CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, January 31, 2013

Trip Santai Pos Keding Ulu Slim, 29-30 Dec 2012

Trip Santai Ulu Slim Bersama Malaysian 4 Wheelers
29 & 30 Dec 2012
berkumpul di R & R Rawang pukul 9 pagi sebelum bertolak ke Tanjung Malim.
Pukul 8 dari Bangi, isi minyak Petronas Bandar Seri Putra, ikut hway KLIA terus ke Rawang, alamak, kami terlambat.. 


Pukul 9.30  kami sampai sini, Orked, Pijo, Jeff & Lawang sudah pun menunggu. Kami masih menanti Che Sue dan juga Abang Din Medan, khabarnya Abang Din terlambat sebab pegi pasar beli barang barang basah untuk hidangan kami di camp site. tak sampai 10 minit, kelihatan Che Sue, di ikuti Abang Din *tapi Abg Din Gerak solo ke Tanjung Malim untuk fetch seseorang. Tak lama kemudian, orang yang di tunggu tunggu pun sampai. Itulah dia Bang Kurau.. 

Kita minum dulu.. Alamak, lupa lah pulak amik gambar kedai mamak yang ini.. 

stop sekejap untuk lock gear *eh ye ke.. dan lagi satu kurangkan angin tayar.. dalam hati dup dap dup dap dah ni sebab masa ke Hulu Berakit haritu takde pun buang buang angin ni haa.. Cuaca sangatlah tebaik hari tu..

tu dia LC otai... tarra juai punya.. ini champion punya. Pijo yang punya . otai ni.. tengok tu, power tak power.. melintas sungai yang agak deras.

perjalanan diteruskan melalui jambatan besi. sementara menunggu Pijo menyeberang sungai

cerita melintas sungai tersekat di situ. Team work adalah terbaik untuk group ini. Silakan Bang Kurau, tariklah LC yang sedang berenang di tengah sungai

ini baru betul bernafas dalam lumpur. my 1st time. Abang cakap "sila turun untuk ambik gambar". apalah nasib tukang gambar, setiap kali ada port menarik, kenalah berkorban demi untuk "the best moment. Lihat saja tanpa merasa. feel tu akan ada jugak bila En Abang suka gambar yang dirakamkan..

Halangan kedua - Jambatan runtuh. Apa yang penting? KERJASAMA.. ahli konvoi berotong royong, bersungguh sungguh menyiapkan jambatan sementara untuk ahli konvoi melepasi jambatan ini. Jalan alternatif memang ada, tapi mungkin ahli konvoi yang lain, yang sudah pernah melalui jalan ini, saja nak bagi kami yang 1st time ni merasa team work dalam berkonvoi. Moral of the story, aktiviti Offroad ini memang banyak faedahnya, selain bersantai, dapat jugak mengeluarkan peluh ala ala masuk gym gamaknya. 

tudia... Abang WKP sedang melalui jambatan sementara yang berjaya di gotong royongkan. Dalam masa sejam, ahli konvoi berjaya melepasi jambatan buatan ini. Dengar cerita, ada member yang masuk kemudian terpaksa berpatah balik disebabkan jambatan ini sudah runtuh, sudah runtuh sudah runtuh.. 


Halangan paling sukar untuk trip ke Pos Keding. Awal awal lagi Land Rover ni melekat di selut yang agak dalam. 'alamak, boleh ke lepas Abg WKP ni kalau macam ni', dalam hati lah. Ahli konvoi lain yang pernah melalui jalan ini sebelumnya pun tidak menjangka keadaan jalan macam ni. 

Co-Pilot WKP, Aman yang exited bila tengok laluan yang bakal dilalui, dia jugaklah pembakar semangat Pilot dan dia jugaklah yang kurang sabar untuk melalui selut ini.

dup dap dup dap jantung sambil pegang kamera tangan kanan dan pegang Ikhwan yang tengah menangis merayu nak join pilot dan co pilot WKP. Nasib menyebelahi, gambar tak blur..

