CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, March 29, 2017

Emergency..

29 Mac 2017
Pukul 11.15 Pagi, tiba tiba dapat panggilan dari Cikgu SK Bangi. "Puan mak Ammar?, saya Cikgu Edzhar dari SK Bangi, Anak puan tadi tengah latihan sukan lompat jauh. Masa landing tu dia tersilap landing then dia terus mengadu sakit. Puan jangan risau, saya dah bawak dia ke Klinik Kesihatan BSP. Puan boleh datang sekarang?."

Ya Allah, anak umi. Risaunya hanya Allah yang tahu. Sambil drive, sambil doa semoga tiada apa kecederaan yang serius. 


sampai Klinik Kesihatan terus cikgu minta masuk emergency room. Alhamdulillah, Aman beransur baik. Cikgu Edzhar dan Cikgu Mahadi bagitau, memang masa kejadian, cikgu pun risau juga. Sebabnya, semasa kejadian, Aman jatuh dan terus cramp belakang. Cikgu terpaksa angkat Aman dengan stratcher. 


selesai check up dengan doctor, alhamdulillah.. everything is ok. sakit, memang sangat sakit. Tapi anak ummi kan hero. Hero mana boleh nangis Man. 
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih pada Cikgu Edzhar dan Cikgu Mahadi serta seluruh warga SK Bangi atas bantuan dan keprihatinan anda menjaga anak anak semasa bersekolah. Semoga Allah membalas jasa baik cikgu semua dengan seribu rahmat. Moga Allah jagakan anak anak ummi. 


Nukilan Ummi, 
29/3/2017

Thursday, March 23, 2017

1St Tournament Smart Excellent Sport Ikhwan

23 Mac 2017
1st tournement futsal Ikhwan selepas sebulan masuk Smart Excellent Sport Academy. 
Well done Ikhwan. Walau tak menang, Semangat membara Ikhwan cukup membanggakan ummi dan ayah. 


favourite gang. 

Briefing

stretching sebelum perlawanan.




Monday, February 6, 2017

Selamat Hari Jadi Aman

06 Febuari 2006. Tarikh keramat, hari pertama menjadi umi kepada Aman. 11 tahun berlalu, seperti baru semalam melahirkan Aman. Sekarang dah ada 2 adik lelaki yang suka buli Aman kan.



Selamat Hari Jadi Hero Pertama umi. Moga terus menjadi penyejuk mata umi dan ayah sampai bila bila. Semoga Aman membesar dengan sihat walfiat, dimurah kan rezeki dan diterangkan hati dalam menuntut ilmu. Umi sayang Aman. 

Friday, December 30, 2016

Cuti Sekolah 2016

22 November - 22 December 2017
seperti yang di janjikan, Balik kampung sampai terlepas hari Anugerah SK Bangi. Balik kampung dengan nenek, balik Bangi dengan Maah, Kakak Ainur dan Abang Aley

Setiap pagi Sabtu kerjanya, tolong Maah jual kuih di Tamu Apin Apin. Bukannya tolong sangat pun. Tolong kacau dan tolong makan ada lah.


Geng Anak Kampung. Moga hubungan baik kekal sampai bila bila. Aman dan Fathan, Izzah, Adik dan Abang Aley.

Antara Aktiviti cuti sekolah selain main game di tempat Pacik Anip dan Pi1M tempat kerja Auntie Long. Mendaki Bukit Trig dengan Nenek dan Abang Aley.


Seronok lah Aman, Pakai baju Pakcik Koji muda2 dulu.

salah satu benda yang umi teringin sangat anak anak merasa pengalaman umi masa kecil. Tempat umi membesar. Banyak kenangan masa kecil umi di sini bersama keluarga. Umi teringin bagi anak anak merasa seronoknya bila musim menuai padi. Tapi, bukan rezeki Aman dan adik rupanya. Padi belum sempat masak, Aman dan Adik balik Bangi suda.. Lain kali inshaa Allah... kita cuba lagi. Oh ya, tahun ini nenek tanam padi sikit, niat nak bagi anak cucu merasa menanam dan menuai padi.. Apa kan daya, timing lari lah pulak. Ngam ngam Aman balik Bangi, baru lah padi masak boleh di tuai. Untung la Adik Irfan, dia je sempat merasa.

