CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, November 30, 2010

SNTN

Sesungguhnya, ini percubaan kali ke lapan puluh aku diet.. Kali ni aku nak fight ngan bloger lain yang memang nak selim melim.. Masalahnya disini, bole kah aku hidup tanpa nasi selama 60 hari? bole kot... bole blah.. kalau terout?? Mesti emak muda orang yang paling banyak bunyik mengutuk aku.. takpe, aku cuba untuk kali ni.. Abang pun sudah hin hin, waaa... suda kecik laaa itu baju.. u pakai macam nangka bungkus... alolololo... keciknya hati.. takpe bang, tunggu 31.01.11.. mesti ai dah kuyus mcm daphne iking.. kihkihkih..(gelak mcm ponti anak)

eh.. macam mana mau link blog penganjur eh??? tetiba rasa macam x brapa pandai!

Monday, November 29, 2010

.:Aten Balik Kampung Sudah:.

Setelah lebih sebulan Aten tolong jaga Aman dan Ikhwan, hari ni 27.11.10 bersamaan hari Sabtu Flight pukul 8.55pagi, Aten flyyyyyyyy balik Sabah sudah.. Kami bangun seawal pukul 5.30pagi, dan malam tu tidur lebih kurang pukul 1pagi (besembang x habih habih) kemas apa yang patut, then btolak dari rumah pukul 7.00 pagi.. Awal kan, ekceli kami singgah 7-E nak beli roti.. Malangnya, stok roti belum sampai....Sampai KLIA dalam kul 7.45pagi


di sini, kami senyap sunyi... masing2 melayan perasaan

Aman yang terpinga pinga... bangun tidur eh.. apasal Aman ada ka epot ni??? pst... Aman x mandi..

Yang ni lagi la tekejut... Bangun2 dah ramai orang kat keliling..... Aten yang dah start sedih..
Ni belum Sedih lagi ni.. tgah gelak2 bagai

Nampak tu... Aten kat depan Mat Salleh..Dia x perasan kami kat tepi tgk dia...

Skali dah perasan... Meleleh!!! biasalah Aten tuh..

Aman Sebelum rindu Aten.. Suka Sebab dapat lepak playground..DAN.. Aman dah janji x nak nangis..

Ayah, Abang dan Adik...

Aman yang exited tunggu lift..

Dah sampai rumah, 2 hari kami melayan karenah adik yang kuat mengamuk.. Asal mengamuk, kami bawak masuk bilik Aten. konfem Adik senyap.. Adik dah pandai rindu Aten, dia kenal bau Aten, dia tau Aten dah balik kampung... ATENN.... Makasih banyak banyak sebab sanggup bekorban jaga Aman dan Ikhwan.. Kalau bukan Aten, ntah macam mana la Aman ngan Adik melayan Chiken pox kan.. Terima Kasih banyak banyak.. Aten, Saya sayang kamu dunia dan akhirat...

.:Aman nak Skolah:.

Taun depan Aman dah 5 tahun. harus masuk pre school.. Kami sudah survey pre-school kat kawasan BSP. Memang banyak choice, dari yang murah sampailah yang mahal. Survey punya survey, kami dah sepakat nak hantar Aman ke !#$% Nanti lah kalau dah dapat surat confem dari sekolah tu, baru kami cerita yee nama bakal sekolah Aman..  Register sudah, tapi belum official lagi lah.. gambar pun belum pass lagi kat Cikgu. Insyallah bulan Dis ada perjumpaan ibu bapa dan guru, then boleh lah pass gambar di bawah untuk tampal kat buku rekod Aman..Punya lah susah mau snap gambar Aman..  yang ni je paling OK. yang lain KO. hehehe.. Peace no war!!!


Friday, November 26, 2010

semut gigit..


Auchhh.... macam sakit gila kan... padahal kena gigit semut aje.. Aman dan Adik ni bajet mentenen mahal. skit sikit elegik, semut gigit pun bengkak macam ni..

ini baru semut gigit..