Berjaya akhirnya melepasi selut dengan bantuan LC Pijo. Alhamdulillah, sedikit sebanyak pengalaman baru yang dapat kami pelajari hari ini. Mudah mudahaan dengan pengalaman hari ni, akan menambah keyakinan Pilot WKP untuk trip akan datang. insyallah..

Giliran WKP pulak membantu kenderaan lain dibelakang... 1, 2, 3 tarikkkkkkkk....  tingggg tong!! maka tamatlah riwayat cangkuk besi WKP.. besi cangkuk tertanggal menyebabkan bumper bengkok dan kemek. Nasib baik lah tak tanggal terus.. hurmm.. adakah salah pilot? atau pun salah pomen yang memasang benda alah itu.. kita akan rungkaikan kemudian.

pilot vs co pilot dengan gembiranya 'bumperku terkemek' dalam hati. 

Sementara menunggu kenderaan lain sampai ke lokasi bawah pokok kelapa sawit, tanpa alas, kami menikmati nasi lemak yang sempat saya masak dari rumah pagi tadi. Agak segan juga nak pelawa, yelah kan bukannya pandai sangat masak, lepas tu semua kawan kawan yang baru kenal harini pulak tu. Alhamdulillah, ahli konvoi semua happy dengan hidangan nasi lemak bawah pokok kelapa sawit. Saya? off course la happy bila orang lain happy. Ralatnya di sini, bila sorang orang kuat konvoi, ditinggalkan dibelakang melepaskan diri sendir di selut. then bila dia sampai di gerai nasi lemak bawah pokok kelapa sawit, kami kami semua sudah bersiap gerak ke destinasi seterusnya. Kesian Orked lah.. hahah sampai hari ni dia tuntut nasi lemak bawah pokok. hahah.. Insyallah Orked, akak akan usahakan nasi lemak untuk trip kita yang akan datang. kami menunggu kepulangan mu dari perantauan.. 

sempat selisih dengan konvoi lain "bulan sabit merah" terdetik jugaklah dalam hati, "kenapa 4 x 4 diorang kilat?, ada carwash ke di dalam sana?. Persoalan tu terjawab bila kami dah keluar dari pos Keding ni keesokan harinya.. huhuhu.. ada jalan lain rupanya..



.
perkampungan orang Asli Kampung Keding..

padang bola pun ada disini. Lain kali, boleh lawan bola dengan penduduk di sini. 

Sudah sampai. Purple itu lah banglo kami anak beranak. bersebelahan dengan dapur kami. Ada 3 buah meja untu memasak, untuk persiapan memasak, dan untuk hidang makanan. perut tengah lapar, sementara menunggu chef mulakan operasi untuk dinner, Che Sue buatkan cekodok pisang yang paling sedap di Pos Keding. Minum pulak dengan kopi O.. perghhhh!! terbaik Che Sue

Banglo kepunyaan Abang Jeff dan Pak Mat.. Mont Kiara katanya.. memang betul betul bawah pokok, dan sebelah aje dengan sungai. Terbaiklah Abang Jeff pilih Port. 

puas dok fikir, apa benda tah yang Abang Din dan Wii ni cari sampai garu kepala serenak.. hahaha.. 

masa yang ditunggu tunggu... makan time.. bapak bapak, mak mak memang lah exited, tapi anak anak ku itu, sangatlah kurang berselera bila berada di tengah hutan.. Agaknya kepala anak anak ni "sungai, sungai, dan sungai'.

no tv, no gadget. Semua kehabisan bateri. baringlah anak anak sementara menunggu hari siang. 

Orang lain sudah selesai, saya masih meratah lauk.. hahaha... buruk lantak! tak kira, saya nak makan banyak jugak. Alang alang dah 16 jenis lauk, harus lah cuba semuanya. rugi kalau tak cuba masakan Chef Din dan Cef Jeff, the best chef dalam hutan.

