CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, April 26, 2012

Adab Berjiran


Tak kiralah duduk rumah pangsa ke, apartment ke, rumah panjang ke, rumah api ke, kalau dah nama jiran ko mesti kena hormatkan jiran sebelah umah ko ok.. pening betol la orang sebelah yang selfish melampau… asyik saya je mengalah… tak sanggup kot bau longkang hari hari… nak muntah rasanya.. dah la puasa, ko tetap dengan longkang busuk ko tu. Memang melampau.. ya Allah, sesungguhnya aku berpuasa harini..

Tuesday, April 17, 2012

Sentap ayah

Satu hari dalam perjalanan ke Giant Nilai *sekembalinya Ayah dari gunung Bunga Buah, untuk memujuk hati anak anak yang ditinggalkan semalaman

Aman: Aman nak kumpul duit banyak banyak….

Si ayah pun menyampuk: aaa bole pegi jalan jalan mandi kolam, beli menan,

Aman: Aman nak tengok Kaabah! Nanti kita kumpulkan duit ummi, ayah, aman dan Maah…

Ayah dengan bunyiagak bergetar: insyallah, kalau ada rezeki, kita pegi tgk Kaabah ye nak..

Apakah reaksi kami laki bini yang sepatutnya?… rasa macam nak masuk balik dalam perut mak pun ada.. huuhuahua.. malu weiii

Monday, April 16, 2012

Anak Kampung dapat baju baru

Gambar Sabtu lalu sejurus lepas ayah budak budak ni bertolak dari Rumah kami ke Gunung dia.. baju yang Aman pakai tu lah yang baru. Beli masa cuti Pertabalan Agong 11.04.2012 hari tu, 3 malam berturut pakai kat rumah. Balik neseri je carik baju ni. sampai pagi jumaat Aman pakai, pas tu malu malu nak turun dari kereta sebab umi dah x kuasa nak tukarkan baju Aman awal pagi. Pening mak tau nak, last skali kasi rasmi awal pagi... hambik, terus tak cari baju baju ni dah. Adik Ammar pun kiranya dapat baju baru lah jugak. Waris waris dari Abang Aman.. hahaha... kesian dek kan, apa lah nasib, asik waris baju abang Aman je. meh sini  ummi nak ingatkan ye anak anak "membazir itu amalan syaitan" baju tu 100% elok lagi tanpa sebarang kecacatan, so pakailah selagi boleh pakai ye annakku Ammar.. Peaceeeeeeee~~~~~


Aman suka sangat baju ni mii, hahahah ada pangkat Sarjan lagi..

Thursday, April 12, 2012

Pine Tree Hills 2012

7 April 2012
Fraser Hills
duration: 9.00am-6.30pm
Team : Me, Jaie, Bard, Zul Panjang a.k.a Zul Panda, Zul Gayut (dulu Zul Kamera), Safuan (adik Zul Gayut) dan Subra.

Cuaca sangat cantek..

Gunung yang ke-2 bagi saya si budak baru.. Bertolak dari Bangi kira kira pukul 4 pagi. Ikutkan plan, pukul 3 dah zasss, tapi Adik Ikhwan buat drama, muntah kat Abang Aman.. Kenalah mandikan 2-2 anak anak awal pagi.. tau sajalah bila mandi pagi, mengamuk lah si kawan yang kecik tu..

Pengalaman yang sangat best bgi saya. 10 jam treking yang tidak terasa.... Subhanallah indahnya ciptaan yang maha esa.. Cuaca nyaman... jauh perjalanan luas pemandangan.

Gi umah Bard dulu amik dia dan Zul Panjang. Pas tu baru ke HKL pepagi buta untuk pick up Subra pulak. Sampai Caltex Jalan Kuching tunggu Zul Gayut untuk transfer Subra.. hehehe.. kang kejung kaki dok sempit sempit lak. Ingatkan nak Sarapan dulu kat Kuala Kubu, tapi nampak gayanga tokey kedai makan masih lena di buai mimpi.. Kedai Singkung ada lah kalau mau kan.. Subra je lah yang boleh singgah pun. So, kami amik keputusan untuk bfast di atas sana saja selepas subuh di Masjid Jamek Kuala Kubu.



alhamdulillah, selamat sampai Fraser Hills tepat pukul 7 pagi. Lepas bagi nama kat Balai Polis, misi pencarian kedai makan pun bermula..



saya pilih di sini.. perghh sedap gila nasi lemak panas tambah pulak dgan milo kosong panas dan karipap panas. serba serbi panas.. hahaha sedapppp sampai menjilat jari weehhh. 2 bungkus nasi lemak saya kerjakan. nampak sangat pelahap. Laki laki macho semua makan sorang sebungkus. agaknya, pompuan memang besar selera makan kot kan.. hehehehe

kusyuk benor menikmati nasi lemak kedai sebelah ye..


sambil strecthing sambil amik gambar.. saya jugak yang amik gambar diprang ni.. nak harap yang lain, hampeh.. Bad, Zul dan Subra x boleh harap.. memasing takmo bawak kamera.. Pukul 9 tepat kami bergerak tinggalkan entrance ni. lepas 10 minit treking, baru En. Jai perasan, laaa... lunch set kitorang tinggal dalam kereta.. Nasib baik ada maggi, roti dan jajan jajan lain.. kami amik keputusan untuk teruskan perjalanan.. nanti balik baru makan nasi lah.. Stess mak tau, penat je masak dan berangan makan nasi kat puncak, tau tau boleh tertinggal lak dalam kereta.. chett 

saya suka.. dia buatkan saya tongkat sakti.. Tongkat ada kat rumah tapi lupa bawak.. alasannya, sudah rosak. walhak bole je pun repair..  2 kali dia buatkan saya tongkat. sampai bawah, dia siap pesan letak balik kayu dan terima kasih.. baiklah bos. 
senyummmm.. depan gua akar pokok.. lepas sejam perjalanan kot ni. x berapa nak ingat. Next time kena buat log lah. senang sikit nak gebang dalam blog

amik lah gambar sendirik dan tepek sendirik dalam belog. Zul gayut boleh cakap apa tau "eh, ni couple dah kawen ke"

selepas 3 jam perjalanan, sampai la cenuram ini.. Happy yang amat tau, sebabnya saya tau  sudah mau sampai puncak.. hehehe... best, sejuk, nyaman dan damai.. 

