CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, November 22, 2010

Aku Kaciwa

"sebenarnya ni entry Jumaat lepas"
Frust betul Ethan and Khairie dah terkeluar dari TARA semalam.. Uwaaa... emo melampau sungguh tau. Ann pun ikut emo jugak. aku rasa mesti diorang ralat dengan silap pilih lencongan semalam.. Choi!! matai la pilih Kubur

 Ethan c gembala kambing.. dah terkeluar la pulok.
Richest Team.. yang ni ai don laik
ai laik.. go Jess n Lani
Natasya ni asik buli bapak dia jee...
Skg ni Fav team aku and adik2.. Sebabnya, diorang ni kamcing dengan Ethan n Khairie... Go Claire and Michelle...

Thursday, November 18, 2010

Ikhwan Setahun Sebulan

Ikhwan dah setahun sebulan. Ikhwan busyuk ummi dan Ayah sudah tidak kuat menangis macam dulu dulu. Minggu lepas amik injek setahun (MMR kot) dok tak bagi Chiix Pox coz dia dah kena.. Timbang? alahai baru 8.4kg.. banding anak Mimie 7.4kg @ 3mth.. Baka umi kecik kecik je...

Ikhwan dah pandai shuffle macam abang Aman.. Hahahahaha, tak kira jatuh banyak kali pun dia tetap shuffle, hentak hentak kaki je pun dia dah perasan pandai shuffle dah. Ikhwan suka makan ayam, bayam, putu mayam semua yang berkaitan yam yam lah.. setiap kali nampak orang lain makan, dia mesti nganga mintak suap walaupun dia baru lepas makan..

Abang Aman lak suka sangat buli Ikhwan. Asal nampak adik dia je, dia ajak main, tumbuk tumbuk lah, geletek la.. sikit2 dengar suara nyaring Ikhwan menjerit... kekadang steress gak, tapi kalau budak2 ni tido, sunyi la pulak..

Rambut Ikhwan dah panjang, nak suh abang potong. Tapi dia tak nak potong. kang aku cukur kng baru tau.

Bikin Panas!!


Dulu aku penah citer pasal satu Klinik Islamik (iya la sangat) kat BSP ni. Aku dah sumpah takmo jejak klinik ni lagi. Mahal nak mampossss!! Dah la mahal, bukannnya pakar pun. Perasan hebat doc dia ni. Kalau becakap, bukan main lembut gigi dari lidah. Tapi… perangai, ya ampunnn…. Memang menjengkel kan.. Tak padan dengan perawakan alim .. Ko tunggu je Doktor, aku tak halal dunia akhirat apa yang ko charge lebih kat aku eh..
Aku dah lupa sebenarnya dengan Klinik mahal nih, sampailah satu hari tu aku terbaca satu treads kat forum BSP. Tajuk dia macam ni "apa pendapat anda tentang klinik A*&^%#$#?" (aku bajet nih mesti doc ni yang buka tread ni) Kebetulan lak dalam ramai2 yang komplen tu, ada sebilangan yang komplen mahal. Aku pun bantai la post (meluahkan pendapat la ni). Reply aku berbunyik macam ni "Doktor memang baik, Cuma yang tak tahan, bila dia charge mahal sangat2. Habis medical saya setahun, dalam masa Feb-July". Itu kan pendapat dan bukan pitnah kan????

Dan dan petang tu dok call my hp. Dalam hati ni dah terdetik dah, apesal lak dok ni call? Dia baca ke komen aku nih? Ok lah aku angkat.

Dok: Hello pn. Salina

Me: ye saya. Ada apa dok? (baik2 lah konon angkat tpn nih, padahal dalam hati memang bengkak je ngan dia)

Dok: Puan, hari tu puan ada mintak HPV kan? Hari tu saya dah tercharge lebih. Sebenarnya jab tu RM200 je, tapi hari tu saya dah tercharge RM400. Bila bole datang klinik amik jab hpv lagi? Sebab puan sorang je yang request hpv ni. dah nak expired la puan. (W.T.F aku sorang dari beribu orang penduduk BSP yang amik jab ni, time ni aku dah saspek dah. Ni mesti dia dah baca komen aku. Ko apehal, dah aku komplen baru beria sangat nak bagi HPV tu kat aku balik?? Awat ko tak deduct kat bill aku yang lain. Gaji aku kena potong ok!! 3 BULAN OK!!, lagi satu, tak ke BODO aku nak gi amik lagi jab tu sedangkan aku patutnya amik jab tu bulan 5 hari tu. 6 bulan yang lepas, baru hari ni ko nak offer?? Aku memang angin gile masa ni. Cik Abang pun sama gak bikin panas..tengah2 doctor tu call, bole dia mengamuk sakan suh cakap doktor charge memang mahal.

Me: tak pelah doctor. Buang je la, lagi pun dah lama sangat saya tetinggal jab tu. Buang saja. Saya takmo.