Sempat juga Mama bawa jalan jalan di Taman Pertanian Sabah, Lagud Seberang. Tapi Tutup lah pulak. Bergambar di luar pun jadi lah kan.

Kerjanya adalah, makan, makan dan makan lagi

Aman cakap, kat kampung Aman selalu makan KFC.. 

Masa untuk balik jumpa umi, ayah dan adik Imran dah..

ok.. Landing time.. yehuuu... taun depan ada rezeki boleh balik kampung lagi. 

Thursday, December 29, 2016

Imran Chiken Pox

28.12.2016
satu tahun empat bulan.
Keluar 1 tanda, cepat cepat bawa jumpa Doc Nik Rose Klinik Pakar Marissa. Alhamdulillah, 5 hari dah sembuh. Doc bagi Ubat Antiviral dan Pinetarsol  bath oil. 


Image result for pinetarsol

Sunday, December 25, 2016

Paal Family Day 2016

25 Dec 2016

Jarang sekali dapat join. Tahun ni disebabkan ada Maah, Aunti Yang, Ainur dan Aley dan Irfan, kami bawa semangat Paal di sini. 

Versi kami di Gold Coast Morib, Banting. Gambar sebelum anak anak masuk tengok Circus show.


Yang ini versi di kampung. Siap ada sukaneka dan paling best, acara makan makan besar besaran.. Inshaa Allah 1 fine day, kita boleh celebrate sama sama ya mama.

Friday, May 13, 2016

From Bangi To Krabi By Land Part 2

Singgah makan di RnR Trang. Ada kedai makan muslim di sini.. Sedap dan sangat murah. Berbaloi baloi.. Makan 3 Dewasa 2 Kanak kanak x sampai Rm30 pun. 

Wajib try. aiskrim kelapa. Mabeles!

Baby pinaple. 50bath saja. Di tepi tepi jalan boleh singgah. Asal nampak nanas, kita berenti beli. Puas hati. Makan nanas saja dah cukup. X perlu garam atau pencicah. Sedap mak oiii

pasar bergerak. Sama la konsepnya macam orang jual ikan naik  motor dan lory kalau di kampung kita la.

yeehaaa 5.15 petang kami sampai sudah di Haleeva Hostel. Dekat saja dengan Pantai Ao Nang. 4 Hari 3 malam Ayah Aman dah bayar di sini. 

Receptionist vs Kami. Guna bahasa isyarat je sudah. Nasib baik masing masing paham sendiri. 

Imran 6 bulan. Kesian dia tak fit to travel. 1st time jalan jauh. 

Jom jalan jalan Pantai ao Nang cari makan. 

Itu gambar Raja Thailand.

Tumpang lalu saja ni. Kami bukan menginap sini. 

Yamin la pancake. Mak oiii.. Makcik Yamin garang?. Orang kata garang. Hahah Sebenarnya suara je kasar sikit, tapi baik hati. sesikat pisang dia bagi kat Ikhwan. Pisang berangan ok. Pisang besar2.. sedekah kat anak kecik katanya. kat sini, yang paling x boleh lupa, bila makcik tu amik order, Buh cit buh tayo. (Bubuh cheese, bubuh sayur). Macam macam pancake ada disini. Pilih aja

yang ini memang win! Terbaik. Pulut mangga. Makkkk oiii Sedap sampai 3 kali repeat beli. 

Buh Cit Buh Tayo pancake Ikhwan. 

Jom Dinner pulak. Lupa dah nama kedai.. Tapi dekat2 Haleeva jugak la.. Makanan halal tak jadi masalah di sini.