Puncak sudah.. tapi puncak betul kena naik lagi 1-2 minit la.. hari tu ramai sangat umat manusia yang ada. ada guide tu bgitau, hari ni dalam sejarah sebab ada 4 team. team 1-20pax, team 2-23pax, team 3-10pax dan kami 7 pax. Rasa macam hiking kat Gunung Datuk pun ada gak. Ramai sangat dan laju laju pulak tu.. kagum skejap tgk diaorang laju laju belaka..tua tua pulak tu.. 

yang ini puncak 1peak. Kat sinilah saya terliur tengok diorang makan pisang.. Sikit  tak offer tau.. sedih betol. lain kali kalau treking lagi, nak bawak pisang pulak lah.. 12.30 rasanya sampai sini..
akibat terlupa bawak nasi yang dan lauk sardin yang saya dah masak semalam, En. Jai kena lah siapkan makanan ye.. Mamee Itik + Maggi Kari sedap bole tahan. for the 1st time saya makan roti gardenia + Peanut butter paling sedap di dunia.. perghhhh.. sedap sampai 3 keping saya kerjakan. thanks a lot to Dr. Subra tokeh roti dan bard selaku tokeh peanut butter. (ni stok Bekelah hari tu x sempat makan). lepak sambil layan makanan manan ringan sambil tengok orang lalu lalang, 1.3 0 petang kami gerak ke Twin Peak. Tak ramai yang ke Twin peak, tak tau lah  guide tu tipu atau betul betul tak tau. ada grup satu ni x nak pegi sebab Guide diorang bagitau nak ke Twin Peak amik masa lagi 3 jam dari sini..  Kami sampai ke Twin Peak tepat pukul 2. Trek pun x de la teruk sangat macam tadi.. lebih santai dan landai kot.
 
penglipur lara kami tengah berehat.. tilam empuk katanya

us @ 3rd Peak with love.. 

take 5 @ water point
Pondok pertama kalau dari puncak lah.. penar macam nak  fengsan dah ni.. tangga yang besar besar sudah dilalui.. letih tengok tangga batu besar, sampai lupa amik gambar. 
  

selut, tapi sikit pun x menjejaskan kakiku itu.. water proof agaknya

yahoo... 6.30 petang yang sangat panjang.. lapar tahap gaban.. skali nasi dah basi daaaa..... cepat cepat mandi, mari kita makannnn..
 
happy la dah kenyang perut memasing.. Saya sungguh tidak sabar orangnya.. Makcik nak Nasi putih dengan telur dadar.. terus bismillahirahman nirrahimm.... Lauk sardin kan ada, buat apa buang masa tunggu Nasi Goreng kampung lagi? . Makcik kedai ni sangat lah peramah okay, dia siap pilihkan menu yang cepat siap untuk kami lagi... 

Tuesday, April 10, 2012

Pening mak

Ikhwan ooooo Ikhwan… kenapa bah susah sangat mau behave macam abang ni.. Susah hati betul umi melayan karenah Ikhwan skg.. balik dari neseri.. UUUUMMMMMIIIIIIIII dok syinii ar. Sat lagi ayah dok syinii ar tgk upin ipin nannn dekkk.. pandai pandai lagi tuh pasang cd upin ipin sendirikk… aduhaiiii la anak.

Sat lagi pukul 7.30, uuummmmiiiiiiii dek yak… umi nak mandi aarr.. mandi sikit punya lama tu yang x tahan.. sementara Ikhwan mandi, sempat lah umi masak untuk makan malam. Tetengah mandi pun sempat lagi Ummmiiiii tomen dek ane? Kena lah Abang Aman yang hantar bagi otomen dek mandi.. Nasib baik skg ni Aman dah boleh harap mandikan adik.. itu kalau time baik. Kalau time gaduh, selagi x salam, selagi tu laju tangan Ikhwan tarik rambut, tarik telinga, cakar pipi Aman. Bila pegang tangan Adik, kaki tu sepantas kilat kuis abang. Reflex kot, pegang tangan dek, kaki dek naik.. aduhaiii lah adek.

Kalau bole, semua barang Abang, adek nak jugak.. bagusnya kalau ada ubat mengalah kan.. boleh bagi Adik makan. Asyik Aman yang mengalah, kesian gak.

Friday, April 6, 2012

ayoyoyoy

aik.. sukar dipercayai dan sangat tension pulak dengan blog nih.. chec.. apesal ko pi upgrade lak..

Thursday, April 5, 2012

Ayam Togel

Hahahahahaha... sakit perut tengok ayam Auntie Wagini ni.. Geli hati betol, nasib baik tengok gambar je, kalau tengok real, matai lah kena kilat..

Inilah rupa ayam togel itu.. ntah apa kejadian, sumpahan atau keturunan ayam ni.. ayam yang tiada bulu.. seksi weehhh... mesti cute ni kalau buatkan baju ayam.

kesian tau ayam ni kesejukan.. Kedai Auntie Long la tempat panaskan badan..

kredit pic to Emak Muda.. hahahahahaha kesian nem ni ayam