CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, April 28, 2014

Ke Telok Chempedak Sebelum Balik Bangi


Lepas Check out, kami ke sini pulak.. ramainya orang di sini..

layankan budak budak ni main layang layang dalam 20 minit sebelum bergerak balik.. Layang layang abang *kaler merah, beli di Pantai Batu Burok,  Terengganu 2 tahun lepas dengan harga RM5. Adik punya beli kat Teluk Cempedak RM10. 

wajib singgah sebelum berangkat balik.. Nasi minyak lagi 2 beranak ni.

Laksa boleh tahan sedap.. dan kuih ituuuu!!! sangat sedap

Kuih sedap.. RM1/3 ketul.. ada lagi kuih 3ketul RM1 kan.. murah pun muah, sedap pulak tu...

macam macam ada di sini.. semua sedap sedap. Kalau lah kuih ni tahan sebulan, mau tapau bawak balik ni..

Bye bye Kuantan.. Aman cakap, lain kali Aman datang lagi.. 


Saturday, April 26, 2014

Jalan Jalan Cari Makan di Kuantan, Ana Ikan Bakar Tanjung Lumpur

Selepas Isyak, misi mencari makan malam.. Senang sangat rupanya mencari makanan sedap di Kuantan ni. 
Walaupun Ana Ikan Bakar Bandar Baru Bangi boleh dikatakan sepelaung je dari rumah, kami nak juga merasa Ana Ikan Bakar Tanjung Lumpur yang memang terkenal di Kuantan ni.  
Anak bujang ni memang tak makan seafood, tomyam ayam dan telur dadar sajalah santapan beliau.. Sedapppp dan tak kedekut ayam. Aman pemakan ayam tegar pun x mampu habiskan tomyam ayam nih. 

disebabkan masih kekenyangan makan kat Warung Paksu dan Maksu, kami order sotong goreng tepung 2 ekor dan ketam masak pedas seekor. Fresh dan sangat murah makan disini. Beza sangat lah dengan Ana Ikan Bakar Bandar Baru Bangi.  Geram bila teringat ketam fresh yang gemok gemok. Perut dah kenyang, mari kita balik tidur.. 

Selepas subuh kami keluar semula. Misi mencari sarapan pulak. Tanjung Lumpur jugak..  Jalan jalan dulu

Sepanjang pesisir pantai Tanjung Lumpur

Ana Ikan Bakar Tanjung Lumpur. Ada 3 kedai semuanya, dan kami makan kedai paling hujung sekali.. 

Sarapan disini.. suasana tepi pantai yang best

Aman, Adik dan Ayah makan nasi minyak gulai ayam lagi. RM3.50/set

umi makan ini aja, RM1/3 ketul.. Tekejut Mak!! 2 kali tanya, last skali umi borong ketupat ni sampai habis..




jom check out.. lpas ni kita cari makan lagi.. Yang lain semua enjoy food, kecuali adik ni. Minta macam macam tapi makannya tidak. Makan biskut saja. bila sampai rumah, tau pulak cari nasi. 





Friday, April 25, 2014

Bukit Gambang & Kuantan (Last Minute Plan)

Cuti sekolah bulan Mac haritu Aman dapat Voucher Bukit Gambang RM14.50/pax kanak kanak dan RM19.50/pax untuk dewasa. Aman nak sangat sangat ke Bukit Gambang masa cuti sekolah, tapi selepas puas di pujuk oleh Ayah, akhirnya dia akur. "oklah ummi, kita pegi lepas cuti sekolah lah".  Kebetulan Sabtu lepas air di catu, ajomm Aman, kita pegi Bukit Gambang lah.. Punyalah seronok Aman dan Adik.. Awal pagi kira duit tabung RM29.00 untuk entrance fee.. *Aman dah janji nak bayarkan untuk diri sendiri dan blanja adik. Aman kan banyak duit.. hihihi..

From Bangi to Bukit Gambang, Peace!!
7.00pagi dari Bangi, 10.45pagi baru sampai Gambang. Banyak sangat persinggahan kami.. 
Tiket untuk 4 orang RM68
Dalam ni dia tak pakai cash, so kena lah bayar RM100 untuk e-value. Macam sistem kupon lah gitu. Makan, locker, tube semua pakai e-value saja. 

