa pun, Selamat Hari Jadi Sayang. Umi dan Ayah doakan Aman jadi anak yang soleh dunia akhirat. Sayanggggggggg anak umi "Ammar Idlan Zafri"





Tuesday, February 5, 2013

Goggles Yang Putus


Tamatlah riwayat Goggles Orange cap Carrefour Aman yang ummi beli pada April 2011 dengan harga RM14.00. Dimana ada Aman, disitu ada goggles ini. Goggles ini sudah 3 kali naik kapal terbang, setia menemani Aman walau di mana Aman berada. Balik kampung, offroad, Presint 9 Putrajaya, Kidswim UKM, tetap setia dengan Aman. Akhir bulan Januari 2013, goggles ni sudah tidak mampu bertahan. Depan Coach goggles ni putus, "ala, kenapa putus pulak ni" kata Aman. Pakai lah jugak untuk kelas minggu u.

taraaaa.... ummi belikan Aman goggles baru.. Umi beli yang elok sikit. RM19 saja.. Aman suka, ummi pun happy..

Monday, February 4, 2013

Dari Dapur Pos Keding, Ulu Slim

Kali Ke-2 Offroad, masih banyak yang saya perlu belajar. Apa barang keperluan yang perlu dan tidak perlu dibawa, belajar merakamkan moment moment penting yang tidak mungkin berulang, belajar menghafal resepi yang sesuai untuk di hidangkan di tengah kegelapan hutan..

Makanan sangat banyak malam itu, tapi satu gambar pun saya terlupa nak snap, untuk kenangan di blog Ammar ini. Trip akan datang, saya akan cuba pastikan untuk snap sekeping dua gambar makanan.. Buktilah konon kan, Offroader ni, kalau masuk hutan setiap minggu, mesti naik Kilo punya.. Walaupun terlupa ambik gambar makanan, aktiviti di dapur tetap sempat di rakam. separuh gambar, saya tumpang daripada FB Lawang.

Orked yang saya sangka kan se oang bunga, rupanya mamat ni.. Tengah menangis tumbuk bawang. 

Chef din yang memang terbaik

Chef Jeff.. makanan western, serah 100% pada dia. Saya sebagai kitchen helper, tukang cuci periuk belanga dan pinggan mangkuk saja. 

Santapan malam itu. Nasib baik Lawang ada amik gambar ikan tengah di bakar.. 

Terbaik kan.. hotel 5 star. open air... 

sambil sembang, sambil mengerjakan cik ikan untuk di panggang. 

kopek jangan tak kopek. sambal petai in the making..

Saturday, February 2, 2013

Setelah 2 Bulan Bersama Kidswim UKM


27 Januari 2013. Maju setapak lagi. Blue Moon. Berenang katak katanya.. 

Ikutkan, Kami nak stop sampai di sini, kesiankan Aman yang selalu penat dengan aktiviti yang padat. Aman berkeras ingin teruskan sampai peringkat lebih jauh. Kami akur.  

Yang penting, Aman happy dengan apa yang dia buat. 


Insyallah Aman, ummi dan ayah akan usahakan apa yang termampu untuk Aman dan adik adik. Tidak perlu sampai Olimpik, Aman boleh berenang sendiri di Sungai Apin Apin pun memadai bagi ummi. Peace yo Aman...