CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label Birthday. Show all posts
Showing posts with label Birthday. Show all posts

Monday, February 6, 2017

Selamat Hari Jadi Aman

06 Febuari 2006. Tarikh keramat, hari pertama menjadi umi kepada Aman. 11 tahun berlalu, seperti baru semalam melahirkan Aman. Sekarang dah ada 2 adik lelaki yang suka buli Aman kan.



Selamat Hari Jadi Hero Pertama umi. Moga terus menjadi penyejuk mata umi dan ayah sampai bila bila. Semoga Aman membesar dengan sihat walfiat, dimurah kan rezeki dan diterangkan hati dalam menuntut ilmu. Umi sayang Aman. 

Friday, November 28, 2014

Selamat Hari Jadi Yang Ke62 Mama

Moga sentiasa di bwaha lindungan Allah hendaknya. Anak anak mama yang dekat dan yang jauh di mata sentiasa akan mendoakan mama. Selamat hari jadi mama, mama yang paling memahami, paling sporting dan mama yang selalu menjadi penasihat terbaik bagi kami. Pesanan mama setiap kali "buat baik pada semua orang, kita jangan buat (jahat) pada orang lain". inshaa allah mama, pesanan mama sentiasa menjadi pedoman kami. Terima kasih mama!

Sunday, October 19, 2014

Selamat Hari Jadi Ammar Ikhwan

Selamat hari jadi anak ummi.. Semoga menjadi anak yang soleh untuk ummi dan Ayah.. Adik yang baik dan inshaa allah abang yang baik dunia akhirat. 
lately ni Ammar Ikhwan selalu tanya bila adik nak jadi abang ni. Seronoknya kalau abang jadi baby. Bole Adik jadi abang. Takdelah gaduh gaduh. Mesti adik sayang Baby abang.. cewah.. berangan nak jadi abang kepada abang dia sendiri.







sekejap je masa berlalu.. 5 tahun sudah usia anak ummi... 

Monday, March 24, 2014

Selamat Hari Jadi Ma'ah


Ya Allah, Panjangkanlah umur Ma'ah, kurniakanlah kesihatan yang baik padanya, terangilah hati Ma' ah dengan nur pancaran iman, Ya Allah tetapkanlah hatinya, luaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya pada kebaikan, jauhkanlah dia dari kemungkaran, permudahkanlah perjalanan hidupnya dunia dan akhirat. Ya Allah, kurniakanlah kesenangan, ketenangan, kebahagiaan dan kecemerlangan hidupnya di dunia dan di akhirat. Amin... 

Selamat Hari Jadi Dik Firah, Semoga apa yang di impikan selama ini akan menjadi kenyataan.. Semoga jodohmu dengan si "dia" dipermudahkan.. 

Monday, February 10, 2014

Surprise Birthday Abang Yang Tak DiRancang Pun..

"Dia" ada kerja sikit di Karnival Karangkraf Shah Alam. Lepas habis mendemo dan mencari buku, "Dia" akan minum sekejap di Restoran Khalifa Seksyen 3 Shah Alam.

perancang utama misi ini.. Tu yang peace tu..

misi pencarian kek di SACC Mall

M4W friends yang sangat sporting..

Surpriseee!!!!!!.. Happy Birthday Abang...... 

UKULELE performance by Amir Lagong.. Thanks to all friends and happy birthday to Krog, Abang and Aman.. Semoga success selalu.. Thanks a lot to Auntie Zila yang banyak membantu dalam menjayakan surprise yang tak seberapa ini.. 




Sunday, February 9, 2014

Happy Birthday Abang


Semoga sentiasa dimurahkan rezeki, di berikan kesihatan yang baik dan sentiasa berjaya dalam apa jua bidang yang abang ceburi. 




Thursday, February 6, 2014

Selamat Hari Jadi Aman



Ya Allah.... jadikanlah Ammar Idlan sebagai  yang selalu membahagiakanku saat kesedihan dan yang mengingatkanku saat di uji kenikmatan. Serta jadikanlah ia orang yang kau pilih untuk menabur kebaikan. Berikanlah kepadanya kefahaman dalam agama, dan terangkan lah hatinya untuk memahami Al Quran, terangilah jalan yang kau redhai padanya. Sesungguhnya aku amat bersyukur atas kurniaanmu ya Allah.. Lindungilah Aman dan rahmatilah Aman. 

Aman, Ummi dan ayah sentiasa doakan yang baik baik untuk Aman. Selamat hari lahir yang ke-8 sayang. Semoga terus menjadi anak dan abang yang baik sampai bila bila, 

Thursday, June 20, 2013

TQ Darling, Belanja Burger King

nyum nyum.. tq my bff. u sorang je yang selalu ingat besday i. u je kawan i yang akan belanja i makan makan besday. itu sebab i sayang u sangat. muah muah muah...



