CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, May 31, 2012

Aman di Kebun Sayur Nenek

Gambar raya tahun lepas. Maklom lah kan baliknye setaun sekali je. Harus lah gambar melambak lambak dan hampir tak perasan kewujudan gambar gambar yang amat banyak termasuklah gambar ini.. 

anak anak ni memang berkepit saja kerjanya bila jumpa.. macam kembar siang..


Aman si anak kampung

aley pun anak kampung.

suda collect duit dari kebun, singgah sat minum di Rahmat. Makan roti canai sorang 2 keping.. burp... alhamdulillah..

Pas tu kerjanya selama 2 hari berturut pi rumah tailor amik baju raya mama yang tak siap siap. sampailah hari ini masuk bulan Jun 2012. Lepas ni, jangan hantar upah baju di sini lagi tau Mama... 

Wednesday, May 30, 2012

Merah dan Biru



Bagai aur dengan tebing. Biarpun sentiasa dibuli oleh adik, Abang Aman tetap mengalah walaupun KADANG KADANG Abang Aman naik angin. "Woi budak kecik, jangan lah" macam lah Abang Aman tu besar sangat. Ummi doakan Abang dan adik saling melindungi antara satu sama lain sampai akhir hayat, Ummi doakan Allah memberkati umur  Abang dan Adik, dan ummi doakan 2-2 anak ummi jadi anak soleh.. Aminn

Tuesday, May 29, 2012

Suka Kacau Abang Aman Solat



Adik Ammar suka kacau Abam Aman solat. Tiap kali Abam Aman solat, dia akan dok tukar tukar songkok ngan Abam. Nanti time doa, Adik Ammar suka dengki kat Abam. 2-2 ni mesti dok pangku ayah. pas tu dushhhhh gusti 2 beradik.. Nanti yang nanges dan kena marah oleh ayah? Abammmmm jugak

Monday, May 28, 2012

Ujian Kemasukan Tahun 1, Sekolah Integrasi Bandar Baru Bangi 2013

26 Mei 2012, Kelas 9 @ Sekolah Intergrasi Bandar Baru Bangi.
Zaman sekarang ni, masuk Darjah 1 pun ada ujian kelayakan tau. Dont play play aaa... Kami bawak Aman mencuba nasib di sekolah ini, Walaupun harapan agak tipis memandangkan orang yang amik ujian ni ramaiii sangat, usaha tetap usaha. Ummi doakan yang terbaik untuk Aman. Kalau dapat masuk sekolah ni, syukur alhamdulillah...

Semangat tetap semangat kan Aman. Besar betul pensil box Aman, isinya cuma Pensil 2 batang, getah pemadam dan sharpener.. 

Sangap menunggu Abam Aman test, kami duk di sini setengah jam, trus keluar jalan jalan tanpa tujuan.. Dok melangut x buat apa apa terasa lambat betul masa berlalu, sekali pegi kedai bakeri, hambek kau setengah jam rasa macam 5 minit je.. hehehee.. manusia manusia...

Friday, May 25, 2012

Ammar Ikhwan


Ammar Ikhwan 2 tahun 7 bulan. Aman waktu umur macam ni sudah tidak perlukan diaper. Adik ni agak manja dan malas skit untuk membagitau ummi dia yang dia nak pipis atau yak... ermm... pelan pelan kita ajar a maah...

Aik sama..



yang kecik 6 taun, yang besar 8 taun..

2-2 suka makan mamee dan suka mandi kolam.. hahahaha.... 

Thursday, May 24, 2012

Taska di hatiku


Kredit Pic to FB Cikgu Umul.. Sorry ye Umul akak amik gambar ni tanpa kebenaran.. Anyway, thanks a lot sebab jaga anak anak akak dengan baik dan penuh kasih sayang.  Gambar kawan kawan adik Ikhwan di Taska. Pinkies itu yang duduk di sebelah adik ialah,  kakak Rina yang berumur 3 tahun time ni kot.  tak ramai sebab yang lain semua pg Tadika.. 

macam mana anak ummi ni macam takda rambut dalam gambar ni aaaa... Pening mak tengok.. Adik ni suka dengar cakap cikgu kan Ikhwan.. Minggu lepas asyik nangis malam, skali cikgu pesan "dekat rumah jangan naaaaa" nanti adik sambung ngisssss.. Bila adik nak start nangis kami laki bini pulak yang akan petik cakap cikgu "adik, cikgu cakap kat rumah jangan naaaaaa" adik akan sambung ngisss dan terus stop nangis.. hahahahaha


Saya Masa Kecil




Masa mula mula tengok gambar ni, terasa macam tengok gambar sendiri sewaktu masih kecil. Sebenarnya ini gambar Ammar Idlan masa lawatan sambil belajar bersama Umi, ayah dan adik di Planeterium Negara tahun lepas. Sama sebijik kot sampai sendiri teruja tengok gambar yang disangka gambar sendiri versi moden. Yalah kan, dulu dulu dalam umuran mcam ni, paling jauh pun pegi KK saja. 

Sunday, May 20, 2012

Lawatan Sambil Belajar, Pasti Al Faizin 2012


19 Mei 2012 @ Aquarium Shah Alam, Masjid Shah Alam & Muzium Kesenian Islam Shah Alam

Aman dan kawan kawan yang sentiasa happy sepanjang lawatan. 

Naik bas sejuk lah pengalaman paling menarik untuk Aman. Cerita bas sejuk lawatan tahun lepas pun tak habis lagi okay. 

Yang ini dekat Library rasanya.. Maah escort Aman time ni walaupun tanpa kerelaan Aman.. hahaha... berangan nak pegi sendiri lah tu.

di Muzium Kesenian Islam *rasanya*

Gambar semua di cedok dari FB Maa'ah.. Tenkiu Maah sebab sudi ikut Lawatan Aman yang tak seberapa ini. Menurut kata Maa'aah, aduyaaiii... nasib baik Maah tak jadi cikgu, pening melayan karenah budak budak yang bermacam macam peel... hehehehe... 

Tuesday, May 15, 2012

My Happines....



Happy 7th Anniversary Abang.. 7 tahun sudah jadi teman paling setia di masa senang dan susah..  i love you very very much... Semoga kekal abadi hingga ke jannah.....


Wednesday, May 2, 2012

Gunung Murud 2012

Alhamdulillah En. Jaie & the geng selamat menawan puncak Gunung Murud walaupun banyak cabaran getir yang diorang tempuh.. tak sabar menunggu full version cerita Gunung Murud ni esok.. urmmm