CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, June 20, 2013

TQ Darling, Belanja Burger King

nyum nyum.. tq my bff. u sorang je yang selalu ingat besday i. u je kawan i yang akan belanja i makan makan besday. itu sebab i sayang u sangat. muah muah muah...



BFF di kala susah dan senang... TQ TQ.. muah muah.. Ya Allah, ku bersyukur dikurniakan kawan kawan yang baik baik di sekelilingku. permudahkan lah segala urusan beliau. Amin..

paling special, dan paling banyak gula.. walau pun u tau i selalu mengelak makan manis, tapi u beli jugak kan. Saja nak kasi i gemuk. mentang  mentang lah u selim.. heheheheh

Sunday, June 16, 2013

Selamat Hari Bapa

Sedihnya lirik lagu ini.. 
Masih segar dalam ingatan saat arwah bapa menghembuskan nafas terakhir di hospital Keningau.. Andai, bapa masih ada saat ini, teringin betul memeluknya dan teringin betul bagi Aman dan adik duduk di kampung dengan atok.. oh... rindunya panggilan "Nong" dari bapa... 

Selamat hari bapa juga pada Ayah kepada Ammar Idlan dan Ammar Ikhwan. Terima kasih kerana menyayangi kami sepenuh hati Abang. Terima kasih kerana menjadi ayah yang terbaik buat anak anak.. we love u so much Ayah! 


Ayah - The Mercy 

Dimana, akan ku cari
Aku menangis seorang diri
Hatiku slalu ingin bertemu
Untukmu aku bernyayi

Untuk ayah tercinta
Aku ingin bernyanyi
Walau air mata
Di pipiku

Ayah dengarkanlah
Aku ingin berjumpa
Walau hanya dalam
Mimpi..

Lihatlah, hari berganti
Namun tiada seindah dulu
Datanglah, aku ingin bertemu
Untukmu, aku bernyanyi
Untuk ayah tercinta

Aku ingin bernyanyi
Walau air mata
Di pipiku
Ayah dengarkanlah
Aku ingin berjumpa
Walau hanya dalam
Mimpi..

Thursday, June 13, 2013

Trip 4 x 4 ke Air Terjun Harimau Berjemur

D'Harung 4 x 4 Adventure & Malaysian 4 Wheelers
31 May 2013-2 Jun 2013
14 kenderaan dan lebih kurang 40 org perserta termasuk seorang wartawan dari Majalah Libur.

berkumpul di dengkil Centre Point pukul 10.30 malam

flagg off by YB kawan Dengkil, Tuan Shahrum Mohd Sharif tepat pukul 12 malam. Bungkusan Pink tu, bekalan kuih sepanjang perjalanan. Kuih karipap, keria, kasturi, cucur badak. Semua sedap sedap. Terima kasih pada yang memberi.

Pukul 3.50 pagi, pit stop seterusnya. 

pagi selepas tidur tidur ayam je di kenderaan masing masing.. Sedondon walau tak janji dengan Cik Liza ni.. 

permulaan Offroad kami.. pokok sawit yang tengah membesar.. 

laluan tinggal kami tempuhi. Kebetulan hari ni cuti DYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Bday, jalan yang sepatutnya dan laluan lebih mudah ditutup..Bermulalah cabaran kami di sini.. 

sangkut sikit sikit tak pa... ni masih ok lagi nih.. 

Sungai pun kami tempuhi.. *jambatan runtuh..

sementara menunggu semua kenderaan melepasi halangan ala ala ringan ni, kami dok lah meniti balak.. 

rupa rupanya halangan sebenar, tak jauh dari jambatan yang dah runtuh ni.. semua dah mula turun buat site visit.. 

budak budak dan kakak budak pun dah bukak tikar.. dapur bergerak pun dah start bukak dah, nugget sebungkus, cekodok sekilo, dan kopi O sejag besar.. 



