CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, November 11, 2012

Mari Belajar Berenang @ Kidswim UKM, Bangi

11.11.2012 @ Danau, UKM, Bangi
pukul 9.30 Pagi



Bayar yuran dulu.. RM80 Sebulan, Sejam setiap minggu Ingatkan mau hantar Ammar Ikhwan juga, tapi spesis takut air.. TANAKKKKKKKK!! bergema satu UKM suara Adik.



Lesson 1# Aman 1st. time ni belum ada orang lain yang sampai. Selama ni, Aman syok sendiri menyelam di Kolam Presint 9, sekarang Aman kena belajar lebih formal. Target ummi? Aman boleh berenang di Sungai Apin Apin bulan April 2013 nanti..  Aman buat bubble 20 kali kata cikgu, Tarik nafas panjang panjang, masuk dalam air, hembus nafas.. jadi lah bubble.. 

lepas itu, belajar "kick" hahaha.. Kick air kelepek kelpek kelepek.. buat rocket sambil kick, terus berenang sampai kat cikgu. Alhamdulilah, sejam kelas, Aman dah boleh buat bubble and rocket.. chewah.. macam lah susah sangat buat bubble.. 

Hahah... agak exited di situ jadi mandur kepada Coach Aman. Sebelum kelas berakkhir, Aman tanya Cikgu, bila Aman nak ke Zon Kuning cikgu?? wakakakaka.... agak agak la Aman.. belagak bukan main, walhal bau belajar bubble..

Friday, November 9, 2012

Adik yang Mashem


Saya rindu budak di atas. Walaupun dia selalu menguji kesabaran umminya sampai umminya terkeluar anak tekak menjerit panggil Adddddiiiiiiiiiiiikkkkk!!!!. Saya tetap rindu dia sepanjang berada di ofis.  

Harini Ikhwan sudah 3 tahun 21 hari. Masih lagi pakai diapers di malam hari, walaupun dah berjaya melalui hari hari siangnya tanpa diaper di siang hari sejak Jun 2012. Malam tadi, tanpa sengaja terlupa pakaikan diaper, habis lencun baju dan tempat tidur. hahaha. Tidak seperti Abang Aman dulu, genap umur 2 tahun 8 bulan memang tak perlu belikan diaper sudah. Jimat bah!

Ikhwan suka minum susu dugro 3-6 tahun perisa asli dan cokelat. Malam hingga pagi mesti susu asli, siang pulak dia belasah susu cokelat. ikut mood. hahaha.. Minuman kegemaran  Ikhwan "air ayah". Walaupun abang Aman dan ayah order air yang sama teh ais contohnya tetap jugak Ikhwan sebut "dek nak air ayah".  

Sunday, November 4, 2012

Doa Dhuha

Credit pic: Google

 "Jika rezekiku masih di langit, turunkanlah , jika di bumi keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika jauh dekatkanlah".

Tersentuh jiwa bila mendengar doa Dhuha ini dari mulut Ammar Idlan Zafri. 6 Tahun dah boleh hafal doa Dhuha yang ummi sendiri pun belum pernah menghafal doa ini. Ya Allah, terangkanlah hati Anak ku ini, supaya dia boleh beriman dan bertaqwa padaMu Ya Allah.  Terima kasih tidak terhingga untuk Puan Faridah selaku pengetua Pasti Al-Faizin serta cikgu Syima, Cikgu Asmah, Cikgu Aida dan seluruh warga Pasti Al-Faizin Bandar Seri Putra atas tunjuk ajar anda pada anak anak kecil ini. Semoga rezeki kalian sentiasa murah dan diberkati. Amin..

