CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, May 12, 2014

Adik Nak Pegi Walatan Ni

Terharu betul dapat makan jambu air ni.. Mama kirim dari kampung. Dalam pada sakit lutut, sempat juga petik buah ni bagi anak yang jauh di mata merasa.. Betapa dasyatnya kasih sayan seorang ibu pada anaknya. Terima kasih mama..

kebiasaannya, ikwan berbantalkan lengan ummi. Kalini dia request nak baby Izzah baring kat lengan dia.. Abang Ikhwan dah besar katanya..  Sayangnya Ikhwan pada Izzah.. "Aten, boleh tak adik nak ambik baby Izzah?". Ummi, nanti bagi adik duit, adik nak pegi walatan nak belikan Baby Izzah cokelat. 

Lawatan Pasti Al-Faizin kali ni di Muzium tentera Udara Malaysia- Kilang Cokelat Beryls - Farm in The City Seri kembangan. Bayaran cuma RM58/pax. 
Bye bye Baby Izzah, Izzah jangan nangis tau. Abang pegi sekejap je. 

Imam Muda Aman dan Imam Muda Ikhwan

Bye bye Ummi, jangan nangis tau.. Setakat gambar ni je lah yang ummi ada pun.. Semasa kejadian lawatan kando gambar. 

balik tu jumpa 2nd Cousin beramai ramai.. 

Adik: Laa Waa Tan.. Walatan... puas membetulkan perkataan lawatan, sampai sekarang masih tak berjaya. Si Ikhwan tetap dengan WALATAN dia.. kikikiki


No comments:

Post a Comment