CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, July 4, 2015

Pot Luck Iftar Malaysian 4 Wheelers 2015

Mereka plan, kita ikut saja. Best juga, bila lama tak jumpa lepas tu masak masak, iftar sama sama. Bukan Offroad tapi onroad saja. Bertempat di Taman Seri Empangan , 04 Julai 2015, kami berkumpul seawal pukul 6 petang. Sementara menunggu waktu berbuka, sembang lah dulu macam biasa. Bezanya, sembang tanpa makan dan minum serta rokok la of kos. heehee.. Tempat memang terbaik, surau dan pondok ada di sini. 



Sempena birthday Orked Lah.. Terima kasih Orked blanja chocolate indulgence.
kami doakan moga sentiasa suksess. Maaf lah tak tau, kalau tau boleh gak buat surprise. hehehehe

antara menu yang dihidangkan.. home made ye.. saya bawak mee hoon goreng dan sardin roll saja.. Alhamdulillah.. makanan habis, perut kenyang, hati pun senang. Tempat

Che sue tengah mengedar duit raya pada anak anak. Every year without fail Che Sue akan memberi.. Terima kasih Che Sue.

Tetamu istimewa dari Lepa. Aten and Family +1.

Sunday, June 14, 2015

Aman dan Adik Ikhwan ke Pullman, Putrajaya

seronok Ikhwan swimming. perasan macam budak besar. Taulah dah nak jadi abang.. jangan lah belagak sangat dik oooiii... Nasib baik ada pelampung tangan, kalau tak.. tunggu lah tepi kolam tengok abang mandi. 


Adik beradik masa berdua.. 

Friday, April 3, 2015

Selamat Pengantin Baru Lyza Ahmad & Wan Terrano


Pengantin dan Pengapit yang comel. 2-2 lasak nih


Bergambar kenangan dengan pasangan pengantin. 

muka happy 2-2 sebab menang hadiah tupperware sorang 1.. heeeeeeeee..



Saturday, March 28, 2015

Perlawanan Bola Antara PASTI Kawasan Serdang


Kecil kecil cili api, tapi jangan main main.. 10 kali pusing padang pun belum tentu dia penat. Nampaknya Adik Ikhwan cenderung minat sukan bola. boleh dikatakan chanel sukan bagi kat dia.. Hahaha.. Sorang sorang pun dia boleh layan. 

Ok.. Tak menang dan tak kalah. Al-Ikhsan kuat katanya.. yang pnting dia happy dapat hadiah tumbler dan towel PASTI.

Wednesday, December 31, 2014

Selamat Berkhatan Abang Aman dan Adik Ikhwan.


Alhamdulillah... syukur pada Allah, akhirnya Abang dan Adik sudah selamat menjadi lelaki sejati.. eh!. maksud nya Aman dan Adik dah selamat bersunat. Ikut perancangan awal, memang nak buat waktu Aman umur 6 tahun, tapi selepas beberapa lama tertangguh, Alhamdulillah.... Aman dan Adik dengan rela hati minta di sunatkan . Adik paling exited. Yeayy!! bulan 12 adik nak sunat katanya.

Selepas mentelaah beberapa blog, pada 13 Disember 2014, di Klinik Perubatan Lita Alis Bandar Baru Bangi, pukul 9 pagi, kami sudah bersedia jumpa Dr. Yusman. 

Muka happy sebelum sunat. Nampak tu, Punya lah exited si Adik, masuk klinik je dah ready pakai kain pelikat.

tak sabarnya... tak sabarnya... kata beliau.

yang ni lagi over.. Abang muka cuak, adik muka exited x sabar jadi lelaki katanya.


Bismillahirahmanirahimmm.... Doc blanja lolipop sebatang...ready...

uwaaaaaaaaaa!!!! sakit ummi...  hihihihi... Nasib baik kami x salah percaturan. Doc Yusman sangat pandai ambik hati anak anak.. 


bang.. Kita dah jadi orang dewasa tau bang.. Kata dia. 

cilok dari FB Klinik. dapat lolipop dan juga sijil.

Selepas seminggu berpantang, Aman dan Adik kembali ceria. Luka adik agak cepat sembuh daripada abang. Selama seminggu tu, adik demam hari ke 3 disebabkan Adik agak lasak berbanding Abang. Tips paling penting, seelok eloknya luka jangan di balut, supaya luka cepat kering dan tak sakit bila nak buka balutan yang dah seminggu. Takut jadi macam Abang, seminggu berbalut, plaster melekat di kulit. Terima kasih Doc. Yusman, terima kasih Maah yang setia menjaga Aman dan Adik sehingga betul betul sembuh sepenuhnya. Jasa baik Maah tu sentiasa di kenang. 



Friday, November 28, 2014

Selamat Hari Jadi Yang Ke62 Mama

Moga sentiasa di bwaha lindungan Allah hendaknya. Anak anak mama yang dekat dan yang jauh di mata sentiasa akan mendoakan mama. Selamat hari jadi mama, mama yang paling memahami, paling sporting dan mama yang selalu menjadi penasihat terbaik bagi kami. Pesanan mama setiap kali "buat baik pada semua orang, kita jangan buat (jahat) pada orang lain". inshaa allah mama, pesanan mama sentiasa menjadi pedoman kami. Terima kasih mama!

Tuesday, November 18, 2014

Seafood di KK Gerai Haji Manja

Tiba tiba cerita makan.. konon konon lah kan ada kerja di KK selama seminggu. Apa lagi, ini lah peluang untuk jumpa ahli keluarga beramai ramai. KK- Keningau Bukan jauh sangat pun kan. Jadinya, oleh sebab saya ni x berkesempatan mulih Keningau, haaa mama, kak ida dan pila marilah temankan saya di Hotel. Lama tu seminggu punya kerja kan. 

hari selasa 18.11.14 agak free and easy.. sesuai sangatlah kita makan makan di KK kan.. Tanya kawan kawan ofis KK, recommend Haji Manja. Kami pun pilih lah gerai Haji manja.. antara menu yang kami pilih Ikan sebelah bakar, ikan jenahak sweet sour, ketam talul dan sotong goreng tepung..  Kangkung gorang belacan. Ya ampunn... alhamdulillah syukur nikmat.. kenyang sangat malam tu dan makan pun agak murah. 

gambar kenangan kami.. mama, me, kak Ida dan Ilman. Balik bilik senang hati.. sebab perut pun sudah kenyang..