CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, April 2, 2016

Balik Kampung Jumpa Nenek



Balik kampung kenduri, jumpa nenek juga, 1st time Imran buat surprise. Nenek sorang saja yang tau kepulangan Imran dan ummi.. Umi buat buat merajuk dengan adik beradik. Balik dengan Malindo Air kali ni. KL - KK.


Imran tido sepanjang di udara. Mengantuk lah tu awal pagi kena kacau.

Pacik Koji pun sama sporting, Partner in Crime. Pacik Koji dan GF hantar Imran naik bas Tung Ma.

On the way KK - Keningau, Umi call Maah suruh ambik barang di Stesen Tung Ma. Barang dalam bungkusan Merah, seberat 20kg. Sebenarnya warna baju Imran. Hahaha. Sampai je stesen, memang umi kena lempang dengan Maah. Terkejut punya pasal. Memang 2-2 surprise la. Maah terkejut nampak Imran dan Ummi, Ummi terkejut kena lempang. hahah.

Jumpa Aten pulak,  kena lagi Ummi dengan Aten, tumbuk dan lempang. Full package. Padan muka ummi Imran. Sampai rumah nenek, Ummi kena pulak dengan Mama.. Hahaha... misi berjaya kata nenek. 





Monday, March 7, 2016

Imran 7 Bulan

Happy 7 Month My Little Hero. Makanan kegemaran Buah mangga. Minuman kegemaran beliau ialah susu ibu. Hobi di masa lapang, kacau abang long dan ayah main ukulele. 


Thursday, March 3, 2016

Macam macam ada di Tamu Ground Keningau, Sabah

5 hari balik kampung, sempat juga jalan jalan di tamu ground keningau. Macam macam ada. Disebabkan kesihatan kaki kurang mengizinkan, tidaklah sempat mengukur seluruh kawasan tapak tamu ground yang baru ini.. sempat tingu tingu saja dari jauh. Mari check apa yang sempat dirakamkan.

sigup atau lebih dikenali sebagai Tobacco. tinggaton di ama.. untuk kirai *rokok daun ataupun untuk suntil.
Salute to Pakcik bertopi. Bukan calang calang orang ya. Penulis buku dan rupanya ada master. PHD otw katanya.

halia merah, limau gajah, nanas, langsat

Comel comel dan paling penting organic dan murah 

Friday, February 5, 2016

From Bangi To Krabi by land Part 1

Lama perap cerita Krabi. Masa kurang mengizinkan untuk simpan catatan perjalanan ke Krabi untuk kenangan. Perjalanan yang sangat jauh dan panjang. Bertabah lah wahai mata dan tulang belakangku ya. Kita Merancang, Allah yang menentukan. 29/1-2/2/2016 plan asal.

Bertolak dari Bangi 29/1/2016 pukul 3.58 petang waktu Malaysia. Tepat 11 malam kami sampai di G Hotel Changlun, Kedah. Bermalam lah kami anak beanak + Maah di sini. 

Selepas Sarapan pagi, kami pun settlekan dokumen2 yang perlu sebelum bergerak ke Imegresen Malaysia dan seterusnya Thailand. Survey2 blog orang, dokumen yang kena :-
  1. Passport 
  2. Geran asal kereta 
  3. Jika salinan dapatkan pengesahan dari balai polis berdekatan.
  4. Insurance Basic.

Contoh dokumen yang diperlukan. Yang ni kena pulangkan balik ye masa keluar Thailand.

Masa lalu Imigresen Malaysia, Bagi pasport ikut tingkap saja. Sambil lalu macam tu lah.

Sampai Imi Thailand, kena parking kereta elok elok. Then, semua penumpang kena turun beratur cop passport. Jangan lupa selitkan RM1 setiap passport untuk memudahkan urusan. Kalau tak selit, alamat diorang ni akan buat tak tau je dengan passport kita ni.  sementara itu En. Suami kena beratur kaunter declare kenderaan ya.  Confident drive nak masuk Thai, sekali Polis Thai minta Surat Pengesahan membawa masuk kenderaan daa.. ooo En. Jai lupa, hari tu dia pegi tak perlu isi, apa lagi, mengagau lah kami cari parking semula dan cari pulak borang tu. Nasib baik perasan ada 1 meja depan pintu masuk parking. Rupanya dia ada service isi Surat Pengesahan membawa masuk kenderaan. RM5 ye 1 borang. Selesai 1 urusan. 

Passport pun suda cop. Kereta pun suda dapat pengesahan, mari kita mulakan perjalanan. 

Sempat snap batu sempadan Kedah dan Thailand

Tesco Lotus memang akan selalu jumpa. Seronok. Macam macam ada.
Danok

Pemandangan baru. Jalan cantik, trafik tak sesak. Kiri kanan hijau. Seronok.
Pukul 2.15 kami sampai di Trang. Perut lapar, susah hati. Singgah RNR Trang. Ya Allah, sedapnya makan kat sini. Pedas pedas belaka. Mek mek pun cun cun kat Trang ni. Pandai cakap Melayu pulak tu. 


Sunday, January 3, 2016

oooo Balik Kampung, OOOO balik Kampung hati Girang

30.12.2015-03.01.2016. Balik kampung berdua saja dengan Ummi. Bang Long, bangah dan Ayah tinggal. Bangah ada orientasi 31.12.2015. Sebab tu tak boleh ikut


tingu, siapa yang menyambut di airport. Ada Maah, ada mama dan ada Abang Ilman dan tidak lupa pak supir, abang hem a.k.a abah, Tq kamurang. Sabar menanti.

ohh penatnya saya..  dalam perjalanan turun  bukit jalan Kimanis..


tujuan utama saya balik dengan ummi saya ialah.. tadaaaa.... Auntie Long saya bertunang. Alhamdulillah, saya doakan Auntie Long cepat kawin dengan Uncle Lan.

Keluarga kecil ummi saya. 



yeay!! Saya dah bangun pun.. Hai Ayah, hai abang... jangan jeles tau.

Monday, November 16, 2015

Imran Jumpa Tok Abah, Kalumpang 2015

15.11.2015 bawak Imran jumpa nenek & Tok Abah dia. Alhamdulillah, Imran sangat behave sepanjang perjalanan selama 1 jam setengah.

Hai Nenek, Nama saya Imran tau. Umur saya 3 bulan dah.

Tok Abah ni suka buat lawak kat saya lah.. Kata imran dalam hati..

Tok Abah kata tak larat nak dukung saya lama lama. Tak pelah tok abah 5 minit tuh pun dah kira ok..  Rasa macam sekejap sangat singgah Kalumpang kampung Abang, pukul 2.30 petang sampai, pukul 5.30 ptg balik dah. Bye 2 tok Abah. Nanti kami datang lagi ye.. 
mm.. bodek tok Abah, dapat lah topi tu kat adik. Sebelum balik Bangi, singgah Tanjung Malim sekejap cari baju celoreng untuk Abang Aman nak pakai ke sekolah, last skali, Ikhwan pun dapat seluar celoreng sama.. hahahaha

Thursday, July 9, 2015

Ramah Mesra bersama Kartunis Binjai

tiba tiba abang Aman request nak lukis karikatur. Alhamdulillah, kali ni ayah bagi green light untuk Abang dan adik Ikhwan. 

Gambar kenangan kartunis Binjai, dan Kartunis Padi. RM10/pic + RM10 laminate. tapi memang puas hati dan diorang ni rajin melayan karenah si Ikhwan yang banyak cakap.