inilah halangan sebenar.. lapar dan dahaga jangan cakap lah, demi melepasi halangan ni. Kerjasama sepasukan tu yang paling penting. Tanpa pengalaman dan kerjasama dari semua pihak, agak mustahil untuk melepasi selut ini.. teori Pair to Pair *idea ketua rombongan  memang sangat berkesan.. Alhamdulillah, kami group yang pertama melepasi halangan ni,  berjaya sampai ke tempat yang di tuju pada pukul 7.40 malam, dan di ikuti yang lain lain 30 minit selepas tu. Selesai mandi dan dinner, kami pun tidur dengan nyenyaknya di sini.. Nyaman...


selesai sarapan pagi, trekking sikit, alhamdulillah, sampai jugak kami anak beranak di sini.. subhanallah, Betapa indahnya ciptaan Allah. 


usai mandi, layan jungle jamm pulak. 


Aman dan peserta konvoi paling comel.. Chicko!!!

kepuasan melangkaui keletihan yang kami rasa.. Terbaikk!! semoga ini bukan yang terakhir untuk kami.




Wednesday, June 12, 2013

Netbook 1 Malaysia




alhamdulillah... dapat netbook percuma dari big boss.. Terima kasih boss.



Tuesday, June 11, 2013

Sepetang di Avillion, PD

Hotel sangat cantik, tapi yang ni bukan trip holiday..  kena kerja wooo... angkut anak anak dan ayah anak anak sekali.. takut wooo tidur sensorang bilik besar macam ni.. Apalah sangat PD dengan BSP kan. 30 minit, sampai sudah.. Terima kasih abang, temankan isterimu ini tidur malam di kejauhan.. 
jom tengok gambar saja, malas nak letak caption.. 







bapa dan suami mithali, bangun awal pagi, hantar anak sekolah, pastu baru pi kerja..

ummi ada kerja sikit, Aman dan Adik blajar swimming k.

bos cakap, cantiknya... terasa macam berada di obersi pulak.. memang cantik la..

Sunday, June 9, 2013

Aizatul Wahida Datang Lagi


Aizatul... tahun ke-2 jadi wakil Negeri Sabah untuk pertandingan Hoki bawah 14 tahun yang di adakan di Melaka. Alhamdulillah, jadi juara menentang Negeri Perak. Ralat juga tidak berkesempatan menonton perlawanan akhir dia. Sempat bawak Aiza makan KFC di KLIA saja. 


Aman & Adik with cousin. Tahun ni UPSR, semoga Aizatul suksess dalam bidang hoki dan juga akademik. Ya Allah, permudahkanlah urusan anak buahku Aizatul Wahida dalam menjalani Peperiksaan UPSR.


Saturday, June 8, 2013

Hantu cekelat

Aman dan adik ada banyak perbezaan. Aman kurang gemar makanan atau minuman yang manis. Jarang benar rasanya Aman minta belikan aiskrim, gula gula ataupun colekat. Yang Adik, hurmm... tengoklah gambar bawah ni, kalau bukan cokelat, aiskrim cokelat, tak pun roti cokelat. Bikin risau umi dan ayah.. 


1 bar cokelat, untuk orang lain, tapi Adik nampak dulu.. makan sampai terlelap lah gamaknya.. alahai anak mama. *suka sangat panggil saya mama semenjak dua menjak ni.. sampaikan bangun tengah malam pun panggil "mama, mama".. 

Friday, June 7, 2013

Aman dan Taska

 Bila demam, Aman mesti akan duduk Taska dengan Adik, walaupun memang amik  day care package di ABIM. Cuba tengok gambar ni.. Seminggu MC, seminggu juga dok jadi ketua darjah di sini. hehehe

otai lah katakan...  hahaha.. budget budget  jadi ketua kelas lah kan Aman..

Peace Aman... Marah pulak ummi amik gambar candid dia..

Monday, June 3, 2013

Selamat Pengantin Baru Ren & Joe

03.06.2013

Selamat pengantin baru Ren dan Joe.. Semoga bahagia hingga ke jannah dan cepa cepat dapat baby..