CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, July 8, 2010

Gunung Trusmadi @ 27.06.2010

tolong jangan jaga tepi kain suami masing masing.. uhuk uhuk, ni saja perli diri sendiri lah ni.. suka sangat amik tau aktiviti gunung cik abang.. ye lah, kalau kita tak amik tau , siapa lak yang nak amik tau kan.. kang jadi alasan cari girlfren yang caring lak kan..

cuba perati betul betul gambar ni... menarik tak? hanya orang gunung je yang paham.. aku sendiri pun kekadang masih kurang paham apa bestnya naik gunung?? tapi bila tengok gambar2 cik abang kat puncak gunung, wow.. menarik. cuma, untuk jadikan naik gunung sebagai hobi, susah skit kot... semput woi..


ini la antara cabaran dalam trip ni... tarik, tarik, tarik.... ni belum start hiking lagi ni..

menurut cik abang , time ni otw nak sampai ke kabin (tempat bermalam).. time ni best sebab first time rasa hujan kat bawah kaki.. bole dengar hujan tapi dia tak kena hujan, coz.. hujan bawah kaki dia.. tak nampak awan kat bawah tu?

Antara laluan paling mencabar.. sila perati sebelah tu adalah gaung... gayat!! eh.. cik abang tak gayat kot.. lupa nak tanya.

akhirnya... sampai sudah di puncak trusmadi.. kalau ikut cakap cik abang.. inilah kepuasan hakiki bila naik gunung. merenung jauh ke gunung kinabalu nampak...


Kinabalu from Trusmadi peak...
Tinggi tinggi Gunung Kinabalu
tinggi lagi sayang sama kamu
biru biru Gunung Kinabalu
tengok dari jauh, hati saya rindu...
>> sila check, sama tak view Kinabalu from Trusmadi dengan gamba kat bendera Sabah? cantik kan?? Jom balik Sabah.. dekat sangat dengan Apin-Apin kampungku yang terchenta..




Cerita Aman dulu dulu...

Aman membesar bagai juara? Dugaan membesarkan anak anak memang akan menjadi kenangan manis dan pahit bagi setiap ibu dan bapa.. inilah kisah Aman yang mungkin tidak akan dilupakan sampai bila bila. Doa Ummi semoga Aman akan terus menyayangi Ummi dan Ayah serta adik adik sampai bila bila. Semoga kasih sayang antara kita berkekalan sepanjang hayat.

Senang je nak jaga Aman ni.. very independent. Kalau rasa nak tido, dia akan tido. x de maknanya nak tepuk tepuk. yang dia tau, kalau perut kenyang dia akan tido. Rasanya perut pon jarang kembung.. Memang dia membesar dengan jayanya... sampailah umo dia 11 bulan, dah mula hantar nursery, Kasihan sungguh.. keluar masuk hospital sampai habis lah cuti ummi tiap tahun.. setahun mau 2-3 kali masuk hospital. sekali masuk sah sah dok seminggu.

Ni antara gambar Aman time sakit sakit dulu.. Kalau bole, Ummi x nak lalui semua ini lagi tau... syuh... tak mau sakit sakit lagi tau Aman. Aman kan kuat lawan sakit.. Alhamdulillah sejak ada adik ni, Aman dah jarang demam2 yang teruk..


Aman dah kuar hospital.

Kesian kan.. time ni dah setahun 9 bulan tapi, kecik je.. yang ni selang 2 minggu Aman kuar masuk wad..



walaupun sedih, tetap tersenyum.. hehehehe



sempat tu posing kat katil hospital.. happy sebab bole kuar lpas ni.. Peace!!
>>> Paling tak bole lupa time Aman kena H1N1.. nak tengok gambar Aman time tu pun bole nangis tau.. cik abang punya troma, sampai tahap x bole tengok Aman pakai baju yang dia pakai time sakit tu..



Wednesday, July 7, 2010

Kau Ilhamku..

Aman, umi sayang aman sangat sangat.. walaupun pagi tadi Aman bangun sambil menangis nangis nak ikut ummi pegi keje, walaupun seawal pukul 6 pagi ummi mandikan aman, walaupun ummi terlambat keluar rumah semata mata nak pujuk Aman supaya tak nangis, walaupun Aman selalu cakap umi jahat kalau tak bagi Aman tengok Hagemaru, ummi tetap sayangkan Aman. hehehe... ayat tak boleh blah Aman, Ummi, jangan lupa makan ubat tau, kalau lambat makan ubat nanti umi mati. (kalau tak makan vitamin, bole mati cepat ke???)
Sumber Ilham 1
Ummi sayang ikhwan... walaupun malam tadi ikhwan mengamuk ngamuk sampai pukul 12 tgah malam tak nak tido, walaupun Ikhwan slalu asyik nak bekepit je ngan umi, walaupun tangan umi sampai kebas2 jadi bantal ikhwan ngan Aman, walaupun kadang2 berjaga sampai pukul 3 pagi semata mata nak tepuk Ikhwan tido, ummi tetap sayang sangat kat Ikhwan..

Sumber ilham 2
Semuanya sebab, Aman dan ikhwan anak anak ummi, kekuatan Ummi dan yang pasti SUMBER ILHAM Ummi..
P/S: ada hati nak suruh Ann bawak Ikhwan balik Sabah bulan 8 ni. raya nanti baru amik balik... uhuk uhuk uhuk.. Ann, nampaknya plan tu terbatal dengan jayanya..

