CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label Offroad. Show all posts
Showing posts with label Offroad. Show all posts

Saturday, August 16, 2014

M4W Raya Sakan @ Tok Bak Campsite

 Tok Bak Campsite terletak di Tanjung Malim. Lebih kurang 116 kilometer dari Bangi. 1st time join aktiviti raya dalam hutan. Pot luck, kami bawak serunding dan ketupat saja.
Bergerak dari Bangi seawal 8.00 pagi, meeting point kat RNR Rawang pukul 10 pagi. 

Tol Jalan Duta - Tanjung Malim - Perkampungan Orang Asli - Tok Bak Campsite.


Perkampungan orang asli yang moden. Astro, kereta, sekolah pun ada. 


Abang tidur sepanjang jalan ye. 

adik jadi radio kami sepanjang jalan.

bangun tidur, tadaaaaa... suda sampai..
 
 
2 beradik ni teruja mandi sungai. Belum apa apa suda terjun. 

sound check

 

  



deko by Che Sue

ketupat palas goreng. nyum nyum 
  
rendang ayam dan mee kari in the making. Thanks to K-Rog, beliau memang chef terbaik.. 
Jemput makan 
sempat. Family potrait by Pamelo

Exited si adik menunggu turn dapat jajan

grup photo


ok mari kita balik, credit photo to M4W Facebook and Pamelo.





Wednesday, May 28, 2014

Menggamit Kenangan Betol

Air Terjun Pelangi memanggil manggil.. Apakan daya, masa tidak mengizinkan.  bagi abang saja yang pegi. Yang lain duduk rumah diam diam.. 

Thursday, May 8, 2014

Trip ke Ulu Kemapan, Endau Rompin


30.04.2014-4.05.2014
Trip dia kali ni bersama kawan kawan treking, kawan DBKL dan kawan memancing.. 15 orang semuanya. 
Bye bye ayah, Aman doakan Ayah di lindungi Allah kata Aman. Biasalah budak yang sangat sentimental, setiap kali ayah ke hutan, mesti dia sedih. 

2 kereta bergerak dari pukul 10 ,lagi 2 akan berjumpa di Stesen Petronas Senawang pukul 11 malam. Seterusnya, layan sajalah gambar diorang di sana. 


dengar cerita, 3 kali tukar campsite. 



Alhamdulillah syukur.. Cukup lah untuk 15 orang merasa sorang sikit. 


jelajahlah alam, kerana di situ ada erti sebuah kehidupan. 

Mama cakap "bagus bagus ada katil, tilam di rumah, mau juga masuk hutan. seronok sangat kah tidur atas tanah tu:". Hanya diorang yang paham mak.. hihihihi

gambar camera henset samsung cabuk pun cantik juga bah


ini paling best... hammock + flysheet dia ssorang sorang.. 

Ikan tadi telah selamat di pindangkan oleh chef. Abang kata apa benda makanan yang tak sedap kalau dalam hutan?.
pancing baru dirasmikan oleh ikan tengas. Tahniah untuk beliau. 



Friday, February 21, 2014

WKP Oh WKP

Selama mana kita menjaga dan menggunakan beliau, selama itu juga kita kena bersabar dengan karenah sekali sekala beliau. Oh Mr. WKP, kami sayang kamu.. 

Wednesday, February 5, 2014

CNY 2014 @ Hulu Tamu with M4W, 31 Jan-1 Feb 2014

 Trip terkejut jugak ni. Konvoi 2 kenderaan dengan Abang Jeff. Berkumpul, beriadah, ber ramah mesra dengan keluarga besar Malaysian 4Wheleers di Kem Hamzah, Hulu Tamu plan yang rapi memang terbaek!! suatu hari nanti, kalau plan baik punya, confirm lebih superb outputnya. 2 hari 1 Malam macam tak cukup bagi saya, tapi apakan daya ada komitmen lain diluar sana yang harus dilangsaikan. 

Anak anak saya yang merasmikan seluar masing masing hari ini. Malu konon pakai seluar sama, takde hal lah Aman dan Adam. mak mak uolls ni kan memang mak jemah.. kalau boleh nak boriakan semua anak anak, pakkal lah adik punya kehabisan size..  
 
Hari pertama, sempat mandi lebih kurang 2 jam sahaja.  
 
    
lepas dinner, kita enjoy!! tidur, main game, main FB, tgk Movie.

Daging stew, ayam cili, sambal jawa, sawi goreng dan spegathi bolognise untuk dinner.  Anak anak kenyang, mak mak pun hati riang. 

santap santai sambil sembang adik beradik 
 
bangun pagi agak liat sebab sejukkkkkkkk 

breakfast siapp
  
Boss Amir Lagong in action.. Cekodok panas panas. pemandangan luar biasa nih. Bukan senang nak tengok boss masuk dapur.. Selalu monitor je kan, kali ni kena turun padang skali. Inilah specialnya trip kali ini.. Betul punya family trip nih.

Adik dan ayah makan mee hoon umi

Aman pilih Spagethi Auntie Zila

 
Jemput sarapan semua


Amir Lagong & Family 

 Sempat mengintai trek mengecass 
 
 
Anak anak gak yang best. Berendam dari pukul 9 pagi sampai 2.30 petang

Kita nak balik Abg Black & Tok Uban pulak sampai.. 

kami together gether, nak post jugak walaupun tudung senget benget.. hehehe