CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, May 11, 2014

Selamat Hari Ibu Mama


Ya Allah, rahmatilah ibu ku.  Aku pohonkan rahmat Mu dan keampunan Mu untuknya. Ya Allah, anugerahkan ibuku kesihatan yang berpanjangan atas susah payahnya mengandung, melahir, menyusukan dan membesarkan ku dengan penuh kasih sayang. Ya Allah, Ampunkan segala dosa dosa ibuku, kurniakanlah darjat yang tertinggi buat ibuku, haramkanlah api neraka dari tubuh ibuku ya Allah, masukkanlah ibuku dalam golongan orang orang yang beriman, kurniakanlah baginya semulia mulia tempat di sisi mu ya Allah, kerana dia tidak pernah meminta apa apa balasan dari setiap pengorbananya membesarkan ku ya Allah. Ya Allah, bukakanlah pintu rezekinya yang halal seluas luasnya, kurniakanlah iman yang sempurna  untuknya . Ya Allah, janganlah engkau biarkan dia bersedih melainkan Engkau hiburkan mereka dengan kurnia dan nikmat Mu. Ya Allah, janganlah Engkau biarkan dia kesunyian melainkan Engkau temani dia dengan hidayah dan petunjukMu

sempena hari ibu, saya ingin memohon seribu kemaafan dari mama sebab tidak dapat pulang ke kampung selalu untuk menghiburkan hati mama. panggilan telefon menjadi penghubung kita setiap hari. Rindunya mendengar bebelan mama secara live. Rindunya memasak makanan kegemaran mama.. Inshaa Allah, raya tahun ni kita jumpa lagi mama.. 

selamat hari ibu dari KFC Tesco Nilai

Happy Mothers Day dari 99Speedmart. Adik ikhwan buat surprise, Ummmiii... *sambil sorok bunga di belakang.. Nah sayur! selamat Hari Ibu... ahahahha... Sayur!!!

No comments:

Post a Comment