CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, April 27, 2011

Well Done Aman!!


 

Tadi Cikgu Aida tekejut Aman dah pandai baca.. Semua kawan kawan tepuk tangan untuk Aman sebab Aman dah pandai baca. Aman nak jadi pandai supaya dapat nombor satu. Pas tu Aman dapat hadiah banyak banyak... betul ni Aman tak tipu. Aman dah tak sabar nak baca buku katun (komik).. hehehehe.. anakku poyo… baru pandai baca b.u bu l.u. lu.. bulu… bangga kemain lagi…

Tuesday, April 26, 2011

.:Pangkor What We Learn:.

Tarikh: 8 April 2011
Lokasi & Penginapan: Ombak Inn, Pulau Pangkor
Motif: Family Day Kelab Kembara Perintis..
yeehhaaaa.... Fully sponsored by club (eh, saya bukan ahli so, kena lah bayar RM60)

Dari TBS(hantar Ma'ah naik bas) pukul 12.30. Sampai Jeti lebih kurang kul 4 petang. Naik feri 4.15ptang.. Konvoi 2 kereta saja coz yang lain sudah gerak dulu.. kena hantar Ma'ah jumpa dentist dulu..

Aman dah selamat naik  dengan Uncle farid dan saya masih dibelakang.. Aman cakap "umi ni hegeh hegeh la"

"kami"

kredit to Delliza tuan empunya sebahagian gambar disini..

tu diaaa.. Aman dan Ayah. Siap bawak gitar tu yang tak tahan..

Akhirnya sampai tempat penginapan.. Ombak Inn yang tak seindah nama..

berat ke bang?

lepak dulu.... sementara tunggu anak2 dare *rombongan cik kiah ni bagi kunci..

Besar tau chalet ni.. ada 2 katil ni n atu katil lagi tak muat dalam gambar..

aktiviti bermula seawal 9.30.. lepas dinner ada sesi suai kenal yu.. saya dapat hadiah tupperware. meh sini saya kenalkan, ni lah dia Zul Panda.. wakakaka... dapat nama panda kat sini la.. ada orang salah baca nama zul. sepatutnya Zul Panjang (sebab dia ni tinggi ye, jangan pikir bukan bukan lak) Kebetulan kelab ni ada 2 Zul. sorang lagi Zul kamera.

hadiah yang saya beli dapat kat budak nih.. sape aaa nama dia nih. haris ke am? lupa lah..

En. Hubby punya turn..

kami, malam tu. dari kiri Fazley, Dieb, Mas dan Liz (wife Fazley). best best best, sangat sporting dan hapening...

Aktiviti Pagi Sabtu pulak.. Treasure Hunt yang tak seberpa treasure.. Grup kami, beli je kat kedai runcit tepi pantai.. hahaha.. tak yah susah susah lari2 bagai..

Siapa punya istana pasir yang paling tinggi akan jadi pemenang..

yang ni saya tak join... jaga anak2.. lagipun panasss. kesian budak budak

Malam Ahad. kira penutup majelis lah.. ni ah sebab en. hubby bawak gitar, unplug konon.. grup uang kalah kena buat show sampai grup menang puas hati.. ada yang nyanyi, teka teki, bercerita..sudahnya, grup yang menang lak yang x berenti2 menyanyi... aik! tebalik sudah..

senja bang ooiiii..

penonton setia, termasuk Ikhwan

de' band.. Pak Mail siap begendang ye.. guna besen pun bole

Tengoklah Aman jadi peminat setia ayah

Last day @ Pangkor, kami sewa motor.. Chalet ni ada banyak motor untuk dsewa.. RM15per hour.


Good bye Pangkor.. Kami tinggalkan pangkor dengan seribu kenangan..

~overall program ni sangat best. Thumbs up untuk urusetia @ orang kuat di sebalik tabir (Fuzah & Abg Yahya). Komen Chalet skit: makanan, Tak sedap! bfast, lunch dan dinner hancus.. Bilik berhabuk.. mungkin lam tak vacum or sapu bawah bawah katil.. TAPI, Owner dia sangat baik..

Perasan x, Ikhwan peserta paling muda...

Monday, April 25, 2011

Misi bermula..

Ya, Anak anak tinggal di rumah, dik firah jadi part time baby sitter.. jangan marah ye dik.. lain kali kami buat lagi.. order saja dari Melaka konfem dia cakap ok bah.. Bole bah kalau kau..

Sungai.. dalam hati "kang turun, bole terjun mandi terus". kami gerak naik atas lebih kurang 9.55 pagi

Trek yang agak mencanak!

yang ni kan, keje dia amik gambar je sepanjang jalan.. slow and steady. sebenarnya tu lah cara yang betol.. barulah tak sakit kaki..

saya lak, lajak gear 5. tu yang sakit kaki sampai hari ni.. hehehehehe

Tinggi kan.. naik tak nampak sangat tinggi, sepanjang turun saya dok fikir, camane aku naik ni tadi aaa??

Banyak pokok yang ada nama tau, sebenarnya nak tunjuk tuuu.. Politeknik PD. Glamer kau, hampir semua tanda nama pokok ni terselit nama Politeknik PD. tak malu kan, nampak benor tadak sivik orang yang menconteng ni.. tak boleh lah nak tengok benda bersih kaa?

letih ke bang? dia ni kan kejap2 tanya, ina ok ke? nak berenti? sebenarnya dia yang nak berenti.. wakakakakaka.. jangan marah aaa..