BFF di kala susah dan senang... TQ TQ.. muah muah.. Ya Allah, ku bersyukur dikurniakan kawan kawan yang baik baik di sekelilingku. permudahkan lah segala urusan beliau. Amin..

paling special, dan paling banyak gula.. walau pun u tau i selalu mengelak makan manis, tapi u beli jugak kan. Saja nak kasi i gemuk. mentang  mentang lah u selim.. heheheheh

Saturday, February 9, 2013

Panjang Umur Mu

Selamat ulang tahun kelahiran yang ke 34 Abang. Semoga Abang sentiasa di bawah lindungan Allah, sentiasa dimurahkan rezeki, di panjangkan usia dan diberi kesihatan yang baik. 

terima kasih abang, kerana sudi menjadi teman suka dan duka ummi selama ini. Terima kasih juga kerana, sudi mencuba satu hobi baru yang melibatkan kita sekeluarga. 

Umi dan anak anak sentiasa mendoakan yang baik baik untuk Ayah..

Thursday, February 7, 2013

Hadiah Hari Jadi Aman 2013

Aman teringin basikal Fixie. Ayah belikan ala ala fixie. Aman happy, Adik pun Happy. Umi dan Ayah apatah lagi. walaupun monyok dalam gambar, pagi tadi seawal pukul 6 pagi, Aman bangun cari basikal.. 

Hari Sabtu nanti Aman rasmikan basikal ni atas jalan raya.. :) 






Wednesday, February 6, 2013

Selamat Ulang Tahun Ke-7 Sayang

Bismillahirahmanirahim... Ya Allah Ampunilah dosa kami dan dosa anak anak kami, Ta Allah berikanlah kami petunjuk, kekuatan dan kesabaran dalam mendidik anak anak kami, Ya Allah jadikanlah anak anak kami agar selalu berjalan di jalan syariatMu dan di jalan syariat Nabi Muhammad SAW. Ya Allah, jadikanlah mereka sebagai pembela Agama-Mu

Selamat hari jadi sayang. Umi doakan, Aman membesar bagai juara, sentiasa di bawah lindungan Allah, sentiasa dilimpahi segala kurniaan yang pernah dilimpahkan kepada hamba Allah yang soleh, sentiasa diberkati olehNya. Umi doakan anak ummi, Ammar Idlan semoga Allah permudahkan perjalanan hidupmu. Semoga Allah memelihara iman dan ahlakmu anakku. Semoga Ammar Idlan boleh menjadi pembela dan pemimpin adik adik, semoga Ammar Idlan boleh imamkan umi dan ayah satu hari nanti. 

Tahun ni Ammar Idlan darjah satu. Sebulan bersekolah, masih lagi belum expert membeli makanan sendiri di Kantin S.K Bangi. Sedih Ummi bila tengok gambar di atas. Ammar Idlan tersenyum puas bila berjaya membeli sepinggan nasi lemak. 1st time, dan inilah sekali setakan bulan Feb 2013, Ammar Idlan makan nasi lemak di S.K Bangi. Alasan yang diberi, bila ummi suruh beli nasi lemak or makanan lain di kantin sekolah "Nanti Makcik kantin suruh amik sambal, Aman tak makan sambal. nanti membazir lah. Membazir kan amalan syaitan". 

Ayah akan masukkan duit RM4 dalam beg Ammar Idlan, untuk belanja di sekolah ABIM dan juga SK Bangi. Balik sekolah, RM4 tu masih tersusun elok, seperti mana ayah masukkan duit pagi tadi. Ammar Idlan akan masukkan sendiri duit RM4 tu kedalam tabung Pos Malaysia milik dia. *yang sudah pecah tapi Ayah tampal. kumpul duit untuk beli "Tayar Lipan" katanya. 

paling kurang pun mesti ada RM1 baki duit Ammar Idlan. Itupun bila ummi paksa Ammar Idlan untuk beli sesuau yang boleh di makan di sekolah. Biasanya, dia cuma akan beli air minum, ataupun pemadam dan kad di kedai buku sk Bangi. 

