CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, May 10, 2011

Dia ke Gunung lagi


Kena tinggal lagi… kali ni dia ke Mulu, Sarawak pula. 10 hari lagi tuh.. tapi takpa, kena belajar terima hobi dia… boleh boleh boleh. Dia boleh ada hobi dan saya terpaksa korbankan hobi saya untuk support hobi dia. Yang paling best, hobi dia adalah setiap bulan Mei ye.. Tahun ni 6th Wed Ann adalah tanpa dia disisi. Dia tengah berseronot @ Pinnacle. Kemungkinan besar tiada line phone or hset dia bateri kong. Tapi tak pe, bak kata dia bukannya selalu pun. Setahun sekali JERR!!
Perasaan? cuba untuk belajar menerima keadaan dengan tenang. Letih la melayan sakit hati.. lebih baik buat tak tau je kan.. kalau sakit hati sangat sangat pun dia tetap akan pegi jugak. Buang Karen je marah marah.. taun depan buat aktiviti gunung lagi ye laling. Kalau bole buat lah ngam ngam 15.05.2012. takpe ai tak marah tapi make sure bawak ai dan anak anak skali. Hobi u hobi ai juga kan..

Rosak..

Aman: Ummi, Aman ada rahsia. Jangan bagitau kat kawan ummi tau.. Aman dah ada awek baru. Nama dia Nurin.. Dia budak baru tau. Naik van Along jugak. Dia ada beg baru, pensil box baru. Semua baru. Dulu dia takde, sekarang baru dia ada.. Cantikk… Baik… dia sekolah kat little Caliph. Taun depan Aman nak sekolah kat Little Caliph tau.

Ayah: Abis Marsya macam mana man?

Aman: Aman dah tanak dah.. Dia dah besar la yah.. Dia 6 tahun, mana bole kawan dengan budak 5 tahun. Nurin ni 5 tahun sama ngan Aman.

Hehehe… kecik kecik lagi sudai pandai pacaran ye Aman….

Bosan! Sekian terima kasih

Dalam dunia ni siapa yang paling bijak? Ya betulll……. Dia yang paling bijak. Dia tak pernah susukan baby dan dia tau sebab, akibat, susah, senang, untung dan ruginya menyusukan baby.. Pelik tapi benar. Dalam dunia ni dia tau serba serbi. Luar dan dalam semua dia tau.. tiada benda yang dia tak tau. termasuk cerita dalam kain orang lain pun dia tau. Pelik kan. Tapi percayalah wujud orang yang macam ni. Apa pun, saya tetap bangga sebab dapat menyusukan Aman selama 2tahun++ dan ikhwan semenjak 21 okt 2009 sampai sekarang.. dan yang pasti, T~~~T tak de lah ganyut macam yang dia cakap. Tapi, dia kan tau segala galanya.. Mungin T~~~~T kakak dia ganyut sampai ke lutut sebab susukan anak sampai 2 tahun.. sat nak imagine skit.. ishhh teruknya kakak dia..

Dulu dulu kan, mama kami menyusukan kami 7 beradik jugak tau… Takde lak ganyut… mantop je pun sampai skg.. mama saya memang hebat, tak macam kakak dia. Anak baru 2-3 orang dan mungkin sorang saja yang BF udah ganyut lah pulok. Yelah anak buah dia minum susu paling mahal di dunia. Orang macam dia je yang mampu beli. Ai tak mampu sebab gaji tak cukup, Untuk diri sendirik pun tak lepas. Nikan pulak kalau nak beli susu mahal mahal. Susu ibu je yang saye mampu! Cheh, tak bole blah… Susu ibu adalah susu yang terbaik hokey. Sorry lah kalau ada yang tersinggung. Semiskin miskin saya pun, saya tetap akan cuba bagi yang terbaik untuk Aman dan Ikhwan. Tak kisah la dia nak cakap ganyut ke, geleber ke. kenapa nak pertikai "kang laki carik lain kang". Eh, ko susah hati kenapa ek? aku ada hutang ngan ko ke? tak de kan? entahlah.. pening la kepala mikirin dia nih… bosan sudah… sekian terima kasih.

