CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, February 28, 2014

Aktiviti Abang dan Adik Lepas Sekolah

Adik dan Ilmi. 
Kalau rajin, umi teman lah adik ni main basikal di luar. Adik ni susah sikit umi nak lepas, sebab bila dapat peluang memang jauh adik mengayuh. Tiada masalah kalau mengayuh biasa, tapi adik ni mengayuh sikit punya laju dan jenis tak tengok jalan. menonong.. kang Adik pulak yang langgar kereta orang. Siapa nak bayar kalau kereta orang calar.

Yang ini geng surau Abang. Zikri dan Saad. Baik budaknya. Abang dah boleh diharap main sendiri. Tiada masalah. Sebabnya, Aman tau batas masa dan tempat yang boleh atau tidak untuk bermain. Sebelum azan maghrib, mesti dah sampai rumah. Umi sayang Aman dan Adik. semoga membesar sebagai anak yang soleh

No comments:

Post a Comment