2 hari baru ilang bengkak..

Thursday, November 25, 2010

Adik sudah demand

Semalam kami ke Carefour.. Cik Ann nak borong cekelat untuk anak buah kesayangan yang nun jauh di Kampung.. Almaklumlah, Cik Ann kan sudah mau balik Sabah Sabtu ni.. uii tak sanggup menghadapi perpisahan yang macam ni, sure sebulan baru ilang rasa sedih hati ku yang lara.. Sure sebulan aku tak bole masuk bilik dia, sure sebulan aku tak bole makan makanan kesukaan dia, sure sebulan aku tak lipat baju..

Lalu depan spek bebudak, Ikhwan: Naaa, nak nak nak. sambil tunjuk tunjuk Spek. aku bagi dia pakai.. amboi.. bangga gila tu pakai spek. Sila abaikan baju Ikhwan ada muntah..

Naaa... nak nak nak, sambil tunjuk2 benda alah ni dan berlari nak naik bas skolah ni..

Nak nak nak, naik Ambulance pulak...

Sementara tunggu Cik Ann aka Aten beli slipper chantique dia...

Wednesday, November 24, 2010

Sabtu yang lepas

Saja jalan jalan Sogo. Abang ke opis hantar Gitar buruk kesayangan.. Kebetulan malam sabtu aku mimpi ada indon amik gitar buruk dia tu.. OOO rupanya dia nak hantar kat opis...


 Pencarian kasut Cik Ann bermula.. adik yang over exited tengok kasut2 pompuan

Abang Aman lak over exited amik gambar ummi.. malu tau Man.. At last dapat juga Kasut Idaman, tapi lupa nak amik gambar..

Aman: Ummi, amik gambar Aman mi..
aku tak tau apa motip Aman nak gambar kat sini.. layankan je la..

pas tu bole possing kat gambar ni pulak.. Malu la Man... isyyy.. budak ni

Lepas kenyang melantak kat Food Court Sogo kami ke sini.. Tempat Aman membesar.. mula mula bising mulut Aman membebel.. pot pet pot pet....

Dah sampai depan ni, tiba tiba dia senyap, sesenyap2 ummat.. aku dah agak, mesti pas ni dia melalak sedih..

Kan betul... Aman sedih sangat sangat.. Rumah kita dah ada orang lain duduk. Aman rindu rumah lama

Sepanjang jalan bad mood... Ingatkan nak balik rumah terus.. nak rehat rehat la konon.. sudahnya, ayah Aman bawak lepak kat Kelab Komuniti Cyberjaya.. NAK PUJUK AMAN PUNYA PASAL TAU...
Tetiba je Aman dah tak sedih..

Bas itu sangat laju

Jumaat lepas 19 Nov 2010 @ PLUS Hway..



seawal pukul 6.50 pagi, tengah syok melayan aiskrim malaysia.. (Sanquick + asam boy) tiba- tiba....

Aku ternampak satu bas memotong kami... bedesuuppp... laju gileee....

Bang kejar bang, kita tengok berapa laju dia bawak...

tak tekejar bang, sedangkan meter kereta dah takat ni... aku rasa mesti dia pecut sampai 160/h kot...
itulah sebabnya bas selalu je eksiden..

.:Diet ooo diet:.

Sepatutnya hari ni sesi timbang menimbang... Aku takut nak timbang.. uwaaa... aku bencik penimbang... sebabnya....pagi tadi aku bersungguh2 melantak makanan dibawah ini..


Nasi ooo nasi... kenapa kau sedap sangat??