Monday, May 9, 2011

Selamat Hari Ibu 8 Mei 2011

Pagi tadi otw ke ofis, hot fm tgah discuss topic hadiah, surprise sempena hari ibu. Ada satu caller ni bagitau dia dan adik dia ke HKL melawat ibu yang sedang sakit. Tiada hadiah or surprise dari dia tapi adik dia ada belikan satu kad hari ibu dan juga sekuntum bunga. Apa yang dia nak bagi tau ialah, dia sayang sangat ibu walau apa pun yang terjadi mak telah membesarkan diorang 5 beradik tanpa ayah (bercerai lebih 10 tahun yang lepas). At last diorang semua jadi macam orang lain berjaya dalam hidup... Ibu adalah yang terbaik dan tiada galang ganti.. Sebak tau tetiba.. teringat pengorbnan mama membesarkan kami 6 beradik (yang masih sekolah) selepas arwah bapa meninggalkan kami pada 2001. Terbayangkan airmata mama bila ada anak anak yang x nak dengar cakap mama. Terbayangkan airmata rindu mama terhadap anak anak dan cucu. Rasa macam nak balik kampung sekarang jugak jumpa mak, peluk mak.. Rindu betul dengan mak. Saya sayang mama dunia akhirat.. muaaahhhh sayang mama…

Tengah sedih sedih sambil kesat air mata, FBI dan AG mainkan pulak lagu dibawah ni. makinlah laju air mata ini meleleh. Lagu ni ditujukan khas untuk mama yang tersayang di Kampung Apin Apin, keningau Sabah.. Aman x sabar tunggu nenek 24 Mei ini..

Ibu
(P. Ramlee)


Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempat menyatakan kasih
Wahai ibu

Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyinari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempatku menyerahkan kasih
Wahai ibu