Politeknik PD gak yang dapat nama.

Saya paling suka gambar ni... Lagi 300 meter mau sampai puncak.. Yang uniknya, sign board ni ditulis atas penutup tin milo... suka suka sukaa......

Sila ambil maklum.. Saya naik gunung bawak payung.. ramai gile orang jeles.. hahaha.. sediakan payung sebelum hujan..

ko tengok tu... ada bunga tau. caya x? bunga semata mata, tiada dahan.. Akar dan bunga sahaja.. daun pun tiada kot..

besar besar saya, besar lagi pokok itu... sayang pokok ni kalau x dijaga, gerenti sudah ditebang dan buat papan.. hope 20 tahun akan datang pokok2 macam ni ada lagi kat sini untuk tatapan anak anak dan cucu cicit pulak...

ni lagi satu..konon nak glamer.. tapi "eh Bad, ko memang bad boy kan.. takde sivik" bole tak biar pokok tu cantik tak yah la nak conteng conteng?

Lebah ni tertarik dengan bau peluh siapa yaa... En. hubby cakap janji jangan kacau dia, insyallah dia tak sengat..



Alhamdulillah sampai puncak pukul 11.30. lebih kurang sejam setengah je.. tapi kitorang menunggu turn dekat sejam tau nak naik puncak. Ramai gila orang kat sini.. Rombongan sekolah, pengakap, kolej.. UPM pun ada gak..

best kannn...

sudah sampai puncak..

Zul dengan payung Riyadh dia. series cakap.. ramai orang jeles ngan kami.. siap ada yang tompang payung lagi.

Akhirnya sudah sampai bawah... best woo layn chipsmore ngan 100pluss..tak cukup itu, saya tambah lagi ngan mamee BBQ 2 bungkuss... menyesal gile tak bawak jajan2 macam ni naik puncak... Bawak bun kelapa je ngan 3 botol air.. mana cukup... kengkonon nak makan maggi kat puncak, maggi dan tmpt masak ada bawak tapi air, sudu x bawak camano??

penat dan lapar... eh tiada gambar saya dipuncak kan.. dalam kamera hset x de.. nanti lah gambar kat kamera abang ada tu cuma x upload je lagi...

Dah sampai bawah, tak lalu lah nak  mandi.. ramai sangat orang mandi.

Naik : 9.55 pagi -11.30 pagi ~ lebih kurang sejam setengah
Turun : 1.05ptg - 2.10petang ~ Sejam 5 minit.

Gunung Datuk 23.04.2011

Lokasi: Gunung Datuk, Rembau, N9 (Kampung Batang Nyamor Mukim Gadong)
Ketinggian: Lebih kurang 2900 kaki dari aras laut.
Kami adalah: Saya, En. Hubby dan Encek Zul, nama glamer dia Zul Panda

Agak teruja sebab, nilah 1st time layan hobi en. Hubby.
tu dia... bertolak dari rumah lebuh kurang pukul 7.30 pagi.. singgah sarapan di kedai makan Hamidi area BSP.. Punya lah lama tunggu roti canai diorang nih..  saya makan meehoon goreng lambak jee... sampai dah habis makan baru roti diorang siap. alih2 pukul 8.30 gerak dari BSP.. 

inilah jalan masuk ke kaki gunung.. kebun getah.. terus rindu nak balik kampung..

Besar gila pokok ni. konfiden je saya cakap. ni mesti pokok tualang. Sebab tu ada tangga, senang orang nak amik madu... hahaha.. skali pokok pulai daaaa... Pakcik jaga kaunter yang cakap. Tangga tu untuk potong dahan yang mati. nak tebang tak bole sebab Jabatan Hutan punya pokok... OOOOOO itu macam ka pakcik..

Koperasi punya yee... untuk keterangan lanjut sila dail nombor tertera di atas..

ada sesiapa yang bole tolong translatekan x?. mungkin begini maksud dia ni. Yang pendek dilabuhkan, yang panjang dikeratkan, yang rumping saya tatau... yang rumpang tau lah. (rumpang=rongak)*dusun

Ingat mau posing bertiga di sini tapi nampak tak Vios itu..tak bagi can langsung..

bayaran RM3/ pax sahaja...

Kalau rajin, sila la baca. tu gambar tapak kat batu... Orang cakap tu Tapak kaki Hang Tuah.

Koperasi Gunung Datuk Rembau- Pihak pengurusan gunung ni.. Rasanya orang kampung lah yang jaga kan.. kat sini ada surau, dewan, tandas, kedai makan.. Kategori terjaga dan bersih lah..

Hijau itu menawan.. itulah kasut saya, segan tau pakai kasut sport je tuk  hiking.. Tapi En. Hubby kata, ok la.. bole je pakai kasut sport.. cap POWER lagi tuh..!!! hahaha gelak jahat. Taulah kasut dia tu "gile" dasyat..10 pasang kasut saya baru dapat sepasang kasut dia.. HUH!! blagak

antara serangga yang ada kat port kami pakai kasut.. motip amik gambar ni, nak bagi Aman tengok..

ini pun ada... nasib baek tak terpijak..

saya tak bersalah.. ini Zul yang pijak..

ni lagi kumbang malu malu.. nasib baik tak terpijak...