CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, December 31, 2014

Selamat Berkhatan Abang Aman dan Adik Ikhwan.


Alhamdulillah... syukur pada Allah, akhirnya Abang dan Adik sudah selamat menjadi lelaki sejati.. eh!. maksud nya Aman dan Adik dah selamat bersunat. Ikut perancangan awal, memang nak buat waktu Aman umur 6 tahun, tapi selepas beberapa lama tertangguh, Alhamdulillah.... Aman dan Adik dengan rela hati minta di sunatkan . Adik paling exited. Yeayy!! bulan 12 adik nak sunat katanya.

Selepas mentelaah beberapa blog, pada 13 Disember 2014, di Klinik Perubatan Lita Alis Bandar Baru Bangi, pukul 9 pagi, kami sudah bersedia jumpa Dr. Yusman. 

Muka happy sebelum sunat. Nampak tu, Punya lah exited si Adik, masuk klinik je dah ready pakai kain pelikat.

tak sabarnya... tak sabarnya... kata beliau.

yang ni lagi over.. Abang muka cuak, adik muka exited x sabar jadi lelaki katanya.


Bismillahirahmanirahimmm.... Doc blanja lolipop sebatang...ready...

uwaaaaaaaaaa!!!! sakit ummi...  hihihihi... Nasib baik kami x salah percaturan. Doc Yusman sangat pandai ambik hati anak anak.. 


bang.. Kita dah jadi orang dewasa tau bang.. Kata dia. 

cilok dari FB Klinik. dapat lolipop dan juga sijil.

Selepas seminggu berpantang, Aman dan Adik kembali ceria. Luka adik agak cepat sembuh daripada abang. Selama seminggu tu, adik demam hari ke 3 disebabkan Adik agak lasak berbanding Abang. Tips paling penting, seelok eloknya luka jangan di balut, supaya luka cepat kering dan tak sakit bila nak buka balutan yang dah seminggu. Takut jadi macam Abang, seminggu berbalut, plaster melekat di kulit. Terima kasih Doc. Yusman, terima kasih Maah yang setia menjaga Aman dan Adik sehingga betul betul sembuh sepenuhnya. Jasa baik Maah tu sentiasa di kenang.