CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, May 19, 2011

Lagi 2 hari saja lagi..

Sudah lama rasanya x dengar suara si dia... Si anak yang rindukan ayah terpaksa menahan kerinduan sampai demam demam. Tengah malam rekues nak cakap dengan ayah tu yang paling tak boleh tahan. Sabarlah wahai Aman. Lagi 1 malam saja lagi dan besok insyallah Aman dapatlah dengar suara Ayah. Hurmm.. Nasib baik saya x rindu dia sangat. Hehehe.. kang kalau rindu kang demam plak. Bila demam, siapa pulak yang jaga budak budak yang meragam kat rumah tu…

"lagi 2 kali bangun tido, ayah balik, yeayyy" hampir setiap pagi dia bangun dan cakap benda yang sama. Dari 8 kali bangun tido dan akhirnya hari ni 2 kali bangun tido je lagi.. hahahaha…. Semalam "ayah bawak baju banyak banyak, dah nak habis lah baju bersih ayah tu kan ummi, mesti baju ayah dah banyak yang kotor, itu sebab ayah kena balik lagi 2 hari kan". Banyak lah ko Aman.. suka sangat buat kesimpulan sendiri kan..

Besok ada sambutan hari guru kat sekolah Aman, dan dia rekues "ummi mee hoon dengan ayam goreng tau". kesian Aman kan, kalau ayah ada mesti boleh carikkan hadiah untuk cikgu……

Wednesday, May 18, 2011

Mama tingu aman dmam di blog, mama nanges.

Kesian mama. Sedih tengok cucu yang demam rindu ayah.. hehehe.. Mami, jangan bah gia sedih sedih, biasalah tu kalau budak budak. Nanti mama sedih sedih, mama pula yang sakit.. hari ni cucu mama demam lagi tapi dia tetap pg sekolah. Sebab ada ujian hafazan kunu. Sebelum pg sekolah sudah juga dia makan ubat. Siap Aten kasi bekal lagi ubat demam + ubat sakit kepala.. kesian dia

6 tahun sudah @ 15.05.2011

Entry yang agak terlewat. Bukan lupa atau saja saja lupa tapi masa yang tidak mengizinkan.. Cepatnya masa berlalu, sudah 6 taun rupanya kami hidup bersama sebagai "isteri dan suami". Rasanya baru semalam kompang yang tengah praktis di malam sebelum majlis bergema menyambut ketibaan rombongan pengantin lelaki yang singgah makan malam sebelum sampai ke rumah persinggahan(rumah auntie sakinah)jarak lebih kurang 15km dari rumah mama saya. Lucu pun ada, sebabnya, kalau ikut plan rombongan lelaki akan sampai lebih awal dan akan dinner di rumah Auntie Sakinah. Tapi disebabkan banyak halangan ditengah jalan, plan bertukar lak dan kami pihak perempuan tiba tiba jadi tarzen semua.. hahaha… Cik Abang dan keluarga dinner di rumah Pakcik Joe (satu satunya waris arwah bapa saya yang masih ada) yang hanya 2-3 langkah saja dari rumah pengantin… malu malu kucen tau mengintai si dia dari bilik pengantin (syyyhhhh… x malu ke).

Mentang mentang taun ni adalah taun yang ke-6 kan, tiada selebret2 tau.. dia jauh noonnn di Mulu dan kami anak beranak + Aten di TIP. Line phone pun tiada tau. sudah petang baru dia call.. "abang kat puncak Pinnacle" happy annvsry… sorry ye.. itu aje tau! tapi takpa… redha

Hukum Memakai Braces (Pendakap Gigi)


Entry khas untuk Dik_Firah.

Sesungguhnya amalan itu dinilai dengan niat....Dik_ firah yang baru 2 bulan pakai braces, sila lah baca artikel Imam Muda ini untuk panduan dan penjelasan untuk menjawab soalan2 dari kawan2 kamu.... "Maka disini, hukum pemakaian pendakap gigi berkait rapat dengan niat ataupun tujuan si pemakai tersebut. Berdasarkan Qawaid fiqh: Al-Umur Bimaqasidiha (Segala sesuatu tergantung kepada tujuannya). Sepertimana firman Allah SWT : “Barangsiapa mengkehendakki pahala dunia Kami berikan pahala itu dan barangsiapa mengkehendakki pahala akhirat Kami berikan pahala itu. Dan Kami memberikan balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran:145)"





Monday, May 16, 2011

Aman rindu ayah sangat ni ummi

16 Mei 2011 @ 6am..

Hari ni hari ke 4 ayah ke Mulu. Siap peluk baju busuk ayah tau. malam tadi dok 2-3 kali bangun meracau2. "aman nak peluk ayah" sambil bergenang airmata.

Asal nak malam je mula lah cari ayah. Bila lah ayah nak balik ni ummi? Aman dah bangun tidur berapa kali dah ummi? ayah kata Aman kena bangun tido 8 kali baru ayah balik. macam macam la soalan aman. Sampai demam lah budak ni rindu kat ayah dia. 2 hari dah kot aman tak lalu makan.  ~anak anak pun kena bekorban tau semata-mata melayan hobi ayah~ pas ni, en. Jai "lu pikirlah sendiri!" ye.. sudah tiba masanya kena korbankan hobi demi anak anak. erkk.. ada yang kena sembur lak ni kang..

*orang lain, laki otstesen lagi lama tapi stedi je. mungkin gak kami anak beranak yang melebih lebih kan. mengada lebih. sabar skit lagi ye Aman..esok ayah balik kita ikat kaki dia jangan bagi pegi mana mana dah.

kememeh tau

12 Mei 2011 @ Khamis 6.00pm

Ayah dah botak! adik exited cam biasa...

tanda tanda awal protes.. X exited langsung walaupun ayah dah botak. (apa tah angin en. jai kali ni tetiba botakkan kepala)

Aman dok merayu "ayah gi hari Isnin x bole ke"

Teksi sudah sampai.. 

bye bye ayah... Selamat pergi dan selamat kembali..Semoga perjalanan ayah dilindungi olehNya.

inilah dia budak kememeh... seminit teksi berlalu, berjuraian air mata lelaki Aman..

Tuesday, May 10, 2011

Kasihnya ibu hingga hujung nyawa.

Note dari FB seseorang yang x saya kenali.. Cerita dibawah sangat menyentuh hati. Sebak. Kasihnya seorang ibu hingga ke hujung nyawa demi seorang anak. Macam mana pulak kasih sepuluh orang anak terhadap seorang ibu?

Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya. 

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang. 

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi. 

Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah...**Sedih sangat nie…sampai rasa sebak yg amat sangat dalam dada…betapa besarnya kasih sayang seorang ibu tadi walaupon ketika berada di hujung nyawa tetapi masih sempat menyusukan si kecil sebagai ingatan terakhir buat dirinya sebelum mengucapkan "selamat tinggal anak ku...ibu pergi dulu ye sayang".