CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label Makan. Show all posts
Showing posts with label Makan. Show all posts

Saturday, July 4, 2015

Pot Luck Iftar Malaysian 4 Wheelers 2015

Mereka plan, kita ikut saja. Best juga, bila lama tak jumpa lepas tu masak masak, iftar sama sama. Bukan Offroad tapi onroad saja. Bertempat di Taman Seri Empangan , 04 Julai 2015, kami berkumpul seawal pukul 6 petang. Sementara menunggu waktu berbuka, sembang lah dulu macam biasa. Bezanya, sembang tanpa makan dan minum serta rokok la of kos. heehee.. Tempat memang terbaik, surau dan pondok ada di sini. 



Sempena birthday Orked Lah.. Terima kasih Orked blanja chocolate indulgence.
kami doakan moga sentiasa suksess. Maaf lah tak tau, kalau tau boleh gak buat surprise. hehehehe

antara menu yang dihidangkan.. home made ye.. saya bawak mee hoon goreng dan sardin roll saja.. Alhamdulillah.. makanan habis, perut kenyang, hati pun senang. Tempat

Che sue tengah mengedar duit raya pada anak anak. Every year without fail Che Sue akan memberi.. Terima kasih Che Sue.

Tetamu istimewa dari Lepa. Aten and Family +1.

Sunday, March 9, 2014

Ana Ikan Bakar Petai, Bandar Baru Bangi


Macam macam seafood di jual di sini. Ikan bawal, Ikan siakap, jenahak, jebong, pari, ketam, udang, ikan yang x dikenali pun ada juga.

Harga seperti gambar di atas dan di bawah. 


.
pilih ikan, pilih menu, pastikan kita ingat nombor meja, then siap.. Itu baju hijau belang belang tu adalah anak umi yang bernama Ikhwan. Dia dok menyibok promote ikan di celah celah pelanggan Ana Ikan Bakar Petai, BBB yang baru sampai. Balik rumah cepat cepat pi bilik mandi, minta tukarkan baju sebab "Adik dah bau ikan mi".

Menu malam itu, butter prawn, Ikan siakap stim, jenahak 3 rasa, ketam sweet sour, sotong gorang tepung dan ikan jenahak bakar, nasi putih dan tomyam & telur dadar untuk anak anak. Makan sampai kenyang.  di Kedai ni juga ada jual keropok lekor panas panas, kerabu mangga dan juga satar.. Boleh tahan sedap juga.
Makanan sedap sedap blaka
 service tiptop
air dap!
harga amat berpatutan. 
Aman bagi 5/5 bintang..

Thursday, March 6, 2014

Wadihana Islamic Steakhouse, BBB

Adik With Blue Lemon & Angry Chicken. Nak Pizza tapi time tu pizza tiada lah pula.
Adik cakap "air dap, ayam tak dap lah umi" 

Ayah dan Aman with Crispy Fried Chicken Maryland & Nachos. 
Aman kata sedap. Aman bagi 4.5/5 bintang..

tempat selesa, makanan pun sedap, service tip top. Inshaa Allah, kami datang lagi kata Aman.

Wednesday, March 5, 2014

Sate Willy, Bandar Baru Nilai



80 sen? sama harga macam pasar malam Bandar Seri Putra. Sate Willy jauh lagi sedap walaupun harga sama. 

Air Giant pun ada.

Sate sedap, Nasi Impit superb, Kuah sate pun sedap. Tak lupa nak bagitau, kedai sangat bersih.. Jangan ragu, jangan malu, sila silakanlah datang makan kat sini. Puas hati

 Alamat Kedai PT9910, Jalan 1/3G Putra Point
Fasa 2, Bandar Baru Nilai
71800 Putra Nilai

Thursday, February 13, 2014

Durian Dengkil Lagi

Projek "D", 11 FEB 2014
lokasi: depan SJK (C) Dengkil
Masa: 12.40 tengah hari
Suhu: 38 degree

tengah hari terik, makan durian tak hengat, kalau pengsan tanggung sendiri.. terbaik lah geng hantu durian ni. bak kata kak Ainon, makan sampai lebam. 

D24 RM12/kg. Durian Kampung RM6/kg

makan sampai tiada ruang untuk makanan lain, last skali bayar sorang RM10 sahaja. puas hati & enjoy makan sambil gossip. Next ada projek "B" pulak.

Wednesday, August 15, 2012

Luncheon Aman di Bulan Puasa



Aman dan Fathan tengah menikmati makan tengah hari di hari ke-25 kita berpuasa. Menu hari ni, seperti yang Aman request : Nasi putih + Rendang Payau (Rusa) + Telur dadar + sirap..

Friday, July 20, 2012

Selamat Menyambut Ramadhan 2012

Esok 1 Ramadhan. Alhamdulillah, puasa ganti semua sudah settle.. Cukup seminggu hibernate exrcise. Harini makan macam tiada esok bagimu..

