CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, March 29, 2017

Emergency..

29 Mac 2017
Pukul 11.15 Pagi, tiba tiba dapat panggilan dari Cikgu SK Bangi. "Puan mak Ammar?, saya Cikgu Edzhar dari SK Bangi, Anak puan tadi tengah latihan sukan lompat jauh. Masa landing tu dia tersilap landing then dia terus mengadu sakit. Puan jangan risau, saya dah bawak dia ke Klinik Kesihatan BSP. Puan boleh datang sekarang?."

Ya Allah, anak umi. Risaunya hanya Allah yang tahu. Sambil drive, sambil doa semoga tiada apa kecederaan yang serius. 


sampai Klinik Kesihatan terus cikgu minta masuk emergency room. Alhamdulillah, Aman beransur baik. Cikgu Edzhar dan Cikgu Mahadi bagitau, memang masa kejadian, cikgu pun risau juga. Sebabnya, semasa kejadian, Aman jatuh dan terus cramp belakang. Cikgu terpaksa angkat Aman dengan stratcher. 


selesai check up dengan doctor, alhamdulillah.. everything is ok. sakit, memang sangat sakit. Tapi anak ummi kan hero. Hero mana boleh nangis Man. 
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih pada Cikgu Edzhar dan Cikgu Mahadi serta seluruh warga SK Bangi atas bantuan dan keprihatinan anda menjaga anak anak semasa bersekolah. Semoga Allah membalas jasa baik cikgu semua dengan seribu rahmat. Moga Allah jagakan anak anak ummi. 


Nukilan Ummi, 
29/3/2017

No comments:

Post a Comment