CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, August 10, 2010

Ikhwan dan Pumpkin a.k.a labu

Ikhwan suka makan labu. Hari hari umi masak labu untuk Ikhwan.. heheheeh… Sama macam abang Aman, Ikhwan pun suka (kena paksa) makan labu. Omputih cakap pumpkin, Bahasa ibunda ku panggil tawadak, kalau melayu panggil labu.

Banyak khasiat tau labu ni, baik untuk si rabun sebenarnya. Khasiat labu bole dibahagikan mengikut buah, biji, daun dan juga bunganya. Isi labu mengandungi vitamin C dan A yang tinggi, kalsium, fosforus, zat besi, beta karotin dan serat. Kalau nak diet, sila makan labu kerana Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) menyatakan sumber serat atau fiber yang tinggi dalam labu boleh mengawal NAFSU makan!

Sebab utama umi bagi adik makan labu, senang dimasak, sedap dimakan dan juga sebab nenek bawa dari kampung. Kena lah habiskan selagi termampu.. bole tak dik? Sebiji labu sebesar bola, adik sorang yang habiskan.. . dekat sebulan la umi asyik masak labu, bakar labu, makan labu..sungguh sungguh nak bagi adik vitamin A dan C sebanyak mungkin..

Hopefully adik makan tayo tau sampai besar. Abang x nak makan tayo, ikut ayah.. Adik kena ikut umi, kuat makan tayo.. supaya besar.. wakakaka.. tapi jangan gemok macam umi tau..

nilah rupa labu yang dah selamat adik habiskan dalam masa sebulan
Besar kan labu ni dek? agak agak dah sesyar, adik makan labu lagi tak. Abang Aman x nak labu.

itu tangan maah pegang labu..

Adik tengah musykil, apa benda umi suh posing dengan bola nih. dah la bola keras

labu itu sebelum di sembelih
















1 comment: