CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, December 25, 2012

Trip Santai Ulu Berakit - Jerangkang 21-23 Dec 2012 Part 2


Alhamdulillah sampai Camp Site lebih kurang pukul 5.30 pagi, Masih gelap lagi, En. Jaie dan co pilot gigih pasang khemah lebih kurang 6.30 masing masing sudah senyap belayar di alam mimpi. terjaga pukul 8.30 pagi, Abang Din merangkap Chef kami sedang menyiapkan hidangan pagi.. Cekodok Ikan Bilis.. pergh!! lawan dengan kopi o memang layan.. Khayal kami sekejap. 
selama 2 hari 1 malam kerjanya adalah, bangun pagi masak, makan, mandi sungai.. mandilah sampai kecut jari anak anak ku.. Aman dan Adik memang happy teramat sangat sampai hilang lah selera makan masing masing. nyamannnnn...............

Aman tengah siap nak terjun tiruk lah tu.. hahahaha

aku faham kenapa beliau termenung begitu... sangat mengkhayalkan okay disini.. dibuai rasa.. angin sejuk sepoi sepoi bahasa, gemersik bunyi aliran sungai.. perghh.. memang terbaik

kelab penglipur lara disitu. khemah kami anak beranak yang berwarna purple tu. rasa macam nak keluar kepala je nak join sekaki.. hahahaha... janggal lah pulak bila sensorang kau pompuan di situ. 

dapur 5 star kami dengan chef 5 star jugak..lauk sangat banyak kot sekali 





Abang Din yang punya




selamat kembali ke rumah masing masing.. lain kali kita jumpa lagi..

Monday, December 24, 2012

Trip Santai Ulu Berakit - Jerangkang, 21-23 Dec 2012

Trip Santai Ulu Berakit - Jerangkang 
Kelab Pajero Malaysia, Kerdau Adventure Team dan Raja Rimba
21 - 23 Disember 2012
Laluan Lite & Geli geli *bak kata Organizer dalam FB lah..
-1st Offroad Experience for Ummi, Ayah, Aman n Adik-

Bismillahirahmannirahimmm..  
Banyak cerita yang hendak di kongsi, cuma kekangan masa menjadi penghalang. Habis bertempiaran memori indahku.. Perjalanan kami bermula pukul 8.30 malam @ 21.12.2012 untuk berkumpul di BHP Tol berhampiran ol Gombak. Sebelum tu kena pick up co pilot a.k.a cameraman tak berbayar kami, Zul..

Sesampainya kami disana Adik Farid *(paling muda tuu) Abang Yus, Abang Din, Abang Pajero Merah sudah menunggu.. alamak, malu weh terlambat. Tak lama lepas tu barulah Abang Canggok muncul. Misi menunggu Cip dan Ranger Biru serta Aduka Putra pulak.. Last skali Cip KPM, tukar plan jumpa kat Tol Sri Jaya berikutan banjir di kawasan laluan beliau.. Peace.. pukul 11.30 Gerak dari BHP menuju ke Tol Sri Jaya, Konvoi bermula (Abang Din, Abang Yus, Abang Merah, Abang Canggok, Adik Farid) dan bergabung di tengah jalan dengan Aduka Putra dan Ranger Biru serta Abg Mazris.  

Sementaa menunggu geng yang lain, Aman sempat meneroka atap Pajero "Milik Dia"


Pukul 1 Pagi, singgah kopi kopi di RNR Temerloh.. Tengah malam Buta masih ramai di sini.. Tiada siang bagi mereka..



fengsan!! mata tak mau lelap di sepanjang perjalanan dek kerana radio Farid.fm

Pilot... Cayalah darling

Pukul 3.30 pagi di Tol Sri Jaya... Bergabung dengan Kerdau Adventure sementara menunggu Cip..

itu pun dia dah sampai.. Cip lampu banyak gilaaa.... 

sat lagi ngecass no... ni virgin lagi nih. belum pernah off road

taklimat serba sedikit..

yang ni dah selamat belayar


kami meneruskan perjalanan pada pukul 3.40 pagi... bersambung... daaa.....




















Thursday, December 20, 2012

Shopping Keperluan Sekolah Aman


3 Set pakaian sekolah Aman.. Baju, Seluar, Singlet & Stokin.. Beli di Kedai sebelah Family Store.. lupa nama kedai.. Baju dan seluar ada discount 10%. 
Baju cap canggih size 13 RM22.90 - 10% Discount * 3 helai = RM61.80
Seluar cap Canggih Size 22 RM32.90 - 10% * 2 helai =RM58.50
Singlet cap ayam size 26 RM9.50 *3 helai =RM28.50
Stoking pallas Jazz RM3.90* 3pasang = RM10.50
pencil case RM5
Baju Melayu cap ET RM25 sepasang = RM50
Samping = RM9
Beg Sekolah + baju sukan =RM130
Yuran Pendaftaran ABIM = RM480
Kedai Buku SK Bangi = RM70
File Pelajar S.K Bangi = RM25

.
Keluar kedai baru perasan ada kasut size kecik. sepasang RM25, beli 2 pasang saja dulu. Insyallah ada rezeki kita beli lagi ye Aman.. So, kasut RM50.00.