Pagi pagi kawan office dah jamu dengan lasagna & Brownie. mabeles, mantap oo.. lepas tu spare perut*la sangat untuk lunch date dengan Omak @ Kak Rasnah.

dah kenyang makan soto, makan aiskrim pulak.. Adoyai... potong kaki punya..

memang dah kenyang tapi masih ada ruang untuk ini.. hahahaha
Selamat menunaikan ibadah puasa semoga tahun ini dapat menjadikan saya lebih baik dari tahun sebelumnya.. 
Credit all Pic to FB Cullen Alice Zila

Dari Abu Hurairah  t, ia berkata, 'Rasulullah  r memberi kabar 
gembira kepada para sahabatnya dengan bersabda:  

"Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkahi. Allah  I
mewajibkan kepadamu puasa di dalamnya; pada bulan ini pintu-pintu surga 
dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para setan diikat; juga terdapat 
dalam bulan ini malam yang lebih baik dari seribu bulan, barangsiapa yang 
tidak memperoleh kebaikannya, maka ia tidak memperoleh apa-apa." HR


Wednesday, July 18, 2012

Wordless Wednesday la konon


Tuesday, June 26, 2012

Sotong Celup Tepung & Cekodok Sotong


.
Sotong Besar RM15, Ikan Kembung Segar RM4
Sotong Celup Tepung Pantai Batu Burok memang TERBAIKK!! rasa macam mau pi Pantai Batu Butok sekarang jugak..

RM6/ serving. 6 ketul cekodok sotong.. *rasanya, setengah ekor sotong yang dibelah 6..
Sotong celup tepung di gambar no 1. menyebabkan saya frust tahap gaban bila order sotong goreng tepung di Sunita Tomyan @ Salak Tinggi macam dalam gambar no. 2. 


Thursday, June 14, 2012

Geng Hantu Durian

14.06.2012 @ 1p.m @ Lori Durian Dengkil


Hari ke 4 makan durian untuk minggu ni.. Liza, kot kot kalau terbaca belog ni, jangan marah ye upload gambar ni..

steady je habiskan durian berbiji biji.. 

katanya "durian ni tak brapa elok, sebab ahkak dah biasa makan yang elok". Bagi kami cukup sedap dah ni.. 

 RM9/KG 101, memang terbaik. Harini total RM72/6pax. Cukup lah tu untuk minggu ni. Minggu depan puasa durian. Hahaha.. mode*pengsan kenyang durian* hadoii pening

Wednesday, June 13, 2012

Hantu Durian 2

13 June 2012 @ 12.30pm @ Tepi Jalan Dengkil *versi Van pulak. 
kali ni peserta lumba makan durian ramai skit. Semua aweks2 meletops kecuali ummi si Ammar ni.

Ratu ratu tengah menikmati durian tengah panas.. yang bukan ratu kat belakang tu tokeh durian.. 

101 RM10/kg, Musang King RM15/kg & Durian Kampung RM10/2 biji. Banyak tak kami ber-6 makan
RM65 durian kami arini

model Van durian Dengkil.. huhuhu

sudah kenyang, singgah cendol pulak. Kamera sendiri tiada, jadi semua gambar ehsan dari FB my Lalink a.k.a Zila

Sup campur tak sedap.. pas tu ada orang rasa bersalah sebab makanan kat sini tak sedap. Ntah pape @__@



Ummi memang hantu durian

12.06.2012 @ tepi jalan Dengkil pukul 1 tengah hari buta dibawah sinar matahari terik..

Wow!!! IOI, Udang Merah dan D24 2 RM9/.  Semua jenis durian ni RM9/kg


Geng hantu durian. Yang paling hantu is yang baju putih  dan yang berdiri. Kanan skali tu Omak kitoang. Makan 2-3 ulas je.. 

Tuesday, January 17, 2012

Restoran Baru Muhibah

siapa tau di mana letaknya restoran ini? cheh, budget macam ada je org lain yg baca belog syok sendiri ni kan.  mesti susah nak hagak kan kat mana ni.

banyaknyaaa air sejuk..

banyak betol. sampai melimpah ruah. Yang ini RM5 per tapau. Makan Ber-3 pon x habes.

Aman, seperti biasa.. makan bersepah sepah.. pening mak tau. Maggi goreng bole tahan sedap, tapi banyak gilaaaa.... suku je luak.. Aman makan sampai nak muntah dah.

Menu dia Nasi Goreng Kampung with Telur Dadar.. RM9.50. ponnn banyak gilaaa... Nasib baik saya sempat kansel order. Kalau tak, makan sampai lebam la kami..

Tuesday, January 10, 2012

Aman nak makan kat Tasik Idaman

wakakaka... Nasi goreng Thai + Teh O Ais. Aman makan sampai licin.. Punyalah besepah!!

Adik sudah selesai, tunggu abang siap makan  aja..

Tuesday, February 22, 2011

D Asria Cafe, Teras Jernang

Kali ke-3 makan kat sini, makanan sedap, murah, dan service cepat gile.. Perasan tak belakang adik ni ada rabbit. Macam macam binatang ada kat tepi kedai ni, ada burung, rabbit, ikan.. Adik suka...

Selalu ni lah port budak ni... depan buai tapi takmo naik buai... Gayat

Febret Aman.. Nasi lemak kukus with Ayam goreng and telur mata.. boleh tahan sedap...

Ni haaa nama kedai tu... selalu tak sempat amik gambo.. ni pon kebetulan je dik_firah ada. Dia lah yang rajin senap gambo..