CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, September 28, 2011

Aidilfitri 2011

Gambar raya 2011 untuk kenang kenangan.. hehehehe.... lokasi adelah depan Masjid Apin Apin, selepas sembahyang Raya...


Sebab Kitorang x Jadi naik Gunung trusmadi

Punyalah lama kan... Hari ni baru keluar paper pasal benda ni... Frust tau sebab plan dari bulan 4 lagi.. Skali pulak, atas sebab dibawah, kami x bole naik gunung... tapi x pa jugak, Plan B, kami ke Sungai Padas ber"White Water Rafting".. best gilaaaa..


Tuesday, September 27, 2011

Kesian

Semoga….. keadaan semakin baik di masa akan datang…

Thursday, September 22, 2011

tidak ku sangka ini hasilnya...

Selamat hari Raya 2011...

credit pic to atuidtabasan
Nice Pic but sakit juga mata memandang.. hahahahahaha... kenapakah kau disitu wahai jejaka berbaju melayu biru... hahahahaha.. just joking

Tuesday, September 13, 2011

Ntah apa apa

Uwaa… sedih dan marah gila tau.. hari ni hari ke-2 masuk ofis setelah bercuti panjang lebih kurang 2 minggu.. Semalam bfast macam biasa kat opis dan saya memang ada komplen kat kakak buat air (Mynmar). Kenapa milo ni macam tak sedap. Bole tambah milo lagi skit x?.. oklah minum macam biasa…. Hari ni, sy beli nasi lemak dari luar.. order air Nescafe ais…. UEKKKK baru nak minum, tersedut lendir.. shit.. sy luahkan balik dan tekejut gile… KAHAK.. memang bangsat orang yang buat air tu.. sy bayar okay! RM1.50 untuk segelas Nescafe ais+kahak.. terus je sy naik atas dan muntah semuntah muntahnyaa.. sampai keluar muntah hijau.. ni nak citer balik pun rasa macam nak muntah lagi..

Lepas dah okay skit, sy turun dan tanya kakak café kat ofis ni. "Kak, siapa yang buat air saya tadi?. Apa yang saya dah buat salah sampai sanggup diorang ludah air saya? Kenapa sanggup bagi orang minum air yang ada kahak? Apa niat sebenarnya?" dan jawapan dia adalah simple "dik minta maaf dik, nanti akak siasat. X sangka pulak jadi macam ni. akak x pernah khianat orang macam tu walaupun akak memang nak sangat2 keluar dari sini." X kisahlah kak sape yang buat.. Allah maha melihat. Sy x kan maafkan orang yang ludah air tu dunia akhirat.

Selepas sejam, kakak tu call.. " dik, minta maaf sangat2.. memang akak (mynmar) tu yang buat air. Lepas ni akak janji x suh dia buat air lagi". Senang je kan solution dia… dah lah sy ni dah terminum air ludah pompuan bangsat tu.. senang senag ko minta maaf macam tu je.. cuba bayangkan apa perasaan korang bila terminum air yang bercampur dengan KAHAK hijau.. suka x? gembira x? bangsat kan? Dah lah menumpang Negara orang.

Sunday, September 11, 2011

Mama Punya


Hehehe... Milage 360 tau. Selama 2 minggu En. Jaie bawak si Urvan ni, Milage mencecah 2000km.. :) Dengan adanya Si Urvan ini, memudahkan perjalanan ziarah menziarahi Di hari raya kami.. kalau tidak, bawak kancil ajer kehulu ke hilir.. Alhamdulillah

Monday, September 5, 2011

Part Time Job & Air Terjun Mahua


1st job dengan Si Gajah Urvan. Agak agak kalau mau sewa Van di Sabah, silalah contact En. Jaie. hehehe.. Serba boleh dia ni tau, boleh jadi driver, tourist guide, guide gunung pun bole.. Hari Sabtu minggu raya tu, En. Jaie dapat job bawak orang dari Keningau ke Ranau seramai 11 orang. Erm.. masyuk jugak lah sebab perjalanan 2 jam dengan bayaran RM220. Boleh lah kalau di kampung kampung kan. apa ada kisah, isi minyak dalam RM50 saja.. Sambil sambil kami ambik kesempatan dating dating kunun.. 

dari kampung Durok sampai depan Masjid Ranau ni saja bah.. terus kami balik lepas lunch.. Nda tau di mana lagi mau dituju tanpa anak anak. Kalau Aman n Adik ada, bole juga bawak pg Kaki Gunung Kinabalu. Anak Anak tinggal di kampung, tolong nenek jual kuih di tamu.. hahahaha

tourist guide cum driver

tengah tunggu penumpang penumpang loading barang. yang dibelakang tengah perati tu si Ervin. Dialah yang bagi En. Jaie ini job..

close up skit driver for the day. 

jauh lagi mau sampai Kundasang ni. Kami ambil keputusan balik terus aja.

hehehehe.. speechless.. gambar kenangan dating berdua... HAHAHAHA.. ketawa guling guling

pastu kami try cari air terjun ini. Best juga kalau bawak Aman time ni. mesti seronok dia mandi air batu.. Sejukkkkkkkkk

Gambar dating lagik....


Air terjun Mahua yang unik.. Nyaman ma disini...terasa mau datang lagi bersama anak anak pulak.. haritu nda sempat sebab ada perosak plan cuti kami. Nda pasal pasal terpaksa kami pg Pulau yang kami nda teringin pun mau pg.. cheh.. Next time, nda mau ikut suda plan orang tu. Serik!! x best langsung!!