Saturday, July 3, 2010

Betul kah Ammar-Ammar nii Photostat Ummi?



ini ialah Ammar Idlan, anak ummi yang sulung. D.O.B 06.02.2006



yang ini pula Ammar Ikhwan, anak kedua Ummi. D.O.B 19.10.2009


Yang ini... ialah Ummi umur setahun jagung.. sama tak ngan anak2 Ummi..

Gunung lagi...

Hanya mereka yang minat aktiviti ni je yang tahu macam mana rasa "Kepuasan" bila sampai puncak sesebuah gunung.



Hari ni Weekend yang amat membosankan.. rehat memang cukup sesangat (terlebih suda) sampai tahap kalau paksa tido gak, boleh pecah kepala hotak hang.. hehehe... kenapa agak2nya?


Sebabnya, cik abang masih nun jauh di sana. Ada cerita di sebalik misi "merekaa" kali ni.. tak pelah bang.. lain kali cuba lagi ye.. apapun, tabik springg kat cik abang yang sanggup berkorban demi kawan.. Sebenarnya misi kali ni ialah menawan dua puncak Sabah.. pernah dengar tak Trus Madi & Tambuyukon.. haa, ini la mission imposibble "mereka". seramai 8 orang pendaki tegar yang menyertai misi ni.. tapi...... dengar cerita 3 daripada 8 pendaki cuma berpeluang menawan trus madi je.. atas sebab2 nilai persahabatan yang begitu tinggi, 5 orang sahaja yang berjaya menawan kedua-dua puncak.. caiyok caiyok.... nantilah tunggu cik abang balik, kita dengar cerita full version...


p/s: kasihan salah seorang pendaki yang injured... terus serta merta brubah... Alhamdulillah, berubah pun ke arah yang lebih baik...

Tuesday, June 29, 2010

::Ikhwan Dah Besyar::

29 June 2010

Yeay, Ummi dah dapat jawapan kepada persoalan "2 Minggu" Ikhwan ni asyik on, off demam.

Pelik jugak, apesal lak Ikhwan ni domam pas tu baik, then malam domam balik. Pas tu bagi ubat, baik.. esok malam domam lagi..

Nenek cakap, "ooooo kadang-kadang budak tumbuh gigi pun bole sakit, anak anak mama pun semua teruk bila tumbuh gigi terutamanya kkau la (aku la tuh) siap masuk spital lagi". Kisahnye…

Tup, tup selepas 2-3 kali jumpa dengan Doc Nazim, Ikhwan sudah tidak domam… dah baik… Alhamdulillah, rupa-rupanya 2 hari lepas tu (26 June 2010), yeay yeay.. Ikhwan sudah ada gigi… sebatang je.. Abang Aman siap bersorak lagi.. bangga adik dia dah ada gigi.. boleh lah adik makan nasi, supaya besar macam abang.(iyer la sangat.. besar la konon. Umi tengok, mata n suara je yang makin besar)

Ada satu lagi, Ikhwan dah belajar berdiri.. hahaha… yang ni kelakar.. eksyen bukan main. Nak bediri bukan main payah lagi, siap paut segala benda yang ada kat ruang tamu tu.. bila Ikhwan rasa dah berdiri betul, bole lak tu lepas tangan… hambik kau…Ahad tu je 2 kali jatuh bedebuk… bila dah jatuh… ummi gak yang kena marah ngan nenek.. "apa bah kamu jaga ni sampai anak bole jatuh" hahahaha…. Kasih sayang nenek pada cucu.. jentik cucu pun tak bole…

Semalam balik keje dialog aman.

Aman: ummi, adik ni eksyen betul la.

Ummi: kenapa cakap macam tu. Eksyen tu apa man?

Aman: eksyen tu.. ayah yang cakap adik eksyen.. aman tak taulah mi. eksyen tu pandai bediri kooott…

Wakakaka… iyerr la sangat!!!


Friday, June 25, 2010

::Gunung oh Gunung::


ini adalah dia di puncak Tahan.



Cepatnya masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah Jumaat rupanya.. macam tak caya je minggu ni dah nak habis..


Jumaat ni memang Jumaat yang paling x dinanti nantikan. Weeken yang sedih tau... Besok cik abangku akan pegi lagi.. x habis habis ngan gunung dia.. Poning kelapo den. nak larang tak bole. kalau bagi je tanpa syarat pun x bole gak. kang tiap minggu lak dia nak naik gunung.. poyo je statemen standard dia "kita tidak mewarisi alam sekitar ni dari orang terdahulu, tapi kita hanya meminjam daripada generasi akan datang"



Kesian gak dia, tiap kali ada trip, balik tu bini dia mesti dan konfem akan tarik mula. konfem akan jadi donald duck sekejap.. kadang kadang tu sampai blarutan sampai seminggu... eee berdosanya bini dia.. hehehe.. aku la tu yang banyak buat dosa ngan laki.. tapi, trip kali ni tak tau lagi nak jadi donald duck ke atau nak jadi minnie mouse... sebabnya, banyak benda dia rasuah kat bini dia.. hahahahahaha.... sikit2 beli hadiah, sikit sikit buat surprise agaknya dalam hati dia, kalau bini tarik muka lagi tak tau la nak suap apa dah.