Tidak lah ramai orangnya pun yang beratur, tapi dekat sejam lah berdiri di sini sementara mensettlekan apa yang patut. Nampak macam sistematik, tapi sebenarnya, sistem dia sangat menyusahkan pengunjung. Pendapat saya lah. 

Double tube RM20.  kalau tak ambik pun tak apa.. Locker RM20. Locker agak kecik, kena amik 2.

Anak anak happy. 



sementara menunggu ummi bersiap selepas mandi. Tiada gambar mandi manda pun.. handphone selamat dalam locker..overall, anak anak enjoy di Bukit Gambang. Cuma

Check Inn Grand Continental Kuantan. Recommended.. murah, service terbaik, bersih dan yang paling penting, cukup selesa untuk anak anak.. Tengah bulan ni Ummi kurang mampu The Zenith sayang. 

minum petang di Warong paksu & Maksu Peramu. Senang cari, google aje balai polis Peramu, confirm akan jumpa warong ini.. Thorbaekkkkkk!!!!! perut kenyang, hati pun senang.

Adik dan RM2 keropok lekor

Aman dan Nasik Minyak kedai sebelah Warung Paksu & Maksu. Boleh tahan sedap. Nasi minyak gulai ayam RM4 saja. Murah dan sedap

pukul  6.30 petang tinggal ini saja yang ada. Ikan, Udang dan sardin roll. yang lain semua sudah habis terjual termasuklah satar & otak otak. Takpa, esok kita datang lagi. 

Review: Anak anak suka sangat. Mak anak yang tak berapa suka sebab panas.. Makan dalam ni memang sangat senang la, di mana mana ada kedai.. Kami makan nasi kukus RM9.50 set dengan air, Alhamdulillah kenyang dan sedap. 

Monday, April 14, 2014

Suunto Conquer New Territory


Sabtu lalu  12.04.2014, Mr. WKP ke bengkel kereta sekitar Batu Cave untuk di tujuan pemasangan sticker Suunto bersama M4W Suunto. Seharian jugaklah Aman menemankan ayah di sini.

Tuan "memunya" Mr. WKP. Ni abang punya katanya pada adik. jadi, setiap perkara yang melibatkan Mr. WKP, dia mesti akan berada bersama ayah.. Adik tinggal lah dengan umi di rumah. 

in progess... 

tampal menampal, kita bagi pada ayah.. Ayah memang terrer bab bab ni. Nanti sudah siap sepenuhnya, kita amik gambar cantik sikit. Alhamdulillah atas rezeki mu ya Allah.. 

Saturday, April 12, 2014

Bila Ibu dan Anak Demam

cerita lama. Bila Ummi dan Aman tak sihat. memang 2-2 melepek demam, ummi gagahkan jugak siapkan makan dan minum Aman & Adik sambil sambil kesat air mata dan hati berbisik "alangkah baiknya kalau ada orang tolong siapkan makanan masa demam ni". Tambah sedih bila terjumpa nota Aman dalam buku lukisan dia. Apa lagi ummi teruslah foward kat ayah, saja bagi ayah rasa bersalah sikit.. hihihihi

demam begini pun sudah cukup meletihkan ummi, apatah lagi Aman. Alhamdulillah, kami sudah sihat seperti biasa sekarang. Terima Kasih Allah. Semoga kesihatan kami sekeluarga sentiasa dalam keadaan baik hendaknya.

Friday, April 11, 2014

Adik Nak Jam

Tertunai sudah janji umi. Hari hari Ikhwan tuntut "Adik nak jam macam abang tu, yang boleh bawak mandi, tido, makan, pegi sekolah. Adik nak!!". Selagi belum beli, selagi tu Ikhwan nyanyi ayat yang sama hari hari..  Minggu ke-2 pakai jam, balik sekolah tanpa jam. Rupa rupanya, jam ada dalam beg. Kulit sensitip rupanya adik ni. Naik ruam gatal gatal. Jadi, jam ni pakai pegi sekolah saja lah atau jalan jalan saja.. tak bolehlah nak ikut macam Abang Aman, pagi petang siang malam pakai jam.