Friday, October 29, 2010
Kesian dia
Yang lecehnya menjaga Aman ni, kuat sangat merengek. Kememeh... Agaknya Aman ni dah tau rasa miang, gatal segala. Itu yang meragam lebey tu.
Sepanjang hari dok separuh bogel. Dahlah keding, kena pulak bintik2 putih calamine lotion, dah jadi macam katak puru dah aku tengok..
Pagi tadi mcm x sampai ati je nak tinggal dia, x pe man, ptg ummi balik awal skit ye...
Thursday, October 28, 2010
Sedih!!
Ada satu situasi, anda terpaksa membeli barang daripada kawan2 walhal sebenarnya barang tersebut tak penting pun untuk anda. Anda membeli secara ansuran… semata mata nak jaga hati kawan. Tiba tiba satu hari Kawan tersebut masam muka berpanjangan.. Kita mesti tertanya tanya kan, kenapa pulak dia nak masam masam muka dengan kita? Apa salah kita? Rupa rupanya, kita telupa nak bayar benda alah tu.. laa… ye kee??
Masalahnya disini, perlu kah kawan kita hebahkan sekampung yang kita tak bayar HUTANG tu lagi.. Bukan salah kawan tu, memang salah sendiri, tapi, please lah, professional sikit. Kepada kawan ku itu, fikiran2 fikirkan lah. Jangan dek kerana transaksi tak seberapa itu memutuskan silaturahim.. SUMPAH!! Demi Allah Saya tidak berniat langsung untuk tidak membayar barang itu. hutang itu dah lama langsai kan..
Sesungguhnya, Saya menyesal dan menyesal tahap maksimum kerana terjebak berhutang dengan kawan itu. Bila fikir fikir balik, mungkin kalau tidakk berhutang, tiada kejadian begini kan… Telan nasik rasa macam telan pasir time tu.. Sound baik punya!!
Nota kaki: tak kisah lah ko nak canang apa, yang penting aku tau yang aku tak berhutang sesen pun dengan ko. Moral of the story, jangan berhutang!
Wednesday, October 27, 2010
Duit sendiri nak belanja Aten??
Semalam Aman ajak g pasar malam. Nak beli kepok lembik katerrnyee.. Ngidam lah tuh.. Aku sampai umah dalam kul 6.30 Aman dah siap2 nak g dah padahal ayah tak sampai lagik. Lepas Maghrib, Jomm Aman gi pasar malam.. Aman seperti biasalah, dia paling exited.. jommm.. yang paling tak bole tahan.. "Ateennn, jangan bawak dompet, biar Aman yang bayar". Cian anak aku tuh, ada hati nak blanja Aten.. Walhal dalam dompet otromen dia Cuma ada 5 keping je duit singgit-singgit.. eh silap, semalam Aman siap beli suar tidur cotton bayo sendiri, dia bagi 2 keping duit hijau.. hehehehe… itu je yang dia beli, kepok lembik dia tanak.. Si ayah yang kejam cakap macam ni kat Aman "Aman makan lah suar Aman tuh".. Si Aten yang melopong ??? Kata nak blanja??
Aku?? Balik umah kena goreng nasik untuk Aman dan Ayahnye…
Monday, October 25, 2010
Boling Time
Aten… kamu di mana???
Dari pagi call2 tapi tiada siapa yang angkat phone.. mana aku tak risau. Nak balik pun, x transport pula. Masuk ni dah doblas kali call 2-2 hset dia tapi … frustt.. risau..susah hati…
Ikhwan and the Chix Pox
Roti canai
Wednesday, October 20, 2010
Happy 1st Bday Ikhwan
Monday, October 18, 2010
Spider Aman..
Ummi: Orait.. nanti Ummi beli taun depan.
Amman: Ummi, ni dah taun depan la ni..
