CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, December 30, 2016

Cuti Sekolah 2016

22 November - 22 December 2017
seperti yang di janjikan, Balik kampung sampai terlepas hari Anugerah SK Bangi. Balik kampung dengan nenek, balik Bangi dengan Maah, Kakak Ainur dan Abang Aley

Setiap pagi Sabtu kerjanya, tolong Maah jual kuih di Tamu Apin Apin. Bukannya tolong sangat pun. Tolong kacau dan tolong makan ada lah.


Geng Anak Kampung. Moga hubungan baik kekal sampai bila bila. Aman dan Fathan, Izzah, Adik dan Abang Aley.

Antara Aktiviti cuti sekolah selain main game di tempat Pacik Anip dan Pi1M tempat kerja Auntie Long. Mendaki Bukit Trig dengan Nenek dan Abang Aley.


Seronok lah Aman, Pakai baju Pakcik Koji muda2 dulu.

salah satu benda yang umi teringin sangat anak anak merasa pengalaman umi masa kecil. Tempat umi membesar. Banyak kenangan masa kecil umi di sini bersama keluarga. Umi teringin bagi anak anak merasa seronoknya bila musim menuai padi. Tapi, bukan rezeki Aman dan adik rupanya. Padi belum sempat masak, Aman dan Adik balik Bangi suda.. Lain kali inshaa Allah... kita cuba lagi. Oh ya, tahun ini nenek tanam padi sikit, niat nak bagi anak cucu merasa menanam dan menuai padi.. Apa kan daya, timing lari lah pulak. Ngam ngam Aman balik Bangi, baru lah padi masak boleh di tuai. Untung la Adik Irfan, dia je sempat merasa.

Sempat juga Mama bawa jalan jalan di Taman Pertanian Sabah, Lagud Seberang. Tapi Tutup lah pulak. Bergambar di luar pun jadi lah kan.

Kerjanya adalah, makan, makan dan makan lagi

Aman cakap, kat kampung Aman selalu makan KFC.. 

Masa untuk balik jumpa umi, ayah dan adik Imran dah..

ok.. Landing time.. yehuuu... taun depan ada rezeki boleh balik kampung lagi. 

Thursday, December 29, 2016

Imran Chiken Pox

28.12.2016
satu tahun empat bulan.
Keluar 1 tanda, cepat cepat bawa jumpa Doc Nik Rose Klinik Pakar Marissa. Alhamdulillah, 5 hari dah sembuh. Doc bagi Ubat Antiviral dan Pinetarsol  bath oil. 


Image result for pinetarsol

Sunday, December 25, 2016

Paal Family Day 2016

25 Dec 2016

Jarang sekali dapat join. Tahun ni disebabkan ada Maah, Aunti Yang, Ainur dan Aley dan Irfan, kami bawa semangat Paal di sini. 

Versi kami di Gold Coast Morib, Banting. Gambar sebelum anak anak masuk tengok Circus show.


Yang ini versi di kampung. Siap ada sukaneka dan paling best, acara makan makan besar besaran.. Inshaa Allah 1 fine day, kita boleh celebrate sama sama ya mama.

Friday, May 13, 2016

From Bangi To Krabi By Land Part 2

Singgah makan di RnR Trang. Ada kedai makan muslim di sini.. Sedap dan sangat murah. Berbaloi baloi.. Makan 3 Dewasa 2 Kanak kanak x sampai Rm30 pun. 

Wajib try. aiskrim kelapa. Mabeles!

Baby pinaple. 50bath saja. Di tepi tepi jalan boleh singgah. Asal nampak nanas, kita berenti beli. Puas hati. Makan nanas saja dah cukup. X perlu garam atau pencicah. Sedap mak oiii

pasar bergerak. Sama la konsepnya macam orang jual ikan naik  motor dan lory kalau di kampung kita la.

yeehaaa 5.15 petang kami sampai sudah di Haleeva Hostel. Dekat saja dengan Pantai Ao Nang. 4 Hari 3 malam Ayah Aman dah bayar di sini. 

Receptionist vs Kami. Guna bahasa isyarat je sudah. Nasib baik masing masing paham sendiri. 

Imran 6 bulan. Kesian dia tak fit to travel. 1st time jalan jauh. 

Jom jalan jalan Pantai ao Nang cari makan. 

Itu gambar Raja Thailand.

Tumpang lalu saja ni. Kami bukan menginap sini. 

Yamin la pancake. Mak oiii.. Makcik Yamin garang?. Orang kata garang. Hahah Sebenarnya suara je kasar sikit, tapi baik hati. sesikat pisang dia bagi kat Ikhwan. Pisang berangan ok. Pisang besar2.. sedekah kat anak kecik katanya. kat sini, yang paling x boleh lupa, bila makcik tu amik order, Buh cit buh tayo. (Bubuh cheese, bubuh sayur). Macam macam pancake ada disini. Pilih aja

yang ini memang win! Terbaik. Pulut mangga. Makkkk oiii Sedap sampai 3 kali repeat beli. 

Buh Cit Buh Tayo pancake Ikhwan. 

Jom Dinner pulak. Lupa dah nama kedai.. Tapi dekat2 Haleeva jugak la.. Makanan halal tak jadi masalah di sini.

Saturday, May 7, 2016

Imran 9 Bulan


cepat masa berlalu. tanpa sedar, Imran 9 bulan sudah. Masa ni abang Aman dan Ayah masuk hutan berOffroad di Ulu Slim. Jadi, kami 3 beranak la jalan jalan cari cari makanlah. Macam ni lah gaya Imran. Kalau ayah ada, mmmm menangis la duduk dalam car seat. Tau pulak Imran tak mau duduk car seat kalau ada ayah dan ummi.

Ok good boy.. jangan nangis2 selalu tau. Imran kan good boy. Good boy kena kuat. kena kontrol macho macam ayah. Semangat waja. tak mo nangis nangis tiap pagi tau. 

Thursday, April 7, 2016

Imran 8 Bulan

Happy 8 month old my little hero. Gigi belum tumbuh lagi tau. Tapi merangkak laju, boleh lumba dengan Abang Long dan Abang Ngah dah.

Siapa rajin teman umi jemput ayah balik kerja?. Siapa lagi kalau bukan little hero ummi ni. suka sangat buat muka masam dia ni. Masam masam pun suka buat lawak juga kan Imran.

Saturday, April 2, 2016

Balik Kampung Jumpa Nenek



Balik kampung kenduri, jumpa nenek juga, 1st time Imran buat surprise. Nenek sorang saja yang tau kepulangan Imran dan ummi.. Umi buat buat merajuk dengan adik beradik. Balik dengan Malindo Air kali ni. KL - KK.


Imran tido sepanjang di udara. Mengantuk lah tu awal pagi kena kacau.

Pacik Koji pun sama sporting, Partner in Crime. Pacik Koji dan GF hantar Imran naik bas Tung Ma.

On the way KK - Keningau, Umi call Maah suruh ambik barang di Stesen Tung Ma. Barang dalam bungkusan Merah, seberat 20kg. Sebenarnya warna baju Imran. Hahaha. Sampai je stesen, memang umi kena lempang dengan Maah. Terkejut punya pasal. Memang 2-2 surprise la. Maah terkejut nampak Imran dan Ummi, Ummi terkejut kena lempang. hahah.

Jumpa Aten pulak,  kena lagi Ummi dengan Aten, tumbuk dan lempang. Full package. Padan muka ummi Imran. Sampai rumah nenek, Ummi kena pulak dengan Mama.. Hahaha... misi berjaya kata nenek.