Thursday, May 5, 2011

Panas hati dan terbakar hari ni


Menguji kesabaran tau.. Pepagi bute Ikhwan bangun, sah sah pergerakan terbatas kan.. Ikhwan ni jenis nak kita mengadap dia je 24jam.. Pantang saya nak bangun, mesti dia pun tejaga sama.. Pagi tadi sempat masak air dan goreng nugget, dia dah ngek ngek… nasib baik x rentung nugget dalam kuali.. tpaksalah jaga nugget sambil dukung budak kecik tu.. Elok je dah siap masak, dia dah ngek ngek nak makan la pulak.. nguap nguap tapi laju la pulak mengunyah. Kesian Abang Aman x sempat nak buatkan dia susu.. Bahye tau buat susu kalau Ikhwan ni begendong.. Tangan dia tu cepat je mencapai benda benda yang tak sepatutnya.. Dah setel makan (saya duduk mengadap di), jom lah dek kita mandi.. mandi lah berdua ngan Ikhwan.. Yang abang, sibuk main senapang baru, "Aman nak mandi lepas ummi siap mandi" dia dah bagitau sesiap.. Jam sudah menunjukkan pukul 6.50pagi…
Pukul 7.25pagi dah siap pakai baju, pakai bedak segala, minyak rambut bagai okay jom anak anak kita turun bawah.. henbeg, beg Sekolah Aman, Beg baju, beg roti and nugget dah siap kemas dekat pintu ni.. Tinggal nak bukak stroller je nak sumbat semua beg2 tu. Aman pun sudah siap pakai setokin, siap pakai kepiah (hahaha, teringat kopi kak Sinar "kopi cap Kepiah Melayu" yang sedap gilaaa, kopi yang saya bancuh tak sedap langsung kata Kak Sinar, hahahahah). Tengok2 kat tempat gantung kunci tu takde lak kunci saya.. Ah sudahh… mana lak kunci, cari dalam henbeg pun x de, dalam bakul Aman pun takde… Apa lagi call la cik Abang yang dah bertolak dari rumah seawall 6.30 pagi tuh… "bang, kunci mana?" rasa macam kena baling batu tau kat telinga ni… "alamak, abang terbawak la tuh"..
Mulalah saya jadi singa jadian, cari kunci mangga spare kat bilik, (kunci pintu grill dapur) sib baik jumpa.. turun bawah balik kait kasut aman dari dalam, saya mmg nekad ini macam kalu, saya gi keje pakai slipper jamban je lah… dah angkut beg kat dapo, siap siap nak kuar dah ni, laaa… Mangga memang la bole bukak, tapi kunci pintu tu sendiri lak yang tak de… Astagaaa…… apa lagi… Aman, tukar baju sekolah, kita cuti dok umah la hari ni.. dalam masa yang sama… pot pet pot pet manjang. Sampai Aman cakap "kesian umi kan tekunci dalam rumah, ayah lah ni punya pasal" terus saya senyap.. Pasangkan diorang tv, walaupun diorang tanak tgk tv pun, sy dok termenung… Van Along lak dah sampai, saya jerit je dari rumah "Aman tak sekolah, x de kunci rumah ni"….
Agaknya kekandaku itu kesiankan kitorang ni yang terkurung kat umah, dia balik gak bukakan pintu kitorng, then hantar saya pi kerja.. Horayyy… Nekad nak kerja gak ari ni bukan apa, saya nak cuti nanti 16 Mei… Kang x cukup lak cuti kang..
Moral of the story,
Duplicate kunci banyak banyak, eh, banyak banyak pun kalau si dia angkut semua sama gak kan… tukar la "Bawak kunci masing masing saja, jangan bawak kunci pasangan anda"

Wednesday, May 4, 2011

Saspen wehh

Tiba tiba dik Firah call… Tolong bagi Aten nombor Maxis mama… Aten masuk wad, kurang darah!... aaaahh sudah….. panic ni panic! Aten, semoga cepat sembuh yaaa….. cepat2 lah keluar wad…. Kalau tidak… habislah sayee..

Tuesday, May 3, 2011

C&!&0m yang haru biru

Waaahhh mode happy hari ni.. Motip: suda dapat simkad baru 01*-87****11. Setelah dekat 50 hari simkad itu rosak. Hari ni baru dapat tukar… Wakakaa.. orang yang paling happy ialah mama saya. Sebabnya, nombor ni memang melekat kuat diingatan.. Emergency kalu, senang dia nak contact… Sangat senang untuk diingat. Dan orang kedua happy: Enchek Jai, tanpa sebab… hahahahhaha…

Minggu lepas saya call customer service C&!&0m.. Sangat bussit. Lebih kurang macam ni dia explain. Cik ni kena pegi C&!&0m centre. Cawangan terdekat Bangi ialah Kajang Sg Chua, ofis hour ye jangan datang malam. Malam diorang tutup.. Sama jugak dengan cawangan C&!&0m KLIA. Pun ofis hour gak.. disebabkan simkad ni sudah lama tak guna, sebab puan x topup (eh! Golongan bawahan je ek yang pakai topup, kantoi lak) itu sebab kena block.. so puan kalau nak aktifkan balik kena bayar rm 100. Itu pun kali ke3 kot saya call..

Dan hari ini saya ke KLIA semata2 untuk tukar simkad (yang lama tak topup, bak kata orang C&!&0m itu).. Alhamdulillah, tak perlu pun bayar Rm100, C&!&0m centre ni bukak seawaal 7 pagi – 11 malam ye…. Sangat senang tak sampai 10 minit pun proses tukar simkad baru. Just bagi IC, top up seploh hengget… tarrraaa….. sudah bole sms… Mama orang 1st call. Bukan main happy lagi dia…