Sarapan pagi in the making. Panaskan sambal tumis Chef Din untuk dimakan bersama ubi kayu rebus. fulamakkk.. terbaikkk. 

Dari lensa Pilot WKP, Orang asli tengah petik petai. Tidak hairanlah, petai tu dijual dengan harga RM5 / 4 papan, tinggi pokok petai, sanggup di panjat, demi memenuhi keperluan para pemakan petai tegar. 

"uncle Orked, boleh tak Aman nak basuh kereta Uncle Orked?" alih alih, Aman ke mana, adik yang tolong basuhkan tayar Uncle Orked.

Mari kita pulang

Me dan anak anak di Pos Keding

credit pic to Lawang FB.

Gambar kenangan bersama team TERBAEKK!!!! Korang memang TERBAEK.. 










Sunday, January 27, 2013

Pertandingan Badminton D'SURY Vs SKMM

Pertama kali volunteer jadi commitee untuk acara acara seperti ini. off cos lah saya bukan player SKMM. Player kena lah terrer main badminton. Kalau setakat main sebulan sekali, itupun lari bila pihak lawan smash, baik tak payah. D'SURY team memang hebat hebat belaka..


Alhamdulillah rezeki volunteer hari ini. Walau tak menang pertandingan, saya menang lucky draw berupa voucher Parkson. Senyum lebar Kak Ainon, menang Samsung Galaxy Note..


My BFF bila sedih tak menang lucky draw. Minum lah air kosong tu banyak banyak lalink. semoga air sejuk itu dapat menyejukkan hati yang sedang panas.. hahahah.. *lariiiiii laju laju..

Wednesday, January 16, 2013

Itik Bertelur


Nenek belikan Aman dan adik anak itik sorang satu ekor bulan Ogos 2012,  Maah pula Beli Seekor Itik Jantan. Hari ni 16.01.2013 Itik Aman telah berjaya mengluarkan telur yang pertama. chewaah... yang pasti, bukan telur emas lah..




Anak Kampung *Parody by Mr. Bie

Bau perasan parodi by Mr. Bie ni.. Banyak juga lagu yang di parodi kan termasuklah lagu anak kampung ni.. Menarik.. Sebab nye semua lirik ke arah ke agamaan... caiyok!!

Memang aku ini anak orang muslim
tiada apa-apa yang harus ku malukan
Islam memang cantik
hidup ada jalan tapi ada sempadan

Aku orang muslim hidup ada peraturan
ndak boleh tayang tayang aurat depan bukan mahram
cantik bah kau itu
kalau tidak dedah dedah di akhirat juga kaya

tiada mekapmu pun enda apa apa bah
yang penting amalmu itu yang tuhan kira
biar amal kita
tnggi tinggi macam gunung Kinabalu

Bukannya ku idak mau belanja kamu maggi
sebab aku takut nanti budgetku lari
kerna aku ingin bawa kamu nanti
pigi naik haji

kalau mau hebat akhirat juga dunia
janganlah bah jadi mislim di mykad saja
duit juta juta tiada guna juga
kalau amal tiada tiada

bukannya ku idak mau bagi kamu mercedes
sebab aku takut nanti budgetku habis
kerna aku ingin bawa kamu nanti
pigi naik haji

Banyak lagi lagu parodi by MR. Bie yang best antaranya Ombak rindu, Terukir di bintang, carta hati, kosong, lagu Alya..

Friday, January 4, 2013

Ikhwan dan Gula Gula

Tic Tac untuk adik dan Aman yang dibeli pada masa yang sama dan selepas beberapa jam, inilah kejadian Tic Tac tersebut.. Ikhwan punya dah habis, Abang baru luak 2-3 biji.. sekian.. Pening mak nengok Adik dan gula gula..  

Tuesday, January 1, 2013

Ulu Slim, Tanjung Malim, Perak 29-30 Dec 2012

panjang ceritanya...