CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, March 22, 2014

Jom Penang


1st time naik flight selepas insiden MH370. #PrayForMH370. Cuak jugak naik kapal terbang kali ni walaupun perjalanan tidak sampai pun sejam. Mudah mudahan pencarian MH370 bertemu pengakhiran yang baik baik saja. 

Sampai Penang pukul 3.30 petang, misi memburu Nasi Kandar Line Clear. Boss blanja kali ni. Terima kasih En. Bos. Udang 2 ekor, sotong 1, telur asin separuh dan telur ikan RM19. Syukur alhamdulillah..rezeki.

Dinner di Nasi Kandar Makbul dekat sangat dengan hotel Sunway Seberang Jaya, makan rojak, roti tisu, capatti 4 keping, ayam bermacam ayam, semua sekali RM33 sahaja.. Alhamdulillah syukur nikmat. Makanan agak murah di sini.

Event kami di sini. 

Habis event dalam pukul 2.15 petang, misi memburu roti benggali pulak. Kawan kami di Penang bawak ke sini, Patchee.. borong roti sampai licin lah.. Kalau nak banyak kena tunggu pukul 3 katanya. Roti manis, roti paun & kaya RM10 semuanya, pun Bos bayarkan. Alhamdulillah, rezeki jangan di tolak. Bonus lebih lah tu agaknya. 
Alhamdulillah, 1st time lalu Jambatan Ke-2 Pulau Pinang. Terlelap sementara nak sampai ke pulau.

pukul 3.30 petang, mai secawan lagi.. Cucur udang terbaik di sini, Sedap hoi. Mee udang 1, laksa 1, cucur udang 1 set & len chi kang 3 RM23 sahaja. Murah rezeki kedai ni. Makanan sedap dan sangat berpatutan. Yang ni saya blanja.. hehehehehe

sementara menunggu flight pukul 5.30petang, mai secawan jugak lagi. Alhamdulillah murah rezeki kali ini. sebab dah full bladder sangat, Kopi ais ni saya bawak sampai KLIA. layan lah kopi sensorang sementara menunggu en. suami dan anak anak sampai. Sekian

jangan berhenti berdoa untuk semua penumpang dan anak kapal MH370. semoga pencarian ini berakhir dengan sesuatu yang baik baik saja. 


No comments:

Post a Comment