CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, February 5, 2016

From Bangi To Krabi by land Part 1

Lama perap cerita Krabi. Masa kurang mengizinkan untuk simpan catatan perjalanan ke Krabi untuk kenangan. Perjalanan yang sangat jauh dan panjang. Bertabah lah wahai mata dan tulang belakangku ya. Kita Merancang, Allah yang menentukan. 29/1-2/2/2016 plan asal.

Bertolak dari Bangi 29/1/2016 pukul 3.58 petang waktu Malaysia. Tepat 11 malam kami sampai di G Hotel Changlun, Kedah. Bermalam lah kami anak beanak + Maah di sini. 

Selepas Sarapan pagi, kami pun settlekan dokumen2 yang perlu sebelum bergerak ke Imegresen Malaysia dan seterusnya Thailand. Survey2 blog orang, dokumen yang kena :-
  1. Passport 
  2. Geran asal kereta 
  3. Jika salinan dapatkan pengesahan dari balai polis berdekatan.
  4. Insurance Basic.

Contoh dokumen yang diperlukan. Yang ni kena pulangkan balik ye masa keluar Thailand.

Masa lalu Imigresen Malaysia, Bagi pasport ikut tingkap saja. Sambil lalu macam tu lah.

Sampai Imi Thailand, kena parking kereta elok elok. Then, semua penumpang kena turun beratur cop passport. Jangan lupa selitkan RM1 setiap passport untuk memudahkan urusan. Kalau tak selit, alamat diorang ni akan buat tak tau je dengan passport kita ni.  sementara itu En. Suami kena beratur kaunter declare kenderaan ya.  Confident drive nak masuk Thai, sekali Polis Thai minta Surat Pengesahan membawa masuk kenderaan daa.. ooo En. Jai lupa, hari tu dia pegi tak perlu isi, apa lagi, mengagau lah kami cari parking semula dan cari pulak borang tu. Nasib baik perasan ada 1 meja depan pintu masuk parking. Rupanya dia ada service isi Surat Pengesahan membawa masuk kenderaan. RM5 ye 1 borang. Selesai 1 urusan. 

Passport pun suda cop. Kereta pun suda dapat pengesahan, mari kita mulakan perjalanan. 

Sempat snap batu sempadan Kedah dan Thailand

Tesco Lotus memang akan selalu jumpa. Seronok. Macam macam ada.
Danok

Pemandangan baru. Jalan cantik, trafik tak sesak. Kiri kanan hijau. Seronok.
Pukul 2.15 kami sampai di Trang. Perut lapar, susah hati. Singgah RNR Trang. Ya Allah, sedapnya makan kat sini. Pedas pedas belaka. Mek mek pun cun cun kat Trang ni. Pandai cakap Melayu pulak tu. 


No comments:

Post a Comment