Saturday, November 3, 2012

Family Day Jalan 4/5A, T.I.P Part 2

Kemuncak acara kami, Selesai tahlil dan bacaan yasin, setiap ketua keluarga kena perkenalkan diri dan family masing masing. Hahaha.. walaupun sudah 3 tahun di sini, masih ada jiran yang kami tak pernah jumpa dan beramah mesra. lepas tu???? apa lagiiii.. acara yang paling ditunggu tunggu.. makan lah apa lagi kan. 


nasi goreng sampai 3 jenis. Semua sedap sedap belaka.. Al maklumlah kan kalau Chef Yati yang masak, memang lah terbaekkk!!! 5 star caterer, jangan main main.

perut pun sudah kenyang, mari kita bertukar tukar hadiah. Walaupun tidak berkesempatan duduk bermesyuarat membincangkan agenda Family Day tahun ni, tapi setiap rumah akan dapat info terbaru. Rajin rajin lah jenguk peti pos masing masing. Abang Hanan, memang terbaekk!! beliau rajin mengupdate info dan hantar di setiap peti pos kami.. Tenkiu Abang Hanan.


Musical chair, acara tahunan anak anak. Mungkin tahun depan kakak pink dan abang biru tak mo join game ni dah. Masing masing sudah masuk sekolah menengah.. 

tersingkir di peringkat awal.. hahah. sibuk lah dia nak main dengan adik.

musical chair pak pak budak. Hairan bin ajaib, tahun ni En. Jaie dengan rela hati masuk betanding. uiksss... tahun lepas, puas dipujuk pun dia tak nak. TAPI, macam Aman jugak la, awal awal dah out. Aman mewarisi ayah atau sebaliknya..

Gambar kenangan bersama mak mak lorong 4/5A & B. Oppsss yang baju pink inner putih itu bujang lagi yer..

saya menang buat karipap??? 

Pemenang pasangan paling romantika de amor

selesai sudah kambing seekor.. tinggal tulang belakang seja..



Friday, November 2, 2012

Family Day Jalan 4/5A & B, T.I.P

13 Okt 2012, Sabtu @ Lorong 4/5A depan rumah En. Najib, En. Norman, En. Rosli dan En. Ayob. 

Jamuan raya selepas bulan Syawal. Bukan senang nak berkumpul satu lorong ni di bulan raya. Masing masing ada komitmen. kan kan kan?. Nak tak nak, memang lah kena buat selepas bulan Raya. 

Agenda adalah, pagi sesi gotong royong menyiapkan rempah dan rencah ratus untuk aktiviti kemuncak iaitu BBQ pada malam hari. Jadi mak mak ditugaskan untuk mengopek bawang dan segala macam yang sewaktu dengannya dan juga menyiapkan lunch untuk lorong  pak pak pulak menyiang ikan, sotong, udang dan ayam. Thanks a lot to jiran tetangga yang bertungkus lumus menjayakan acara ini untuk kali yang ke-2. Insyallah akan jadi acara tahunan untuk lorong kita... yeaahhh!!!! Lorong kita memang terbaekkk...

jom layankan gambar gambar yang sempat dipetik hari tu..


Kambing Golek in the making. Abang Rosli merupakan orang kuat lorong nih.

sudah selesai goong royong. Tengah tunggu chef Yati sampai untuk menyelesaikan misi memasak nasi goreng

anak anak pun happy, sesuka hati boleh main di luar pagar. Bukan selalu dapat chance macam ni. 

itu kamii..

Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin dan Tahlil.

buah buahan tidak dilupakan. Mata kucing, Oren dan Anggur

Fries, Nugget & Fish Ball

Orang kuat BBQ nih

Alhamdulillah, acara tamat sebelum pukul 12 malam. Perut kenyang, hati pun senang. Kurang pembaziran berbanding tahun sebelumnya.. 

Friday, October 19, 2012

Selamat Ulang Tahun ke 3 Sayang


Sudah 3 tahun rupanya anak ummi ni. Doa ummi semoga Ammar Ikhwan membesar di bawah lindungan Allah, di limpahi rahmati dan diberkati oleh Nya. Membesar dan jadi anak yang soleh ye Ikhwan. 

2 - 3 minggu kebelakangan ni Ikhwan suka jadi baby. suka berlakon macam baby, suka di manja macam baby.. tengah tengah malam merengek rengek macam baby. Geram sangat tapi lucu pun ada jugak. Bila tanya nak baby tak?. laju je jawab nakkkkkkk. tapi nak baby orang. adik tanak adik Ummi dan ayah sayang adik dunia akhirat.

Wednesday, October 17, 2012