Bodek bukan main, dan dan taun depan ye Man. dengan berat hati Ummi ajak ayah cari baju Spedermen aman tau.. Aman punya pasal, spedermen pun spedermen la.. Alamanda ooo alamanda, jangan ko tak jual baju spedermen ni sudahh.. mana pulak nak mencari baju Aman ..
Ikhwan Kena Chicken Pox
besok pagi ummi perasan kat belakang adiik ada sebijik guntil.. ahh sudah, takkan chix pox lak. ummi tak puas hati, tanya ayah, apa benda ni bang. biasalh ayah kan pandang sebelah mata je.. ooooo ni ruam ni.. ok fine, hantar nesery, balik tu tengok belakang Adik lagi. tiada tambaahan guntil.. Khamis nak amik budak2, Cikgu Umul cakap, Kak, sy tengok belakang adik macam melepuh laa. Apa lagi, zasss... sampai klinik.. Doc cakap, ni chix pox ni.. jangan hantar nesery ye, nanti jangkit orang lain dan standby mungkin Abang akan kena gak..
Tuesday, October 12, 2010
Jani's Angel
Monday, October 11, 2010
Aman dan Begnya..
Sunday, October 10, 2010
Broga Hill (09.10.10)
ni dia adik tu. Anak salah seorang kawan abang. Kecik lagi tapi semangat macam orang besar.. tak meragam pun, laju dari ayah dia.. Kalau Aman, confirm merengek.. Yahhh nak dukung...
Ni haaa... rombongan yang pegi.. sume laki.. kalau aku pegi, aku sorang je pompuan..10.10.10
Apa speselnya 10.10.10? Bukankah sekadar nombor saja?. Memang lah nombor cik kak, tapi moment ni susah nak dapat tau.. Lepas ni siapa yang nak kawin, nak sangat spesel moment, sila tunggu taun depan. 11.11.11 @ 11.11am..
Kalau tak silap, abang kuding ku dulu pengen kawin 20.09.2009.. tapi rasanya dia ndak kesabaran kawin.. tarikhnya diawalkan..
Saturday, October 9, 2010
09.10.10@Saturday
Sepatutnya pagi ni, aku nak join Abang naik bukit Broga(tpt pre wed Datuk SMS).. tapi terpaksa kensel.. sebabnya, aku tak larat. sakit wei badan. Lenguh lenguh pasal GYM yang tak seberapa semalam tu..lagi 2 minggu boleh lah pegi kot.
Friday, October 8, 2010
Aku dah Nekad
Hari ni aku sungguh sungguh kuatkan semangat. Aku tanak jalan jalan cari makan. Aku kena mulakan hidup baru.. Aku kena nekad turunkan berat badan. Yahoo… akhirnya, setelah 80 kali timbang fikir, aku berjaya turun ke gym. Eksesais sikit sikit, lompat sikit, angkat berat ala ala Mr. Koay skit… Fuhhh… lega, segala macam peluh keluar. Lepas mandi ingatkan tanak makan langsung.. alamak tak bole la pulak, terpaksalah aku turun Café makan Mihun goreng. Sungguh tak sedap! Loya tekak.. Ada pulak mihun manis. Minta magi sup lak dengan pesanan (kak, saya nak magi sup, nak telor je, sayur, bwg goreng semua tanak), manis gak lagi.. cheh, podah.. 2-2 makanan yang aku order tak sedap.. Nasib baik ada orang yang sudi tolong habihkan makanan..
Besok aku nak trekking pula. Dekat dekat jer ngan umah aku.. dengan harapan, tak hujan. Selagi keinginan tu ada pegi la Salina.. Janji kau happy!
Ammar Ikhwan dah nak setahun.