Jumlah keseluruhan untuk semua barang di atas RM978.30

Mak terkedu sebentar... OOOO mahal rupanya barang sekolah ni.. moral of the story, menabunglah wahai ummi... untuk pendidikan anak anda..


Happy Birthday Kakak

Bertempat di Satay Haji Samuri Kajang, Pada 20.12.2012, jemputan birthday party anak BFF Ayah kami penuhi. Cantik date 20122012. Genap 6 tahun usia anak En. Ijan, seusia Aman dan nampak kakak ni lebih besar daripada Aman. Sedangkan 10 bulan beza umur.

Birthday Girl yang happy.  


khusyuk beliau memerhati birthday girl tengah exited untuk acara tiup lilin

Antara jemputan yang hadir malam itu. Puan Adda bersama anak lelaki keduanya.


semestinya satay hidangan wajib. Alhamdulillah, kenyang satay malam tu..

Allah selamat kan kamu..

'diorang' sembang macam sudah sebulan tak jumpa. 


Sempat mak buyong ni makan satay, 2 hari selepas tu, alhamdulillah bertambah umat Nabi Muhammad.. Congrates kawan..

.
tuan tanah bersama baby baru. terima kasih kerana sudi menjemput kami sekeluarga.
 

Sempat singgah playground sebelum balik. 

Sunday, December 16, 2012

Weekend Hujung hujung tahun

Abang ada swimming class, adik mandi air paip jek..

selepas sebulan, up 1 level.. Yellow 1

habis swimming class terus ke Mines. Parking je sebelah kedai mamak Maulana, KTM Serdang, semata mata menurut kehendak Ikhwan mau naik boat.. Ikutkan, dia nak naik tren.. Mak tak larat dik ooii..

Seminggu Abang Aman dok mujuk datang sini. Bigbadwolf.. berbaloi untuk penggemar buku disini..  novel melayu n omputeh RM8. Buku buku kulit tebal RM40 kebawah.. sempatlah rembat 2 buku resepi, buku Aman 3 buah dan untuk adik 1 buku.. Tak sampai RM40 pun..


Next week Abang Aman dan Adik nak pi camping kat Jerangkang, so Ahad pun kena swimming jugak.. kelas ganti la kot..

Peace!! penat swimming, ummi ke Alamanda  pula. nak beli barang camping katanya.. selamatlah weekend kami tanpa tidur siang. Bak kata Aman, ayah ni asal cuti je tidur.. Asyik tidur je.. Aman bosan lah kalau kena tidur. "Nanti dah besar, Aman akan tau juga Nikmat tidur siang" hehehehe.. bosan lah tu kat neseri wajib tidur siang..

Friday, December 14, 2012

Bye Bye Kak Rafidah..


Bertemu dan berpisah adat manusia biasa, hilang di mata tapi di hati tidak lupa...
Setelah 4 tahun bersama dengan Kak Fidah, akhirnya kami berpisah jua.. Congrats untuk mu kakak. Selamat menjalankan tugas sebagai Ketua sana Kak. Semoga jadi bos yang terbaik.. i'll be missing u kak..

Sunday, December 9, 2012

From Bentong With Love


 Pengalaman Manis bila dapat ikut My BFF balik kampung ayahanda nya.. Sampai lebih kurang pukul 1, budak budak terus mancing semntara Mak mak, pak pak and tok tok petik buah dan makan buah buah termasuklah durian.. 

sementara tunggu Auntie Zila panjang pokok Dokong, Aman dan Abang Adam usha dulu sungai ni..

tetiba bukak baju, terjun sungai.. tak boleh nak kata apa dah... tengok ajelah... dengan Ummi Ummi skali basah..


Malam Penghargaan 2012

with my BFF. Satu satunya gambar kenangan saya malam tu.. 
Lesson for the day "Lain kali, kau jangan Make up Ina, macam opera la". Mukaku kurang sesuai untuk di make over. sekian, ok bai..

Saya Menang PSP


Lucky draw for Annual Dinner, mak menang PSP. Of Course la PSP tu untuk Aman. Mak tak reti main benda alah ni. Kalau menang Samsung S3, Galaxy Note ke mak reti la.. Apa pun, Thanks a lot my Majikan..

Saturday, December 8, 2012

"Juara Sebenar" Explorace SKMM 2012


Alhamdulillah... walaupun bukan pemenang, tapi kami tetap "Juara Sebenar".. Tempat Ke-3 jatuh kepada kumpulan "Juara Sebenar". Medal & Voucher RM50 untuk pegalaman dan Team work kami hari itu.

BESTTTTT WOOIIIII

Friday, December 7, 2012

Explorace MCMC 2012


layan lah gambar dulu...



juara sebenar