CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, November 16, 2015

Imran Jumpa Tok Abah, Kalumpang 2015

15.11.2015 bawak Imran jumpa nenek & Tok Abah dia. Alhamdulillah, Imran sangat behave sepanjang perjalanan selama 1 jam setengah.

Hai Nenek, Nama saya Imran tau. Umur saya 3 bulan dah.

Tok Abah ni suka buat lawak kat saya lah.. Kata imran dalam hati..

Tok Abah kata tak larat nak dukung saya lama lama. Tak pelah tok abah 5 minit tuh pun dah kira ok..  Rasa macam sekejap sangat singgah Kalumpang kampung Abang, pukul 2.30 petang sampai, pukul 5.30 ptg balik dah. Bye 2 tok Abah. Nanti kami datang lagi ye.. 
mm.. bodek tok Abah, dapat lah topi tu kat adik. Sebelum balik Bangi, singgah Tanjung Malim sekejap cari baju celoreng untuk Abang Aman nak pakai ke sekolah, last skali, Ikhwan pun dapat seluar celoreng sama.. hahahaha

Thursday, July 9, 2015

Ramah Mesra bersama Kartunis Binjai

tiba tiba abang Aman request nak lukis karikatur. Alhamdulillah, kali ni ayah bagi green light untuk Abang dan adik Ikhwan. 

Gambar kenangan kartunis Binjai, dan Kartunis Padi. RM10/pic + RM10 laminate. tapi memang puas hati dan diorang ni rajin melayan karenah si Ikhwan yang banyak cakap. 

Saturday, July 4, 2015

Pot Luck Iftar Malaysian 4 Wheelers 2015

Mereka plan, kita ikut saja. Best juga, bila lama tak jumpa lepas tu masak masak, iftar sama sama. Bukan Offroad tapi onroad saja. Bertempat di Taman Seri Empangan , 04 Julai 2015, kami berkumpul seawal pukul 6 petang. Sementara menunggu waktu berbuka, sembang lah dulu macam biasa. Bezanya, sembang tanpa makan dan minum serta rokok la of kos. heehee.. Tempat memang terbaik, surau dan pondok ada di sini. 



Sempena birthday Orked Lah.. Terima kasih Orked blanja chocolate indulgence.
kami doakan moga sentiasa suksess. Maaf lah tak tau, kalau tau boleh gak buat surprise. hehehehe

antara menu yang dihidangkan.. home made ye.. saya bawak mee hoon goreng dan sardin roll saja.. Alhamdulillah.. makanan habis, perut kenyang, hati pun senang. Tempat

Che sue tengah mengedar duit raya pada anak anak. Every year without fail Che Sue akan memberi.. Terima kasih Che Sue.

Tetamu istimewa dari Lepa. Aten and Family +1.

Sunday, June 14, 2015

Aman dan Adik Ikhwan ke Pullman, Putrajaya

seronok Ikhwan swimming. perasan macam budak besar. Taulah dah nak jadi abang.. jangan lah belagak sangat dik oooiii... Nasib baik ada pelampung tangan, kalau tak.. tunggu lah tepi kolam tengok abang mandi. 


Adik beradik masa berdua.. 

Friday, April 3, 2015

Selamat Pengantin Baru Lyza Ahmad & Wan Terrano


Pengantin dan Pengapit yang comel. 2-2 lasak nih


Bergambar kenangan dengan pasangan pengantin. 

muka happy 2-2 sebab menang hadiah tupperware sorang 1.. heeeeeeeee..



Saturday, March 28, 2015

Perlawanan Bola Antara PASTI Kawasan Serdang


Kecil kecil cili api, tapi jangan main main.. 10 kali pusing padang pun belum tentu dia penat. Nampaknya Adik Ikhwan cenderung minat sukan bola. boleh dikatakan chanel sukan bagi kat dia.. Hahaha.. Sorang sorang pun dia boleh layan. 

Ok.. Tak menang dan tak kalah. Al-Ikhsan kuat katanya.. yang pnting dia happy dapat hadiah tumbler dan towel PASTI.