CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, September 30, 2010

Kasih Seorang IBU





Mama oh mama..











Ibu, Ibu… engkau lah ratu hati ku,

Bila ku berduka


Engkau hiburkan selalu..

Apa panggilan untuk "Wanita" yang mengandungkan, melahirkan, menyusukan dan membesarkan kita? Ibu, Ummi, Mak, Mama, Mommy semuanya untuk satu tujuan yang sama. Iaitu, memanggil beliau dengan panggilan yang disukai dan juga panggilan yang menunjjukkan rasa hormat setiap anak kepada ibu masing-masing. Macam aku dan adik beradik, lebih selesa dengan panggilan "Mak dan Mama". Cuba kita ambik sedikit masa untuk mengenangkan kembali detk ketika mak sedang bersabung nyawa masa melahirkan kita ke dunia? Tidak terbayar oleh wang ringgit yang ada kat dunia kan... Tetiba aku tersedar, selama ni apa yang aku dah bagi kat Mak yang membahagiakan dia? Sedih!!!!!! Anak anak tak berhak untuk kecikkan hati mama. Uwaaa…. Kalau lah satu hari nanti mama terbaca belog ni secara x sengaja, ketahuilah bahawa anakmu ini sangat banyak buat dosa dan dengan rendah hati meminta ampun dan maaf atas segala keterlanjuran kata, tertinggi suara, terkecikkan hati mama… Minta ampun banyak banyak mak..


ni cerita mama masa raya hari tu " mama dulu mau mengandungkan kau ina, mama kena berubat sampai ke Pulau Pinang tau.. Banyak tempat mama berubat, last skali berubat dengan Pakcik Rajang (Terima kasih Pakcik, walaupun x pernah contact lagi selepas tu). Mama dan bapa kena tidur asing selama 40 hari dan ada pantang lain juga termasuk pantang makan. Masa tu mama menetap di Labuan, 2 minggu sebelum due, doctor Labuan suruh mama balik ke Keningau. Masa mengandungkan kau ni ina, mama kena darah tinggi dan terpaksa makan ubat darah tinggi padahal time tu mama baru saja berumur 28 tahun. Mama bersalin memang senang sangat2, lepas keluar tanda (of kos la darah) terus je kau keluar. Doc pun belum ready lagi.. (see… betapa gelojohbya aku melihat duniawi yang penuh pancaroba ini)
bila mama bercerita macam tu kan, sedihnya hati ini.. sayu je rasa.. terasa kerdilnya diri ini.. bila tengok tangan mama terdetik d hati kecilku, tangan ini la yang menghayun buai untuk anak anak tidur dengan lena, masak, mengasuh sampailah kita melangkah kaki ke alam dewasa..


meminjam kata2 Datuk Dr. Fadhilah Kamsah "Jika diberi kesempatan kita menggendong ibu kita di belakang bahu dan mengelilingi Kaabah sebanyak 7 kali sekalipun, belum tentu daoat membalas harga setitik susu ibu kita. Betapa hebatnya cinta dan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya, tapi masih ramai yang lupa kebaikan dan keikhlasan ibu, ada juga yang membuang ibu sendiri. Anak derhaka memang x layak masuk syurga!!

Aku pernah dengar Hadis ni "Daripada Muawiyah bin Haidatal Qusyairi katanya aku bertanya Rasulullah SAW, siapakan orang yang paling patut aku berbuat baik? Maka jawab Rasulullah SAW Ibumu, Kemudian aku bertanya lagi siapa? Rasulullah SAW menjawab: ibumu, kemudian aku bertanya lagi siap yang paling berhak untuk aku berbuat baik, Rasulullah menjawab Ibumu. Aku bertanya lagi siapa? Rasulullah menjawab bapamu kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya. Betapa mulianya Ibu di sisi Allah!!


Sedih.


Wahai adik adiku yang disayangi, fikir fikirkan la, mama satu satunya mama kita. Jangan sesekali melukakan hati mama. Jangan menyesal kemudian hari.. Setitik airmata mama, bole buat kita merana seumur hidupp. Restu mama itu penting..



Untuk mama tersayang, Saya sayang mama dunia akhirat…….

.
.

No comments:

Post a Comment