Monday, November 22, 2010

Cerita Open House KPKK yang sudah bangas


28.09.2010 @ Jalan Conlay. my 1st time pegi jamuan seumpama ini. Agak jakun, dan best jugaklah.. Hehehehe..2.30pm-6.00pm jaga satay sebanyak berpuluh ribu cucuk satay.. Sumpah! pas tu seminggu x bole tengok satay.. Muak tahap max.

 gambar kenangan dengan Naser Wahab.. Tekejut gak, dia ni macam sombong skit.. Mungkin sebab kami kami semua bukan seksi meksi kot.. (andaian sendiri)
 Datuk Henry Goh (eh, kalau x silap la) yang ni seporting gila..
Senator Jins Shamsudin pun sangat sporting.. Tak sombong walau dah bergelar Senator.. Syabas datuk..

 Shila, dik firah punya besfren.. Dari kcik sampai besar diorang ni berkawan di alam maya..
ni pula, sapa nama tah.. yang aku tau dia ni abang Ariel AF. (bukan Ariel Peterpon) sila abaikan aku yang sedang mengembang macam bunting 10 bulan.. ilusi semata mata..

Yang ni artis dia adalah, Tuu yang kena suap makan satay.. Kak Sinar

Yang ni pla artisnya ialah yang berbaju hijo.. heheheee

*Bangas = Basi

Aku Kaciwa

"sebenarnya ni entry Jumaat lepas"
Frust betul Ethan and Khairie dah terkeluar dari TARA semalam.. Uwaaa... emo melampau sungguh tau. Ann pun ikut emo jugak. aku rasa mesti diorang ralat dengan silap pilih lencongan semalam.. Choi!! matai la pilih Kubur

 Ethan c gembala kambing.. dah terkeluar la pulok.
Richest Team.. yang ni ai don laik
ai laik.. go Jess n Lani
Natasya ni asik buli bapak dia jee...
Skg ni Fav team aku and adik2.. Sebabnya, diorang ni kamcing dengan Ethan n Khairie... Go Claire and Michelle...

Thursday, November 18, 2010

Ikhwan Setahun Sebulan

Ikhwan dah setahun sebulan. Ikhwan busyuk ummi dan Ayah sudah tidak kuat menangis macam dulu dulu. Minggu lepas amik injek setahun (MMR kot) dok tak bagi Chiix Pox coz dia dah kena.. Timbang? alahai baru 8.4kg.. banding anak Mimie 7.4kg @ 3mth.. Baka umi kecik kecik je...

Ikhwan dah pandai shuffle macam abang Aman.. Hahahahaha, tak kira jatuh banyak kali pun dia tetap shuffle, hentak hentak kaki je pun dia dah perasan pandai shuffle dah. Ikhwan suka makan ayam, bayam, putu mayam semua yang berkaitan yam yam lah.. setiap kali nampak orang lain makan, dia mesti nganga mintak suap walaupun dia baru lepas makan..

Abang Aman lak suka sangat buli Ikhwan. Asal nampak adik dia je, dia ajak main, tumbuk tumbuk lah, geletek la.. sikit2 dengar suara nyaring Ikhwan menjerit... kekadang steress gak, tapi kalau budak2 ni tido, sunyi la pulak..

Rambut Ikhwan dah panjang, nak suh abang potong. Tapi dia tak nak potong. kang aku cukur kng baru tau.

Bikin Panas!!


Dulu aku penah citer pasal satu Klinik Islamik (iya la sangat) kat BSP ni. Aku dah sumpah takmo jejak klinik ni lagi. Mahal nak mampossss!! Dah la mahal, bukannnya pakar pun. Perasan hebat doc dia ni. Kalau becakap, bukan main lembut gigi dari lidah. Tapi… perangai, ya ampunnn…. Memang menjengkel kan.. Tak padan dengan perawakan alim .. Ko tunggu je Doktor, aku tak halal dunia akhirat apa yang ko charge lebih kat aku eh..
Aku dah lupa sebenarnya dengan Klinik mahal nih, sampailah satu hari tu aku terbaca satu treads kat forum BSP. Tajuk dia macam ni "apa pendapat anda tentang klinik A*&^%#$#?" (aku bajet nih mesti doc ni yang buka tread ni) Kebetulan lak dalam ramai2 yang komplen tu, ada sebilangan yang komplen mahal. Aku pun bantai la post (meluahkan pendapat la ni). Reply aku berbunyik macam ni "Doktor memang baik, Cuma yang tak tahan, bila dia charge mahal sangat2. Habis medical saya setahun, dalam masa Feb-July". Itu kan pendapat dan bukan pitnah kan????