Budak Bucuk ini suda nak setahun la.. lagi seminggu genaplah setahun. Sayang Adik sangat sangat. Sekarang ni Adik dah tak meragam sangat dah, baik sangat cuma nakal skit je.. suka panjat kotak menan abang kan.. Adik dah pandai jalan, dari ruang tamu depan sampai ke dapur Adik jalan x jatuh. Curi curi naik tangga sampai atas pun dah terrer.. Menjerit ayah tekejut adik dah sampai atas. Ayah ingat Adik ada dengan Ummi, rupanya curi2 naik tangga.Adik suka tidur bawah ketiak Ummi, sama macam abang. Nasib baik ummi ada 2 ketiak.. hehehe, Abang kanan, adik kiri.. Malam tadi lenguh aerobik pun abang ngan adik x pedulik.. 2-2 nak jugak berbantal lengan Ummi. Ayah lah yang sedap tido kan.. Sensorang kat katil.. Tapi pelik, kenapa ummi x kecut2 lagi ye. Makin kembang ada la..
kalau ummi nak masak pun, adik suka btempek kat pinggang ummi kan. malam2 ummi nak masak tpaksa dokong adik. Masak sebelah tangan je lah. Peel adik makan sekarang pon amat pelik ye dik.. Suka sangat sembur2 makanan.. Penat tau ummi masak bubur tiap malam. Nasib baik lauk2 adik frozen. seminggu 2 kali je masak.. makan setakat 2-3 suap. pas tu start dah menyemboorrrr.. penat tau mengelap lepas tu.
Alhamdulillah, sekarang ni kalau nak ke nerseri, adik dah tak nangis dah. Adik sayang kot ngan cikgu cikgu kat sana.. Cikgu Ul cakap ari tu, Adik ni jeles kalau cikgu Zila dukung budak lain.. nanti Adik merajuk.. :)
apa pun dik, Ummi sayang Abang dan Adik sangat sangat. Mudah mudahan Abang dan adik pun sayang Ummi & Ayah sampai akhir hayat dan jadi anak yang soleh. Aminn..
Tuesday, October 5, 2010
Insaf
Boleh tak hari ni macam nak insaf sekejap.. SALINA, kau dah gemoks. Stop melantak! Jangan asyik makan pree je.. melantak tak hengat, pas tu komplen debab tak habis habis. Bila nak start diet ni?. macam mana Cabaran GDK ni? abihlah kalah kalau macam ni. Langsung x motivasi.. Esok start diet, asik2 esok. Sampai kesudah tak de diet..
Happy 21st Birthday Pakcik Koji
Birthday Boy mengayakan rambut Otomen Aman. nilah dia idola Aman. Asal pakcik Koji nak keluar je, mesti Aman yang sibuk setting pacak rambut.. Aman mesti ngekor nak itut pck Koji bole? Kalau Pakcik jumpa awek Aman tak ikutlah..
Pose terhensem setakat ini.. wakakakaka.. my only brother, ni lah dia wali aku masa nikah, 5 tahun yang lepas @ 16tahun umur Koji time tu. semoga panjang umur, murah rezeki dan ingat2 selalu, kami adik beradik dan mama selalu mendoakan yang terbaik untuk keluarga kita..Happy 21st Birthday to my little Bro @ Pakcik koji kesayangan Aman. Ekceli birthday Koji jatuh pada hari Sabtu lepas, 02.10.2010. Dah besar rupanya satu satunya adik lelaki aku ni.. Pejam celik pejam celik, dah 21 taun dah, bila lah agaknya ada gopren Koji?. Mak ada cerita hari tu, dia buatkan Surprise birthday cum Open house untuk Pakcik Koji dan Aten skali. Aten nye bday lambat lagi 08.10.2010 alang2 buat skali harung mak cakap. Kalau ikut cerita Mak, adik Koji ni punya terkejut sampai pucat lesi muka dia.. hehehehe…. Terharu kan, mana ada dalam dunia ni Emak yang tak sayangkan anak. Anak anak je yang kekadang lupa menghargai kasih sayang emak.. Gambar takde ye adik adik, sah sah aku tak de dalam majlis itu.. apapun, Koji.. Selamat hari jadi, semoga panjang umur, sentiasa murah rezeki, dan jadilah anak yang solehah.. Pandai pandai jaga diri di rantauan… Pesanan penaja, kalau mau cari gefren, cari lah yang bole terima keluarga kita seadanya….
