CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, March 2, 2010

Hari-hari terakhir @ Desa Petaling A15-11

Hi All,

A15-11 rumah sewa pertama yang kitorang duduk setelah bergelar suami isteri. sebelum ni memang duduk wif MIL @ Taman Midah Cheras or FRIM. 9 Feb 2006 tarikh rasmi kitorang duduk rumah ni.
alhamdulillah sehingga keluar daripada rumah ni, kitorang x pernah ada masalah dengan jiran sekeliling, owner, guard.. semuanya ok. banyak kenagan manis, pahit, masam kat rumah ni. semuanya masih segar dalam ingatan. Aman membesar kat rumah ni, mama n adik2 semua pernah tinggal dalam rumah ni. H1N1, Mengandungkan ikhwan, aman keluar masuk hospital.. semuanya berkisar dalam rumah ni.. :)
Rutin harian kitorang weekdays, bangun pagi lepas siap2 g keja masing2 pegang sorang satu anak, barang kiri kanan, tunggu lif. kadang2 lif rosak kena lah menapak naik tangga.. sungguh meletihkan dan sekarang ni jadi kenangan terindah dalam hidup kitorang. Weekend, bangun pagi2 jogging kat taman2 berhampiran then apa lagi, makan roti canai dan juga teh tarik kat amal or q bistro.. Aman sinonim dengan Q bistro dan al amal. kedai mamak kegemaran aman.










aaaa... ni lah yang sy cakap tadi.. salah satu rutin harian tunggu lif untuk naik dan turun tingkat 15. tu Aman tengah pura2 tidur. saja menyusahkan ayah dia..
yang ni pula, 2 hari terakhir sebelum handover kunci pada owner @ agen a.k.a peter lee. tak tau la pula nama cina dia apa.. nilah pintu depan teratak kami selama 4 tahun menetap sini

yang ni pulak, Buruh DBKL tengah dalam proses mengangkut segala macam barang dari A15-11 nak transfer ke TIP. nampak macam skit kat, tapi lori 5 tan tu hampir2 x muat hoke.



antara barang2 yang akan diangkut oleh mereka2 yang banyak berjasa...


aman pun contribute gak angkat kotak.. kosong je pun.. eksen je lebey.





Thursday, January 28, 2010

New Born Ikhwan


Ikhwan beberapa minit or jam selepas dilahirkan. Sorry sayang, umi x sempat tengok Ikhwan keluar dari perut umi.. Bukan umi sengaja, tapi masa tu umi sangat2 x daya.. yang penting semuanya selamat betul tak ikhwan. umi sayang anak anak umi..

Wednesday, December 30, 2009

Ikhwan 1st time tiarap. Maah punya kerja la ni


Aman n adik

lagi2 aman n adik
nda sempat pula mau upload gambar banyak2.. nanti lah kalau ada masa yaa.. gambar2 adik ni, umur lebih kurang 2 bulan.



Abg Sayang Adik

1.55PM@Office

Salam... ni lah dia adik aman yang paling aman sayang. Aman bergelar abang mematangkan dia. walaupun baru 3 tahun, nampak aman pandai berdikari, tanggungjawab pada adik tu ada la..
gambar ni membuktikan segala2nya. hehehehe..
ummi sayang aman n adik. Aman n adik segala2 bagi umi.. bak kata aman, abang x suka la tengok adik sakit.. hehehehe..


Adik skg ni pantang di aggah. mesti tegelak.. kadang2 rasa nak cubit pun ada gak pipi dia tu.. macam kuih pau..