Dan dan petang tu dok call my hp. Dalam hati ni dah terdetik dah, apesal lak dok ni call? Dia baca ke komen aku nih? Ok lah aku angkat.

Dok: Hello pn. Salina

Me: ye saya. Ada apa dok? (baik2 lah konon angkat tpn nih, padahal dalam hati memang bengkak je ngan dia)

Dok: Puan, hari tu puan ada mintak HPV kan? Hari tu saya dah tercharge lebih. Sebenarnya jab tu RM200 je, tapi hari tu saya dah tercharge RM400. Bila bole datang klinik amik jab hpv lagi? Sebab puan sorang je yang request hpv ni. dah nak expired la puan. (W.T.F aku sorang dari beribu orang penduduk BSP yang amik jab ni, time ni aku dah saspek dah. Ni mesti dia dah baca komen aku. Ko apehal, dah aku komplen baru beria sangat nak bagi HPV tu kat aku balik?? Awat ko tak deduct kat bill aku yang lain. Gaji aku kena potong ok!! 3 BULAN OK!!, lagi satu, tak ke BODO aku nak gi amik lagi jab tu sedangkan aku patutnya amik jab tu bulan 5 hari tu. 6 bulan yang lepas, baru hari ni ko nak offer?? Aku memang angin gile masa ni. Cik Abang pun sama gak bikin panas..tengah2 doctor tu call, bole dia mengamuk sakan suh cakap doktor charge memang mahal.

Me: tak pelah doctor. Buang je la, lagi pun dah lama sangat saya tetinggal jab tu. Buang saja. Saya takmo.

Dok: sayanglah pulak. oklah salam…

Cerita tu tak habis disitu je.. hari Senin hari tu, aku bukak balik treads tu, ooo ada orang nasihatkan aku rupanya, dia tulis cam ni "Biasanya klinik panel charge mahal skit banding kita bayar sendiri"
Aku balas balik, kok ye pun janganlah mahal sangat. Bagi saya klinik ni mahal. Aku klik post je, berdering2 hp aku dan phone opis skali.. mau 20 kali kot dia call.. aku cuak gak. Malas nak angkat. Last2 dia call Cik Abang… nak tau dia cakap apa "DIA NAK BAWAK BENDA NI PADA PIHAK SEPATUTNYA" Ala ala nak cari peguam la kot…. BODO!! Aku tak pitnah ko ok.. aku cakap yang benar dong. Ko memang cekik darah.. takpa, ko makan lah duit kami orang susah. Mudahan ko cepat kaya dan cepat lah jugak ko kena dengan orang lain… Jangan lupa ye, aku takkan halalkan bagian aku tu..

Cik abang jawab macam ni aje "takpelah, bawak jelah, tapi yang pasti klinik ni memang la mahal. Terlalu mahal mengalahkan specialist. Setakat sakit mata pun charge sampai RM80"

Dengan berat dan bengkaknya hati ini, aku terpaksa DELETE komen aku tuh. Bukan takut kat doctor tuh tapi, malas nak panjang panjang dan kami ni bukan berduit.