Kesian Ammar Idlan, sebulan sekolah, kurus keding badan dia. Seluar sekolah pun longgar. Sampaikan Ayah terasa macam seluar Aman ni tertukar dengan orang lain punya... itulah Aman di darjah satu. Apa pun, Selamat Hari Jadi Sayang. Umi dan Ayah doakan Aman jadi anak yang soleh dunia akhirat. Sayanggggggggg anak umi "Ammar Idlan Zafri"





Thursday, December 20, 2012

Happy Birthday Kakak

Bertempat di Satay Haji Samuri Kajang, Pada 20.12.2012, jemputan birthday party anak BFF Ayah kami penuhi. Cantik date 20122012. Genap 6 tahun usia anak En. Ijan, seusia Aman dan nampak kakak ni lebih besar daripada Aman. Sedangkan 10 bulan beza umur.

Birthday Girl yang happy.  


khusyuk beliau memerhati birthday girl tengah exited untuk acara tiup lilin

Antara jemputan yang hadir malam itu. Puan Adda bersama anak lelaki keduanya.


semestinya satay hidangan wajib. Alhamdulillah, kenyang satay malam tu..

Allah selamat kan kamu..

'diorang' sembang macam sudah sebulan tak jumpa. 


Sempat mak buyong ni makan satay, 2 hari selepas tu, alhamdulillah bertambah umat Nabi Muhammad.. Congrates kawan..

.
tuan tanah bersama baby baru. terima kasih kerana sudi menjemput kami sekeluarga.
 

Sempat singgah playground sebelum balik. 

Wednesday, November 28, 2012

Selamat Hari Jadi mama..

Selamat ulang tahun ke 60 Mama. Mudah mudahan mama sentiasa di bawah lindungan Allah, Sentiasa dirahmati, sentiasa diberi kesihatan yang baik, sentiasa dipermudahkan segala urusan, sentiasa tenang, sentiasa bahagia dan sentiasa membahagiakan orang lain. terima kasih tidak terhingga kerana melahirkan anak anak mama di dunia dan mengenal dunia, Terima kasih kerana sentiasa berada di samping anak anak mama kira susah dan senang. terima kasih juga atas segala pengorbanan mama membesarkan kami sendirian tanpa bapa, teima kasih kerana sentiasa menyokong anak anak mama. 

saya sayanggggggg mama. Mama terhebat di dunia. Mama paling Sabar di dunia. sayanggggg mamaaaaa  

Friday, October 19, 2012

Selamat Ulang Tahun ke 3 Sayang


Sudah 3 tahun rupanya anak ummi ni. Doa ummi semoga Ammar Ikhwan membesar di bawah lindungan Allah, di limpahi rahmati dan diberkati oleh Nya. Membesar dan jadi anak yang soleh ye Ikhwan. 

2 - 3 minggu kebelakangan ni Ikhwan suka jadi baby. suka berlakon macam baby, suka di manja macam baby.. tengah tengah malam merengek rengek macam baby. Geram sangat tapi lucu pun ada jugak. Bila tanya nak baby tak?. laju je jawab nakkkkkkk. tapi nak baby orang. adik tanak adik Ummi dan ayah sayang adik dunia akhirat.

Friday, August 17, 2012

Happy Birthday my BFF



special dedicated to my beloved friend, 


 Selamat  hari jadi Zila, dengan iringan doa semoga segala urusan dan pilihan hidup zila adalah yang terbaik untuk Zila. Terharu i dengan penghijrahan yu!! Alhamdulillah, semoga esok akan jadi lebih baik untuk kita.. u mean a lot to me my dear frenz..




Tuesday, July 17, 2012

From Bangi To Kuala Terengganu Part 2


3.20petang ~ lepas mandi *maklumlah budak budak ni belum mandi pagi kan. Sibuk ajak mandi pool tengah tengah panas terik, kami heret 2-2 jalan jalan cari makan.. 

@ Batu Burok Beach, Aman berjaya terbangkan layang layang yang baru beli 

terjumpa pulak burung tiong botak cari makan tepi pantai..

macam macam ada rupanya pantai Batu Burok ni.. Adik dan Aman tengok saja lah kereta kuda tu.. RM15 untuk satu pusingan kecik. Hahahahaha.. 

Gambar Aman berenang dari tingkat 11 Grand Cont. Ini pool dewasa, Aman bukan main lagi eksyen takmo pool budak.. Hahaha.. Bagus kalau pandai berenang . En. Jai amik gambar ni dari bilik lepas beli kek untuk sepraiskan bini dia. hahahahaha... patutlah x join kami kuak lentang, rupanya pegi beli kek ye..

Happy Birthday to me @ 16.06.2012. seprais wehh sampai menitik air mata.. 

lepas makan kek sampai lebam, kami ke ICity Terengganu.. Sehari kami yang penuh dengan aktiviti. Walaupun tidak semewah percutian orang lain, kami anak beranak happy tak terhingga dapat meluangkan masa seharian yang berkualiti.