Teringat lak time Koji ni kecik kecik dulu.. nama sebenar Koji, Mohd Sukri, nama Koji ni bersempena dengan nama watak dalam drama bersiri Jepun.. Kakak Inut yang bagi nama ok. lekat lak tu, nak jadikan cerita, selang beberapa bulan lepas tu, dia lak dapat adik pompuan. Elok sangat la, kak Ida balas, bagi nama kat adik dia Reen Hani Koma.. wakakakaka… lekat jugak.. sampai lah ke besar panjang ni orang panggil Koji dan Reen.
Koji membesar dengan kakak kakak dia. Selalu kena tinggal sendiri kat umah. Sementara mama dan bapa cari rezeki, kami adik beradik kenalah jaga adik. Dia ni jelah yang sempat aku jaga masa kecik. Tak banyak ragam, tapi nakal ya Ampun…. Budak lelaki la katakana. Seawal umur 2-3 tahun kaki melecur teruk kena api, umur 5-6 tahun patah tangan kanan (panjat pokok ubi punya pasal). Tulang dah tersembul keluar pun masih gagah lagi nih. Sorok dari orang tua, takut punya pasal… Aku yang nak pengsan tengok tulang siku dah tbonjol keluar. Pelik bin ajaib! langsung tak nangis.. Pegi hospital, hambik kau Koji sebulan dok Hospitall Queen KK. Time ni baru aku tau, aku sayang giler kat adik aku ni. Tiap malam menangis rindu adik, tidur dengan gambar Koji tu..
Tu belum cerita Koji separuh mati tersangkut di tali air.. Nasib baik umur panjang. Kalau tidak, ada yang menyesal seumur hidup..
Sunday, October 3, 2010
Bosan Sungguh
Stress pun ada.. Ammar Ikhwan yang semakin lasak. Sekejap sekejap nak panjat katil. pas tu masuk dalam almari pulak, masuk bawah katil.. dugaan... tambah lagi muka stress abang.. complete package penyebab stress..
Tak pe, inilah dia rusuk kiri abang.. walaupun aku ni tengah sakit tengkuk, ku gagahkan gak demimu abang.. chewah.. ayat cam poyo jer..
Siapa Menunggu di KKIA?
Horrayy.. Cerita balek kampong 1
Sib baik hari ni dia dah tido. Sempat la umi masuk gambar skit2 untuk tatapan Ma'ah terchenta.. Nak kasi tido Ammar Ikhwan ni sikit punya payah. Pusing kiri, pusing kanan, genap spuloh kali pusing pun belum tentu lelap lagik.
Berbalik pada cerita asal, ummi stat coti raya 9 Sept 2010, sehari sebelom seluruh umat Islam Malaysia menyambut raya.. Flight pukul 7.30 pagi, dah tentu2 kena bangun awal pagi eh. Tepat 5.30 pagi, pakcik teksi dah menunggu depan pagar. Lepas sahur, kemas umah ala ala kadar, then... chow!! Kesian rumah kena tinggal 2 minggu. Maknanya Gampak(Ikan Puyu ummi) terpaksalah berpuasa selama 2 minggu..
Friday, October 1, 2010
::Open House 2010::
Motif? Abang sayang kurang sihat. uissshhh... Dugaan bulan bulan syawal gini kan.. sorry ye kawan kawan yang telah menjemput aku memeriahkan open house masing masing ye.. tak dapat datang atas sebab sebab yang munasabah.
upss... jap lagi nak g open house umah depan.. umah depan ni tak leh escape la, dia datang jemput face to face.. kono poie ni SALINA. Aman pun dah x senang duduk, dari siang tadi kat sana, maghrib baru balik, ni skg pun dah mengelitik nak ke sana..



