Dok: sayanglah pulak. oklah salam…

Cerita tu tak habis disitu je.. hari Senin hari tu, aku bukak balik treads tu, ooo ada orang nasihatkan aku rupanya, dia tulis cam ni "Biasanya klinik panel charge mahal skit banding kita bayar sendiri"
Aku balas balik, kok ye pun janganlah mahal sangat. Bagi saya klinik ni mahal. Aku klik post je, berdering2 hp aku dan phone opis skali.. mau 20 kali kot dia call.. aku cuak gak. Malas nak angkat. Last2 dia call Cik Abang… nak tau dia cakap apa "DIA NAK BAWAK BENDA NI PADA PIHAK SEPATUTNYA" Ala ala nak cari peguam la kot…. BODO!! Aku tak pitnah ko ok.. aku cakap yang benar dong. Ko memang cekik darah.. takpa, ko makan lah duit kami orang susah. Mudahan ko cepat kaya dan cepat lah jugak ko kena dengan orang lain… Jangan lupa ye, aku takkan halalkan bagian aku tu..

Cik abang jawab macam ni aje "takpelah, bawak jelah, tapi yang pasti klinik ni memang la mahal. Terlalu mahal mengalahkan specialist. Setakat sakit mata pun charge sampai RM80"

Dengan berat dan bengkaknya hati ini, aku terpaksa DELETE komen aku tuh. Bukan takut kat doctor tuh tapi, malas nak panjang panjang dan kami ni bukan berduit.

Apa yang aku rasa doctor ni x betul:
  • HPV charge RM400/ jab
  • Synflorex RM250/ Jab (Ikhwan amik from 5month, patut ikhwan amik ikut jadual nih
    1st jab: 19.03.2010
    2nd jab: 19.05.2010
    3rd jab: 19.07.2010
    Booster: 19.01.2010.
    Tapi tau tak jadual DOKTOR tu bagi macam ni:
    1 jab : 19.03.2010
    2nd jab: 19.04.2010
    3rd jab: 19.05.2010
    Booster: 19.11.2010
    Aku dah rujuk dengan doctor lain, dia pun pelik apesal DOKTOR yang blagak specialist tu bagi jarak dekat sangat kat Ikhwan. Bagi aku senang je, dia nak duit masyukkkkkk!!!!
  • Aku kalau g klinik ni, kena sign siap2 borang panel.. heh (yang ni aku rasa kebodohan sendirik, aku pernah sign 13 borang untuk sekali rawatan, alasan dia takut tak leh claim kalu amount banyak sangat)
  • Aku penah check inbois klinik ni dulu, ada satu borang tu yang bukan aku sign,. Obviously, sign ciplak..
Nama macam islamik giler, perawakan macam alim giler tapi mencekik darah orang!!

*ok dah kurang skit bengkak hati ku ni..tak tau nak luah kat sape. dah luah kat sini kira tlepas la gak bebanan kepala otak yang berserabut ini..

Sunday, November 14, 2010

Semuanya nak "A" jer

Huhuhuu.... tergelak besar tengok cerita ni. tiba tiba je terkenangkan seseorang yang pernah aku kenal dulu... sejibik gaya Armantino. Tapi, taklah melampau sangat macam Arman. hehehehehehehe... Orang macam ni kena ikut je rentak dia.. kalau layan sangat kang kita pun jadi biol.

Kelakar tau orang macam ni, kekadang diorang lupa apa yang pernah diorang cakap sebelum ni.. yang lagi parah bila terkantoi, terpaksa la cover lak pas tu... tak malu lagi, kejap cakap macam ni , kejap cakap lain... alahai.... kan malu cam tu.. baik jangan cakap benda yang x de... penat tau cover tembelang..

Friday, November 12, 2010

Kenang Kenangan

11.11.10 @ T.I.P
Tak pernah terfikir sebelum ni nak amik gambar INI! dah tak full bf baru hegeh hegeh amik gambar INI. Kalau dari dulu amik gambar mesti sendirik bangga kan. Takpe lah as long ada amik gambar kenangan pun dah cukup baik. Ini adalah production semalam time balik keje. X banyak coz banyak kuar peluh. Semalam kan men futsal kunun..

untuk sekali minum ajer... ini pun tak cukup lagi tau..

kena topup dengan Susu ni.. Beli tin kecik ajer..
*kredit to google image

Sempat jer Posing

11.11.10 @ Kelab Komuniti Cyberjaya


Kemain lagi mak-mak orang ni posing sebelum main tau..
Azra the great jadi warden penjara

Pas tu main tanpa warm up, cramp!! ... hehehe( aku la tuh)

memasing muka macam orang minyak.. Peace tu yang penting..

Thursday, November 11, 2010

Abang dan adik yang suka bekuntau

10.11.2010 @ TIP


Tiap malam ummi kena teman Aman tido kat bilik dia. Nilah keje Aman sebelum tido..

Ada hati nak angkat adik tu

Senyummmm....

Adik tak suka la abang kacau..

Adik suka main cak cak macam ni...

Lepas puas begasak adik beradik, Aman mesti cakap macam ni : Ummi, aman nak susu. buat panas skit ye ummi. bila dah dapat susu: Ummi baring kat sebelah Aman, Aman nak bawing kat tangan Ummi. iyekan je la.. dah nama pun anak kan. sehari x bau ketik ummi x bole kot.

teringat lak dialog Aman semalam, 10 kali dah Aman tanya, mana ayah ni tak balik lagi...

Ummi: Ayah keje, cari duit untuk Aman skolah.
Aman: Ayah ni memang tak sayang Aman, selalu je balik lambat. Kang Aman lari rumah kang!
Ummi: !#$*&^"}

semua ni FUKUCHAN punya pasal