Friday, September 25, 2009

~HoneyMoon PD @ raya ke-3~

Corus Paradise, Port Dickson
22 Sept 2009
Kitorang memang plan nak jalan jalan cari makan kat PD or Kuantan pada raya tahun ni.
Tapi belum confirm lagi lah... Alhamdulilalh, semua plan berjalan lancar.. raya ke 3 selepas kemas2 rumah Nanny, balik umah dulu hantar "Botak & the Geng Sempit" kemas2 baju n kitorang bertolak dari Desa Petaling at 12.00 tgh hari. Dalam masa sejam, dah sampai PD n misi seterusnya, cari mana lokasi Corus Paradise.. suspen gak takut2 kalau jadi macam last raya... duk Laguna Condo... mengerikan..... rupanya hotel Corus Paradise.. happening gile... sangat menarik lah tempat tu. recommended la, siapa2 yang teragak nak bercuti kat PD, bole lah cari hotel ni.. ongkosnya pun affordable la.. RM188 per night untuk bilik double queen, ocean view..
nikmati pemandangan idah sunset dari bilik je.. hehehehe.. bahaye gak kalau berlegar2 di tepian pantai time2 senja. :)
Holiday ni pun Ammar gak yang over exited.. bayangkan kalau bole, lepas check in terus nak mandi pool.. tak pasal2 demam kang.. dahlah pukul 2.30 tu matahari tengah tegak atas kepala.. nasib baik ayah berjaya gak lah pujuk kasi extend sikit itu time mandi..
selepas makan bekalan from KL, kitorang gi jalan bersiar2 tepi pantai buatan, amik gambar mana2 yang patut..(belum sempat upload lagi) then g pekan PD cari pelampung Aman n cari Teh ais.. huhuhuhu.. alahai... susah lah pulok cari kedai makan...
Tengah2 makan tu, aman dah tak bole control dah.. nak mandi kolam, nak mandi kolam...
so, baliklah kitorang kat hotel.. siap2 n turun mandi pool...
Ammar punya exited, sampai kecut2 lah jari jari comel dia tu... naik2 je merengek2 mintak makanan.. Amman nak makan nasi la, aman rasa perut aman lapar laa... Kesian sungguh.. kelam kabut ayah drive cari kedai makan. nasib baik kedai yang ayah aim tu bukak...
Aman otw tu dah tido dah... makanan dah tersedia atas meja baru Ummi kejut amman makan..
pagi2 buta, aman muntah.. nasib baik tidur ngan Maa'ah... heheheheeh..
ni kes makanan tak hadam lah ni... ... ingatkan dah selamat dari muntah aman... rupanya, dah tido ngan ummi pun dia muntah lagi..
nasi baik ummi tak ikut muntah skali..
ummi dah la semalaman tak bole titon.. adik exited lepas makan ikan kerapu... suspens gak, ingatkan dah nak bersalin.. dah lah baju baby belum kemas apa2 lagi.. hehehehe..
Wokeylah... nanti sambung lak...

~Raya, raya and raya....~


Raya 2009 @ Taman Midah, Cheras...
Selamat hari raya aidil fitri pada semua.. macam tahun2 sebelum ni, kitorang sefamily beraya kat KL aka rumah mak mertua.. (emm... pangkat mak sedara mertua la)
Sebenarnya tahun ni turn raya @ Keningau. tiket pun dah beli... dek kerana dah sarat sgt2 kenalah postpone raya tahun depan lak ngan Adik Ammar skali.. :)
alaa... makcik tak kisah pun coz bulan 11 ni bole balik cuti lama skit.. huhuhuh...
Gambar ni di ambil pagi2 raya selepas sesi bermaaf maafan dengan seisi keluarga.. apo laie... jangan tak tau, Ammar antara yang paling2 exited menyambut raya.. seawal pukul 7.30, ayah belum mandia lagi, dia dah besiap2... mengalahkan orang yang puasa penuh lak...
sehari sebelum raya pun dah lengkap pakai baju melayu, siap samping ngan songkok lagi..
Psst.. lupa nak khabar.. tahun ni theme purple..

Tuesday, July 7, 2009

Aman nak tanya sikit yah...


Betul kata orang, anak ni adalah penghibur duka yang paling mujarab. Dalam pada Umi ngan Ayah banyak masalah problem.. hanya anak yang boleh buat umi ayah gelak.. macam dak aman ni lah.. tiap hari jadi pak lawak umi ngan ayah.. kasih sayang umi ngan ayah 100% untuk aman dan adik2 yang lain.. (insyallah)
Malam tadi contohnya, tengok iklan Yuna nyanyi sambil main gitar. tau apa Aman cakap? "yah, orang pompuan mana bole main gitar kan.. owang pompuan bole masak, basuh ngan jemur je".. kitorang punya gelak... macam nak pecah perut..macam di ajar2 lak aman cakap macam tu..
pas tu tengah buang air pun boleh sembang tu.. tengah poo poo nih... "yah... aman nak tanya jap yah.." "apa dia" jawab ayah yang sabar menanti soalan ni.. dalam laut tu ada kapal..bla bla bla... rupanya dia besembang.. bukannya bertanya... sampai ke sudah soalan dia tergantung..
doa Umi ngan Ayah, mudahan aman membesar sebagai anak soleh, boleh jadi pembimbing adik2 yang lain insyallah.. dan yang paling penting.. umi harap... kasih sayang aman pada umi dan ayah semakin hari semakin menebal.. Amin...