CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, April 24, 2017

Bangi - Kuantan -Melaka -Bangi

22-23 April 2017

Jauh perjalanan kami. Sebenarnya, sedari awal kami suami isteri plan bawa anak anak mandi swimming pool di Bayou Lagoon Melaka. Tetapi, kami terpaksa tukar plan, ke Kuantan dulu. Toyota Land Cruiser Fan Malaysia, Easern Chapter Beach Jam @ Pantai Cempaka, Kuantan di adakan pada 22-23 April. En. Suami as basis untuk Beach Jamm. Seronok kami anak beranak dapat ikut berjalan walaupun agak rushing. 


kami mulakan perjalanan dengan Doa naik kenderaan oleh Abang Long. lepas tu, wefie dulu.

Sementara menunggu abang abang mencari hidupan laut tepi pantai, umi struggle kejar Imran berlari lari anak. Punya exited dia main pasir. Amboiiii dia tu!.

ini pun struggle jugak umi, untuk pastikan Imran tidak jatuh dari buaian tepi pantai ni bukan senang tau. Sudahlah Imran ni, jenis semua benda kalau boleh dia akan buat sendiri. 

The event.


practice make perfect. Gambar malam umi tiada berkesempatan untuk ambik. hehehehe...

jom breakfast sebelum bertolak ke Melaka pulak. Kami menginap di Hotel Cathayana Kuantan. Hotel baru, cantik. Makan pun sedap. Bukan hotel mewah, tapi kami bahagia dan selesa bermalam semalam.


dalam perjalanan ke Melaka, kami singgah lunch di RnR Muadzam. Makan nasi campur, ikan patin tempoyak dan pekasam ikan sungai. Mak oiiii..makan menjilat jari. Tandas di sini sangat bersih. 1st class. bersih amat.

my heroes! sangat gembira. Gembira la.. umii dan ayah ada depan mata 24 jam. kannn

sampai agak lewat di sini. Kebetulan cuti umum Israk dan Mikraj, memang ramai gila que untuk check in. Rezeki menyebelahi ummi, ada orang baik hati bagi nombor giliran 1224. Nombor ditangan masa tu 1324. Alhamdulillah.. Memang umi berterima kasih betul dengan orang tu walaupun tidak pernah jumpa, Allah gerakkan hati dia untuk mudahkan urusan harini. Dengar orang lain que seawal pukul 2 petang. Pukul 4.30 pun belum selesai urusan chek in.


Selesai madi, segarkan diri, maghrib, kami ke Alai. Yeay Auntie Yang blanja dinner. Sotong goreng tepung kegemaran Ikhwan yang menjadi sebutan. Terima kasih pada yang belanja. Balik dinner, umi kena food poisoning.

ke esokkan hari barulah boleh mandi swimming pool.. tapi sekejap sangat... lpas tu lajuuuu balik Bangi, cari ubat sakit perut.  Apa pun, syukur Alhamdulillah, anak anak gembira, umi ayah lagi happy.

No comments:

Post a Comment