Apa yang aku rasa doctor ni x betul:
  • HPV charge RM400/ jab
  • Synflorex RM250/ Jab (Ikhwan amik from 5month, patut ikhwan amik ikut jadual nih
    1st jab: 19.03.2010
    2nd jab: 19.05.2010
    3rd jab: 19.07.2010
    Booster: 19.01.2010.
    Tapi tau tak jadual DOKTOR tu bagi macam ni:
    1 jab : 19.03.2010
    2nd jab: 19.04.2010
    3rd jab: 19.05.2010
    Booster: 19.11.2010
    Aku dah rujuk dengan doctor lain, dia pun pelik apesal DOKTOR yang blagak specialist tu bagi jarak dekat sangat kat Ikhwan. Bagi aku senang je, dia nak duit masyukkkkkk!!!!
  • Aku kalau g klinik ni, kena sign siap2 borang panel.. heh (yang ni aku rasa kebodohan sendirik, aku pernah sign 13 borang untuk sekali rawatan, alasan dia takut tak leh claim kalu amount banyak sangat)
  • Aku penah check inbois klinik ni dulu, ada satu borang tu yang bukan aku sign,. Obviously, sign ciplak..
Nama macam islamik giler, perawakan macam alim giler tapi mencekik darah orang!!

*ok dah kurang skit bengkak hati ku ni..tak tau nak luah kat sape. dah luah kat sini kira tlepas la gak bebanan kepala otak yang berserabut ini..

Sunday, November 14, 2010

Semuanya nak "A" jer

Huhuhuu.... tergelak besar tengok cerita ni. tiba tiba je terkenangkan seseorang yang pernah aku kenal dulu... sejibik gaya Armantino. Tapi, taklah melampau sangat macam Arman. hehehehehehehe... Orang macam ni kena ikut je rentak dia.. kalau layan sangat kang kita pun jadi biol.

Kelakar tau orang macam ni, kekadang diorang lupa apa yang pernah diorang cakap sebelum ni.. yang lagi parah bila terkantoi, terpaksa la cover lak pas tu... tak malu lagi, kejap cakap macam ni , kejap cakap lain... alahai.... kan malu cam tu.. baik jangan cakap benda yang x de... penat tau cover tembelang..

Friday, November 12, 2010

Kenang Kenangan

11.11.10 @ T.I.P
Tak pernah terfikir sebelum ni nak amik gambar INI! dah tak full bf baru hegeh hegeh amik gambar INI. Kalau dari dulu amik gambar mesti sendirik bangga kan. Takpe lah as long ada amik gambar kenangan pun dah cukup baik. Ini adalah production semalam time balik keje. X banyak coz banyak kuar peluh. Semalam kan men futsal kunun..

untuk sekali minum ajer... ini pun tak cukup lagi tau..

kena topup dengan Susu ni.. Beli tin kecik ajer..
*kredit to google image

Sempat jer Posing

11.11.10 @ Kelab Komuniti Cyberjaya


Kemain lagi mak-mak orang ni posing sebelum main tau..
Azra the great jadi warden penjara

Pas tu main tanpa warm up, cramp!! ... hehehe( aku la tuh)

memasing muka macam orang minyak.. Peace tu yang penting..

Thursday, November 11, 2010

Abang dan adik yang suka bekuntau

10.11.2010 @ TIP


Tiap malam ummi kena teman Aman tido kat bilik dia. Nilah keje Aman sebelum tido..

Ada hati nak angkat adik tu

Senyummmm....

Adik tak suka la abang kacau..

Adik suka main cak cak macam ni...

Lepas puas begasak adik beradik, Aman mesti cakap macam ni : Ummi, aman nak susu. buat panas skit ye ummi. bila dah dapat susu: Ummi baring kat sebelah Aman, Aman nak bawing kat tangan Ummi. iyekan je la.. dah nama pun anak kan. sehari x bau ketik ummi x bole kot.

teringat lak dialog Aman semalam, 10 kali dah Aman tanya, mana ayah ni tak balik lagi...

Ummi: Ayah keje, cari duit untuk Aman skolah.
Aman: Ayah ni memang tak sayang Aman, selalu je balik lambat. Kang Aman lari rumah kang!
Ummi: !#$*&^"}

semua ni FUKUCHAN punya pasal